Followers

Sunday, February 10, 2008

BUBUR SUJI


















Resipi bubur suji ni, telah pun saya kongsi bersama ramai kengkawan. Alhamdulillah, ramai yg telah berjaya membuatnya. Buatnya tak susah, bak kata kanak-kanak- "chicken jer!" Anda ikut dgn teliti caranya, Insya'allah jadi lah bubur suji ni. So, kat sini saya catatkan lagi resipinya agar anda tak perlu susah-susah menyemak posting asalnya yg kalau tak silap saya bertarikh 31 Disember 2007. Jom, tengok sekali lagi resipinya dan gambar-gambar terbaru bubur suji ini.














BUBUR SUJI

Bahan bahan:-
350 gm tepung suji

1350 ml air
1 tin besar susu cair/sejat
½ botol air mawar (boleh kurangkan sedikit)
300 gm gula
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
sedikit pewarna kuning (optional)
secukup kismis- abt 150 gm
(digoreng dgn sedikit minyak sapi, diketepikan)
secukup badam-abt 50 gm
(dibuang kulit, hiris memanjang, digoreng hingga kekuningan)
secukup gajus-abt 150 gm
(digoreng hingga kekuningan, separuh dicincang kasar2, separuh dibiar sebiji-sebiji)















Cara:
1. Masukkan suji, air, susu cair & gula ke dalam sebuah periuk besar dan kacau hingga sebati.
2. Masak di atas api yg sederhana sambil dikacau-kacau agar suji tidak bergentel.
3. Setelah suji pekat, masukan air mawar, minyak sapi, pewarna kuning, garam, sedikit kismis goreng dan gajus cincang.
4. Pastikan adunan suji tidak terlalu pekat sbb kalau ia sejuk akan menjadi lebih pekat. Tambah sedikit air jika perlu. Setelah itu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Cara Menghiaskan Suji
1) Bubuh suji ke dalam bekas-bekas kecil (ataupun saiz mengikut citarasa anda).
2) Taburkan sedikit kismis goreng, hirisan badam goreng dan gajus.
3) Akhir sekali bubuh ceri ditengah-tengah.


Nota: Untuk acuan yg saya gunakan itu, kita dapat menghasilkan kira-kira 24 bekas suji


5 comments:

Anonymous said...

Blogowner, I have been hunting for tepung suji for a long time. Have yet to find one. Care to share with me the place yu bought it from? can email me at aminnur@hotmail.com

Anonymous said...

Boleh tak kalau tak letak air mawar? Sebab saya di Tasmania, susah nak cari air mawar, kalau ada pun sangat mahal.

BR said...

BR > anonymous

Kalau tkde air mawar, bubuh jer esen rose yer! Kalau tkde jugak, taruk esen vanilli pun ok.

Kokoa&friends said...

bro nk tanya ni makanan originally dr masyarakatt india kan? mcm pernah mkn kat my indian fren's hse aje...

BR said...

Setahu saya, bubur suji jenis ni, ia berasal dari kaum Arab. Kaum India pula buat manisan suji yg lebih pekat/keras dan boleh dipotong2.