Followers
Sunday, May 11, 2008
BUKU CHEF ANUAR 2 / KEK KEJU APRIKOT
Salam sejahtera. Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam perlindunganNya. Maaflah. Kebelakangan ni tak banyak updates sbb.... penat? stress? ataupun kurang motivasi mungkin!! Apa pun, terimakasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya.
Di sini saya nak berkongsi dgn anda ttg buku Chef Anuar 2 yg telah pun berada di pasaran. Buku yg tampil dgn 60 resipi terbaru ni, memuatkan resipi-resipi kek, biskut, pastri dan manisan. Overall, mudah difahami. Jadi, kpd sesiapa yg memang minat dgn resipi-resipi dari Chef Anuar ni (atau pun dgn orangnya kot!), bolehlah dapatkan di toko-toko buku. (maaf yer Chef Anuar- promo sket buku anda).
OKlah, kat sini saya nak postkan 1 resipi yg enak & menarik, yg saya tukil dari buku tersebut. Kalau nak cuba, silakan..
KEK KEJU APRIKOT
Bahan-Bahan
500 gm keju krim
150 gm gula kaster (a)
4 biji kuning telur
40 gm tepung jagung
70 gm gula kaster (b)
4 biji putih telur
1 keping kek sponge vanilla berukuran 25cm x 25cm x 1½ cm ( 10”x10”x ½” )
20 biji aprikot dalam tin
Cara:
1. Putar keju krim bersama gula kaster(a) sehingga lembut.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Masukkan tepung jagung dan kacau hingga sebati.
4. Putar gula kaster (b) bersama putih telur sehingga kembang.
5. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan keju krim dan gaul rata menggunakan tangan. 6. Letak kek span di dalam dulang pembakar dan susun aprikot memenuhi seluruh kek.
7. Ratakan adunan keju menutupi aprikot.
8. Bakar kek menggunakan teknik double boiler pada suhu 160 darjah Celsius selama lebih kurang 30 minit.
9. Potong dan hias mengikut daya kreativiti anda.
Panduan:
Untuk memastikan kek tidak mendak, biarkan kek berada dalam ketuhar setengah jam selepas suis ketuhar dimatikan.
Labels:
ANEKA JENIS KEK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Wahhh ni dah beli buku cheesecake ni...siaplah nanti berdas-das berderet-deretlah bro Rozzan tayang cheesecake dia! Nak gi siapkan bib lah...ahakss..
Ishhh tidak lerr mama. Saya pobia gak buat kek2 yg "rich" ni sbb kalau takde org yg makan nnti saya yg kena ngapppp kek tu. Bertambah bulat lerrrr saya heheh....
Salam bro rozzan, boleh tahu d mana rozzan beli buku ni? Tq n salam utk keluarga rozzan. kak siti.
WS. Heheh... tuhari saya pi JB dgn member, singgah kat Mydeen Supermarket. Bila nak balek, ternampak buku ni kat kedai mamak tepi jalan. Tak baca lagi, terus amik satu. Kalau kakT nak, Insya'allah jika saya pi Jhr lg and if available, nanti saya belikan k.
Tq rozzan, biasalah kak t ni suka kumpul buku..kalau ada ya boleh juga. tq n salam.
akum chef..
saya dah tgk blog chef.
chef tgk la pulak blog saya ye..
dan bg la komen..
saya ni baru2 je nak mula..
sila la beri tunjuk ajar ye..
kekdehanz.blogspot.com
WS. Maaf terlewat reply.
Heheh..saya ni bukan chef ya. Sekadar nak berkongsi pengalaman dalam bidang kulinari ni. Tak qualified pun nak beri komen. Tapi saya beri pandangan ikhlas saya ya.
Saya dah pi jenguk blog anda. Wah.. menarik sungguh! Anda mmg berbakat dalam bidang seni menghias/mendeco kek. Saya rasa pasti ramai yg dah menempah kek dari anda. Tahniah, keep up the good work.
kak rozzan saya suka dgn buku chef Anuar,no 1 saya dah ada no2 belum lagi,dah merata saya cari tak jumpa...boleh tak tolong carikan kat saya..pasal duit saya akan transfer melalui maybank2u..boleh tak?
BR > Ct Baizura
Dulu sewaktu saya membelinya di salah sebuah toko buku di Johor. Tp kurang pasti pulak samada ada stok lagi ke tidak. Insya'allah, kalau ada terjumpa, saya belikan ya.Ataupun Maybe kenkawan lain juga boleh membantu ya
mn nk cr buku ni..
http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/
Post a Comment