Followers

Sunday, May 27, 2007

SOYA BEAN CURD / TAU HU HWE

Istilah bahasa Inggerisnya Soya Bean Curd. Baik apa pun nama yg anda sebutkan; tau hu hwe ke, taufu fa ke atau apa2, ia tetap memberi gambaran yg sama iaitu susu atau air kacang soya yg dibekukan menjadi seperti "tahu lembik" dan dimakan dgn sirap. Someone taught me to do it almost 20 years back but sad to say, it wasn't a success. It was much too watery. And since in those days, Internet wasn't anything which everyone has the privilege to enjoy, I just couldn't be bothered to pursue the matter. Nak makan beli jer lah kat pasar/ hawker centre. Lately, I've been reading alot from other bloggers/websites and decided to experiment on a recipe which was, a little from here and a little from there. Nevertheless, due credit must be given to them who have shared this recipes in their respective blogs.

So, this is the results and the recipe which I had based upon.


















SOYA BEAN CURD / TAU HU HWE / TAUFU FA

Bahan-Bahan :
400gm kacang soya – direndam lebih kurang 5 jam (mine was soak fr 8 hours)
3 liter air
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gypsum powder (calcium sulphate)
450 ml air kacang soya (diambil dari kacang soya yg telah diperah)
2-3 helai daun pandan

Bahan-Bahan Sirap (Air Gula)

250 gm gula
700 ml air
1-2 helai daun pandan

(Masak gula bersama air dan daun pandan hingga mendidih).

Cara :

1. Rendam kacang soya selama kira-kira 5-6 jam. Kemudian buangkan air dan cuci bersih kacang soya tersebut. Seterusnya kisar kacang soya dengan 3 liter air dan perah dgn menggunakan muslin cloth atau kain jarang. Buangkan segala buih yg terdapat pada air kacang soya itu. Masukkan air kacang soya dan daun pandan ke dalam periuk dan masaklah sehingga ia mendidih. Jgn lama-lama dan gunakan api yg sederhana.

2. Sementara itu, masukkan tepung jagung, gypsum powder dan 450 ml air soya ke dalam sebuah periuk dan kacau rata bahan-bahan tersebut. Apabila, air kacang soya telah mendidih, tuangkan ke dalam periuk yg berisi tepung jagung tadi.

3. Jika terdapat buih-buih di permukaan air tadi, ambil senduk dan dgn hati-hati buang buihnya. Jangan dikacau bancuhan ini. Kemudian periuk ditutup dan dibiarkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk Taufu Fa / Tau Hu Hwe set.

4. Hidangkan dengan sirap / air gula. Jika suka anda juga boleh membuat sirap gula melaka seperti berikut :

Sirap Gula Melaka

300 gm gula melaka
50 gm gula kaster
800 ml air (atau ikut citarasa)
1-2 helai daun pandan

Masak kesemua bahan sehingga mendidih dan gula larut.









































4 comments:

Anonymous said...

salam...
kadang-kadang org buat sirapnya warna warni, kalau bulan puasa mesti lagi terliur, syoh!

BR said...

WS. Iyer ke Lee Lin. Abg ingat sirap biasa dgn sirap gula melaka jer!

Hime said...

Salam,

Mana jual gypsum powder tu? Kat Phoon Huat ada tak? Saya pernah pakai lactone tapi masam... :(

BR said...

WS Hime,
Gypsum or powder tu saya beli di kedai Ghim Hin Lee di Haig Rd.