Followers

Thursday, May 21, 2009

PERMINTAAN RESIPI - RENDANG KASTURI, KEK NESTUM

Permintaan dari safi, bahasa halusnya rendang kasturi, kalau ckp biasa gendang kasturi.

Rendang Kasturi
(sumber : Pn Hjh Asfiah)

Bahan-Bahan
300 g kacang hijau
800 ml air sejuk
250 g gula melaka
2 sudu makan tepung sagu
2 biji telur ayam, dikacau hingga hancur
1 botol kecil minyak kacang (untuk menggoreng)

Bahan-Bahan Batter:
150 g tepung beras
200 ml air sejuk
sedikit garam
sedikit kapur sirih

Cara

1. Bersihkan kacang hijau. Rebuskan ia dengan 800 ml air sejuk hingga kacang kembang. Sebelum ia kering masukkan gula melaka dan kacau rata-rata hingga pekat. Bila gula dan kacang sudah bersatu campurkan tepung sagu supaya ia kental. Angkat dan sejukkan.

2. Apabila sejuk bentukkan inti tadi bulat-bulat pipih dan aturkan di dalam pinggan.

3. Adunkan bahan-bahan A. Campurkan telur dan kacau hingga menjadi batter.

4. Panaskan minyak di kuali bersama-sama 5 helai daun pandan supaya wangi.

5. Celupkan sebiji inti ke dalam batter, kemudian gorenglah hingga ia garing. Buatlah begini hingga habis. Hendaklah diingat supaya jangan menggoreng terlalu banyak dalam sekali menggoreng.


Permintaan dari seorang visitor yg meminta resipi kek yg menggunakan nestum atau oats, terlupa nama beliau, maaf yer!


Kek Nestum Lemon
(sumber : Puan Betty Saw)

Bahan-Bahan
175 gm mentega, didadu
170 gm gula halus (castor)
Kulit daripada 1 biji lemon, diparut
3 biji telur yang besar
Jus daripada 1 biji lemon
100 gm tepung berserbuk penaik (self-raising flour),
diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik
55 gm bijirin Nestum
2-3 sudu besar susu

Cara
Gris bahagian tepi dan lapis dasar acuan kek 18-cm. Pukul mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Tambah kulit lemon dan telur, sebiji demi sebji. Masukkan jus lemon. Kemudian, campur bahan yang diayak bersama-sama bijirin Nestum, kaup dan balikkan. Tambah cukup susu sehingga adunan meleleh dengan mudah dari
hujung senduk. Cedok adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 175°C selama kira-kira 1 jam sehingga 1 jam 10 minit atau sehingga kek masak.

9 comments:

nazia said...

abg rozzan, the ingredient susu.. is wht type of susu.. if it fresh milk, susu pekat or cair..

Ina said...

If I am not mistaken, the name is Gendang Kasturi. Not Rendang Kasturi because it looks like a gendang.

sue said...

Zan, trime kaseh atas resipi kek nestum,inshaallah saya akan mencuba nye satu hari nanti (tak tau bile).Tapi nestum tu kene hanchorkan ke tidak?

blogresipi said...

Terima kasih for the recipe. Tak sabar nak cuba :)

http://blogresipi.wordpress.com/

BR said...

Hi nazia,
You may use susu segar (fresh milk) or any other susu dlm kotak.

BR said...

Hi Ina,
Dari segi bahasa, dan jika kita buka kamus bahasa Melayu, "rendang" bererti goreng. Oleh kerana kuih kasturi tu digoreng, maka orang dulu2 menyebutnya "rendang kasturi". Cuma, kdg2 kita ni semua dah terbiasa dgn sebutan gendang kasturi. Dua2 pun ok. Satu contoh lagi -"rempeyek". Org dulu2 sebut "tempeyek". Tp nama halusnya - rempeyek. Heheh... teringat waktu kecik dulu2 bila dengar sebutan tempeyek- kelakar seh!!! tapi pat makan, suka!!

BR said...

BR > sue

Mekasih kembali! Saya kira nestumnya tk payah dihaluskan.

BR said...

BR > blogresipi

You're welcome sis.

Sandha L Danielle said...

mama sy biasa buat letak kelapa parut putih baru terasa lemaknya. x percaya cubalah.