Followers
Tuesday, December 04, 2007
HARUM MANIS
Kuih Apam Harum Manis ini senang je nak buat. I think this is the 2nd time I've made so far. Kalau ikut peraturannya, sesiapa yg buat, Insya'allah tak akan kecewa. So, bagi penggemar kuih ni, enjoysss the pic and the recipe as well. Kalau rajin dan takde apa2 kerje lain, bolehlah cuba ya!
HARUM MANIS
Bahan-Bahan
200g gula melaka
240 ml air
3 biji telur (saiz sederhana)
135 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
240g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
(Kesemua bahan ini diayak)
40 gm mentega dicairkan
6-7 biji pisang raja
Cara:
1) Gula melaka dimasak dengan air hingga gulanya larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
2) Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau hingga rata.
3) Masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau rata-rata hingga sebati.
4) Sapukan acuan-acuan kecil (atau apa je saiz kegemaran anda) dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan hingga ke paras separuh penuh sahaja. Kemudian, letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.
5) Kukus adunan yg telah dibubuh dalam acuan-acuan tadi itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
adunan si harum manis ni, bole dpt brape biji? saya ni ada ura2 nak buat utk sepupu saya kawin nanti
Sorry, saya tak kira pulak waktu buat dulu tp actually ia tergantung dgn saiz acuan yg anda gunakan. Kalau gunakan acuan kecil seperti yg saya buat tu, banyak dapat kuih ni.
I PERNAH BUAT HARUM MANIS NI PAKAI ACUAN KACA KECIK .PISANG NYER DISUMBAT KAT TENGAH TENGAH SUPAYA NAMPAK KEMAS.. :) BUAT NYER TAK LECEH TAPI KENA CEPAT...MEMANG SESUAI BENAR UNTUK MAJLIS KENDURI DAN PERKAWINAN , TAK MUAK TAPI BANYAK.
Hi Madi,
I also have the small chinese tea cups which I normally use to steam kuih lompang. Tapi ia kecik sgtlah. tak puas nk taruk pisang lebih2, heheh...
Salam All, this recipe gives 100 max pcs. Thanks Rozzan for the recipe!
Post a Comment