Followers

Sunday, August 03, 2008

KACANG PHOOL



Kacang Phool merupakan satu hidangan asal kaum Arab yang popular di Singapura. Ia boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau pada bila-bila masa saja. Saya pernah memberikan satu resipi Kacang Phool yg ringkas- yg menggunakan kacang parang dalam tin yg telah direbus.





Berikut ini saya tepekkan satu resipi lagi, di mana saya telah merebus sendiri kacang parangnya. Lebih kerja sket tapi lebih muai lerr... Kalau ada yg ingin mencuba, silakan!


KACANG PHOOL (untuk 10-12 orang)

Bahan-Bahan
500 gm kacang parang (rendam semalaman)
150 ml minyak masak
5 sudu besar minyak sapi QBB
3 biji bawang besar (potong dadu)
3-4 sudu besar cili kering kisar
2 biji tomato buah (potong dadu)
300 gm daging lembu (kisar)
1 tin kecil tomato puri (kira-kira 70 gm)
2 sudu besar jintan manis (sangai & tumbuk/kisar halus)
1 sudu teh lada hitam serbuk
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)

Untuk Taburan
secukup limau kasturi (dibelah dua)
secukup cili hijau/merah
secukup bawang besar (dipotong dadu)
secukup telur mata lembu
roti perancis (dibakar sebentar)

Cara:
1. Kacang parang direbus dgn secukup air sehingga empuk. Kemudian kisar sehingga ¾ halus dgn menggunakan lebihan air rebusan tadi. Kalau suka, segenggam kacang ini dibiarkan sebiji-sebiji.

2. Panaskan campuran minyak & minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang besar sebentar lalu masukkan cili kering kisar. Kacau dan masak sehingga cili garing lalu masukkan tomato buah. Kemudian, masukkan daging kisar dan kacau lagi. Kalau perlu bubuh sedikit air.

3. Seterusnya, masukkan kacang parang yg telah dikisar tadi. Gaul/kacau rata-rata lalu masukkan tomato puri, jintan manis, lada hitam dan garam. Kacau sehingga rata dan matikan api.

4. Hidangkan dengan cili hijau/merah, bawang besar dadu, perahan jus limau kasturi, telur mata lembu dan roti perancis.


4 comments:

Anonymous said...

Salam BR,

Pucuk di cita, Ulam mendatang..hehe...ishzah memang tengah cari resipi ini....kacang parang yang kita rebus sendiri berbanding yang beli dalam tin tu. Thanks BR...nanti senang-senang sebelum bulan puasa ishzah nak buat la...:-)

BR said...

W'Salam Ishzah.
Cuba jgn tak cuba Ishzah. Sekali-sekali makan, nyaman....

ellynn said...

ni la mknn kgmrn sy...
smpai mgndung pn mgidam..
tp xdpt nk mkn..
sdih ms tu...tp ni dh tau resepinye.. leh la buat.. thanks BR...

BR said...

You're most welcome ellynn. Cubalah... Insya'allah sedappp..