Followers

Sunday, August 03, 2008

RENDANG BUAH KELUAK

Selain Rendang Daging dan Ayam yg terbiasa kita makan , terdapat juga resipi Rendang Buah Keluak. Di sini saya sertakan RESIPI RENDANG BUAH KELUAK yg telah saya olah sedikit dari resipi asalnya. Jom lihat!




RENDANG BUAH KELUAK

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu (potong ikut suka)

Bahan-Bahan Kisar
50 gm isi buah keluak
3 btg serai
4 btg cili merah
300 gm bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit basah atau 1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar (penuh) jintan manis – disangai & kisar
1 sudu besar (penuh) ketumbar – disangai & kisar
2 sudu besar cili kering kisar

2 helai daun kunyit (potong beberapa kerat)
beberapa tangkai daun limau purut

400 ml santan kotak + 150 ml air
3 sudu besar kerisik
50 gm gula melaka
garam secukup rasa
sedikit air asam

Cara:
Daging yg telah dipotong diperap bersama rempah kisar selama kira-kira ½ - 1 jam. Setelah itu, masukkan kedalam kuali dan bubuh santan kotak + air. Masak di atas api seperti biasa, Kacau sekali sekala agar daging/rempahnya tidak hangus.

Apabila dagingnya ¾ empuk, masukkan kerisik, gula melaka, garam dan sedikit air asam. Masak lagi sehingga dagingnya empuk dan kuahnya pekat sedikit. Sesuaikan rasanya dan tambahlah apa yg kurang.

Hidangan ini boleh dimakan dgn roti, nasi, ketupat atau lontong.

6 comments:

Ezza Aziz said...

Buah keluak, hmmmmmm tak pernah tengok pulak.....macamana buah nye, manis ke...

BRO ROZZAN said...

Hi,
Buah keluak tu sama seperti yg digunakan utk membuat kuah rawon. Maybe you can refer kt entry on Nasi Rawon set k!

Anonymous said...

hmmm nampak selera wat ur comment the taste of this dish?lebih enak dari rendang biasa ke?

BRO ROZZAN said...

Anonymous >

Secara keseluruhan, rasanya lebih kurang mcm rendang daging biasa cuma dihujungnya ada rasa buah keluak sket. For a change kira oraitlah. Otherwise, rendang biasa pun sedap juga ya.

Anonymous said...

waa sronoknye nengok rendang yang x gune daging sbb i x mkn daging tp dah slalu mkn rendang aym nek muak plak hehehe tp rendang ttp rendang ek mest ye bnyak minyak kan kan kan ye nyer kolestrol tggi gak x

BR said...

Hi anonymous

Kalau dah rendang tu pastinya bky santan dan berminyak. Tapi, apapun, makan apa pun biarlah berpada2 ya.