Followers

Tuesday, March 11, 2008

AGAR-AGAR GUDIR






Agar-Agar Gudir ni memang feveret sejak kecil lagi. Resipi ni saya ciluk dari FP Rossya. Tapi tak tau where I went wrong sbb agar-agar ni hampir keseluruhannya dipenuhi dgn 'santan' nya. I guess, perhaps sukatan santan dan telurnya harus dikurangkan agar lapisan plainnya lebih banyak kelihatan. Jom tengok...


AGAR-AGAR GUDIR

Bahan A
1050ml air
150g gula melaka
150g gula pasir
1 bungkus agar-agar powder (plain)
2-3 helai daun pandan
sedikit pewarna chocolate (brown)
1/4 sudu teh condensed milk flavour (essence) optional -saya tak taruk


Bahan B
2 biji telur
200ml santan pekat (saya gunakan santan segar dlm peket plastik-kalau nak lebih baik, gunakan perahan santan pekat dari 1/2 biji kelapa)
1/2 sudu teh vanilli
1/2 sudu teh garam (I added in)


Untuk menyediakan Bahan B
~ Pukul telur bersama esen vanilli dahulu hingga sebati. Baru masukkan santan pekat & garam. Ketepikan.


Untuk membuat Agar-Agar
~ Masakkan kedua2 gula dengan sebahgian air dan daun pandan hingga larut. Angkat dan ditapis. Campur agar-agar serbuk dengan air yang selebih nya dan masukkan air gula/ esen condensed milk dan sedikit pewarna coklat. Jerang lagi atas api. Kacau biar sebati. Bila agak mendidih masukkan adunan telur. Masak lagi hingga mendidih lalu digaul sebentar. Mati kan api dan tuangkan kedalam acuan yang sudah dibasahkan dahulu. Untuk cepat mengeraskan nya.. letakkan acuan2 itu diatas dulang berisi air. Bila sudah sejuk, masukkan kedalam peti sejuk. Enakkan dimakan ketika sejuk (dari peti sejuk).

3 comments:

MamaFaMi said...

Opps...kita memang intend nak buat agar-agar ni tadi...tapi terbuat benda lain pula. InsyaAllah nak cuba juga buat agar-agar gudir Kak Rossya ni... Agar-agar ni, kita suka bahagian yang bersantan tu! Yummy!

BRO ROZZAN said...

Samalah tu dgn my mrs Mama. Kalau the whole texture of the agar-agar penuh dgn santan pun lagi orait dia ckp. Lemak gitu kan??

kak raja said...

kak raja tanya kenapa agar2 gudir saya kepalanya lebih tebal dari badan saya guna agar2 strip 18gm