Followers

Sunday, August 05, 2007

Permintaan Resipi Keropok Lekor

Atas permintaan sdri ct, di sini saya attachkan resipi keropok lekor kiriman sdri lela. Hope its not too late ya.

KEROPOK LEKOR
Majalah Saji Oct. 1997

Bahan-Bahan
4 mangkuk ikan tamban / selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam & serbuk perasa secukupnya
Air batu ikut kesesuaian adunan

Caranya
Bersihkan ikan, asingkan tulang & isinya. Mesinkan isi ikan hingga hancur.
Mesinkan sekali lagi isi ikan tetapi kali ini hendaklah dicampur air batu, kemudian dimasukkan tepung sagu.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras sebelum digentel dengan tangan membentuk saiz panjang.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan keropok lekor & angkat setelah ia timbul di permukaan air.

Cili Cicah Keropok Lekor
1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yg siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas.
Masak sehingga sos cili ini mendidih & likat

SAJI Pesan:
1. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat bahan.
2. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan isi ikan & tepung sagu tetapi jika adunan terkeras, tambahkan sedikit air batu.
3. Keropok lekor boleh dimakan selepas direbus, digoreng, distim atau dijadikan bahan utk Yong Tau Fu.
4. Jika anda sukakan kuah yg pedas, kurangkan penggunaan gula pasir atau gula kabung.

7 comments:

tuan umah said...

mekasih abg rozzan.try shout out kat abg rozzan punya shout box tapi tak leh...ct try cri tepungs agu sini,tak dela..ari tu buat pakai tepung jagung n kanji,tak jadi.

Anonymous said...

Yang ini malas nak buat sebab apa tau, I can easily get it, so tak maulah sweat sweatkan badan... hehehe

BR said...

Hi ct. Abg sendiri pun blum pernah cuba buat keropok lekor ni. Bab kuih2 yg camni, kekadang tu bila sebut nak try, org umah ckp, "beli jer dah, takyah susah2!" heheh...

BR said...

Betul tu mama. Kat SG ni pun, dah byk dijual. Ada juga yg didinginbekukan dan dijual di pasaraya2. Cepat digoreng sedap ditelan. Khalas...

mughni collections said...

salam boleh tak bg resepi tau fu fah soya.sy dh try tp xjd...

BR said...

BR > nurizah

Resipi tau fu fah tu ada dlm blog saya ni. Cuba cari kat senarai resipi yer. :)

Anonymous said...

Salam bro..selain ikan tamban / selayang..ikan apa yang sesuai
Sweden