Followers

Monday, January 08, 2007

ABUK-ABUK SAGU, BELEBAT PISANG, NAGASARI

Saya memang menggemari kuih-muih tradisi Melayu. Saya sering melihat arwah emak saya menyediakan pelbagai jenis kuih-muih utk hidangan pagi atau petang. Oleh kerana minat, saya sering memerhati cara beliau menyiapkan sesuatu juadah. Beliau pun selalu memberikan tunjuk-ajar kpd saya. Cuma, almaklum sajalah, cara sukatan orang dulu2 tak menggunakan timbangan metrik jadi terkadang tu main agak2 jer. But, it was fun helping her and my, my, I really owe a lot to her. With her initial guidance, I'm able to enrich my knowledge in thic culinary field. May God bless her!

I did these few simple traditional kuih last night and I'd like to share them with all of you.


(Resipinya telah saya sertakan dlm posting dtd 30 Sep 06. Tapi takper, saya attachkan sekali lagi).


Bahan
250 gm sagu
220 gm kelapa parut putih
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm

Cara
Sagu biji dicuci dan ditoskan. Kelapa parut dan garam digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis. Kukus hingga masak.


(Pssstt... kalau malas nak gunakan daun pisang, bolehlah digunakan acuan2 kecil atau langsung kukus jer dlm loyang seperti di gambar di atas tu... Setelah masak dan disejukkan, barulah dipotong ikut citarasa)




BELEBAT PISANG
500 gm pisang mas
50 gm kelapa parut putih
120 gm tepung gandum
4 sudu makan santan pekat
80 gm gula pasir
20 gm gula melaka
1 biji telur
secubit garam
secukup daun pisang

Cara:
1) Bubuh pisang ke dalam mangkuk dan dilenyekkan hingga halus.
2) Masukkan bahan-bahan lain seperti kelapa, tepung, santan, gula, telur dan garam.
3) Ambil sehelai daun pisang yg telah dilayukan dan bubuh sedikit adunan. Lipatlah seperti biasa.
4) Kukus selama kira-kira 30 minit.




NAGASARI
1½ cawan (180 gm) tepung beras
4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)
½ cawan (110 gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)
daun pisang secukupnya

Cara:
1) Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
2) Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.
3) Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekeping
pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.
4) Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.

6 comments:

rossya said...

eh.. sama pulak kiter.. hari tu pun kiter buat Nagasari.. Samalah kiter banyak belajar buat kuih2 lama ni dari arwah emak jugak.
Btw, rozzan ader resepi belebat ubi tak. This was my mum's favourite tapi kiter tak pernah belajar nak buat sebab tak suka makan. Tapi I found out it's my MIL favourite too. Jadi , kiter nak try buat lah.. Thanks Rozzan

~ mama dewi ~ said...

eh eh canteknyer abok2 sagu cone tu..rasernyer mesti sedap punyerkan...i've never tried my hands on this...err sagu pon tak kenal camner eh..buat malu company jerr :P ..hehheehee

rozzan said...

Tu lah rossya. Dah planned nak buat belebat ubi gak tapi dah suntuk masa. Insya'allah kalau ada kelapangan I'll be making it these few days. Then kalau dah siap resipinya nanti saya tepekkan kat blog nie. Tapi, entah sedap ke tak tu blum tau lagi ahh.. heheh

rozzan said...

Insya'allah sedap mama dewi. Kuih-kuih lama orang2 Melayu kita kebanyakannya sedap2. Abuk-abuk nipun bukan susah nak buat. Saya mmg suka abuk2 ni mentelah lagi nampak mamafami dan rossya tepekkan gambar kat FP diaorng...ish ish, tergoda kejap.

mamafami said...

Belebat pisang, my favourite. Nagasari, lom pernah cuba buat sendiri, insyaAllah akan ku redah jua suatu hari nanti...abuk-abuk.. isk isk isk..sedeynya...naper abuk-abuk kita hodoh eh, tak cantik cun melecun macam bro punya. Masa buat hari tu, memang kantoi tang kon tu...apa-apa pun, selesai gak! Hehehe....

rozzan said...

Eh, takler mama. Tuhari tgk ur abuk-abuk OK per! Perhaps, nak bungkus jadikan cone tu mesti ada technique. Kalau selalu buat, Insya'allah mahir ler nanti!