Followers

Monday, May 07, 2007

KUIH TALAM UBI KAYU

Actually Kuih Talam Ubi ini dibuat oleh makcik saya. Resepinya, biasalah kalau orang dolu2 buat, agak2 and campak2 jer... heheh. Just sharing the picure jer k!

Bagaimana pun, untuk anda yg ingin mencubanya, di sini saya ingin berkongsi-sama satu resipi Kuih Talam Ubi dari seorang teman blogger. Untuk empunya resipi ini, mekasih yer kerana sudi berkongsi resipi ini yg Insya'allah pasti enak...





KUIH TALAM UBI KAYU

Bahan- Bahan

Lapisan Bawah

700 gm Ubi kayu yang telah diparut
200 ml air (paip)

* Gaulkan kedua2 bahan ini lalu ditapis sebentar dan ambil sagunya.

180 ml air
210 gm gula melaka
150 gm gula pasir

* Masak kedua-dua gula bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.

75 g kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh sebuk vanilla
pewarna cokelat (optional) - jika anda inginkan warna ubinya kelihatan lebih gelap.
100 gm ubi - shredded. (optional)

* Satukan kesemua bahan dan gaul rata. Tuangkan ke dlm loyang berukuran 11"x 11"x 2".
* Kukus selama 20 minit. Kerik-kerikkan sedikit permukaannya dgn garfu sebelum dituang lapisan atas.


Lapisan Atas

1160 ml santan
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji
30 gm gula
1 sudu teh garam

* Bancuh kesemua bahan2 lalu ditapis.
* Masukkan ke dalam periuk dan kacau dgn api sederhana sehingga naik wap saja.

* Tuangkan ke atas adunan ubi (lapisan bawah) yg telah dikukus tadi dan kukus kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
* Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong utk dihidangkan.

14 comments:

Anonymous said...

Salam Bro rozzan,
U nak recipe ni in gram? Kalau nk nanti siti email kat u. Salam.siti

BR said...

W'salam siti. Apa salahnya kalau u nak kasi. Boleh tambah koleksi resipi Kuih Talam Ubi ni. Bila senang nanti saya cuba. Actually saya ada beberapa resipi kuih ni tp sumer blum saya cuba so tak berani nak post kat sini takut2 kuihnya tak menjadi. U just email to me K!

Anonymous said...

rozzan, I dah try resipi ni... very the sedap... tak cuba rugi tau...thanks for penumbang resipi n rozzan tolong panjangkan kat kiter2... ada lagi tak resipi yg power-mower... hehehe

BR said...

Hi mamimontel.
Wah, you dah cuba yer! and very the sedap!!!! Mekasih kpd kak Siti yg telah sudi berkongsi resipi ni dgn kita yaa. Satu hari mesti nak cuba nie....
Bab, resipi yg power2 ni, saya pun kadang2 kena ngecek dgn kengkawan, heheh...

NOUTHY said...

BOLEH TAK GRAM DITUKARKAN KPD CWN AGAR SEMUA YG X DE TIMBG DPT WT JUGAK.......

Anonymous said...

salam bro rozzan,

Senang2 jemputlah singgah ke rumah buruk akak spaghetiqueenjah.blogspot.com

BR said...

BR > Nouthy

Anda boleh gunakan ini sebagai panduan yer:

1 cawan tpg = 120-130 gm
1 cawan cecair = 250 ml/gm
1 cawan gula pasir = 250 gm
1 cawan ubi kayu parut = 250 gm

BR said...

BR > Kak Jah

WS. Mekasih sudi berkunjung ke sini. Insya'allah nanti saya jenguk2 kat rumah akak yer!

KhinU Khine said...

Hi Rozzan,

May I have this recipe in English. I'm in USA. thanks very much. my email address is:

shwema1@gmail.com


Emily

KhinU Khine said...

Hi Rozzan,

May I have this recipe in English. I'm in USA. thanks very much. my email address is:

shwema1@gmail.com


Emily

BR said...

Plse give me more time ya. I'll post the recipe here when time permits.

Anonymous said...

Hi Bro Rozzan,
Bole tk gula melaka saya tukarkan gula timbang yg gula berwarna orange tu?

Thanx
SueRyani

fad4370 said...

Salam Bro,
Nak tanya, Banhan yang pertama tu ubi 700g yang diambil sagunya... airnya aje yang digaul kesemuanya sebelum dikukus. Jadi, yg ubi 700g tu tak di pakai.. betul tak?

BR said...

Fad4370,

Maaf kalau anda keliru. Sebenarnya, 700 gm ubi tu dicampur dgn air lalu ditapis. Ubi parut tu bubuh dalam mangkuk besar sementara air yg telah ditapis ke dalam bekas tadi, dibiarkan sebentar (abt 5 mminit). lepas tu anda akan lihat air tadi di permukaan bekas sementara sagu ubi pula mendak dibawah. Buang air yg dipermukaan tu dan amik sagunya saja lalu gaulkan dgn 700 gm ubi parut tadi. Harap faham ya.