Followers

Saturday, July 18, 2009

SAMBAL GORENG & UDANG SAMBAL

Selain Gulai Nenas, saya juga menyediakan lauk Sambal Goreng dan Udang Sambal utk melengkapi hidangan hari ini. Berikut adalah resipinya.



SAMBAL GORENG

Bahan-Bahan

300 gm daging lembu (direbus hingga empuk dan hiris nipis atau ikut citarasa anda)
2 keping tahu saiz sederhana (potong ikut suka)
3 peket tempeh (potong ikut suka)- kalau kat Spore, 1 pkt ada dua keping

Goreng tempeh dan tahu berasingan dgn minyak masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
2 btg serai
1½ cm lengkuas
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar udang kering (direndam dgn air)


Bahan Hiris

3 btg cili merah
3 btg cili hijau
1½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih

300 gm kacang panjang (dihiris serong2)
1 biji kentang (potong ikut suka)-optional
100 ml santan kotak
100 ml air
sedikit air asam
1½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
3 sudu besar gula
¾ cawan minyak (atau secukupnya)




Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2) Kemudian, masukkan bahan hiris sambil dikacau-kacau hingga bawang layu. Masukkan pula hirisan daging tadi bersama kacang panjang. Kacau sebentar.

3) Seterusnya, masukkan tempeh, tahu, kentang, santan, air, air asam, gula dan garam. Kalau kering, boleh tambahkan sedikit lagi air.

4) Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.


***********************************************************************

Dan ini pula Udang Sambal yg teramat mudah... (sebenarnya tak tau apa lagi nak masak dgn udang nie hah)




UDANG SAMBAL

Bahan-Bahan

500 gm udang (pilih yg besar sedikit)-dibersihkan

4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit air (jika perlu)

2 biji bawang besar (dihiris gegelang/rings)
2 ulas bawang putih (dicincang)

4-5 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
½ sudu teh rempah tumis ikan
2 sudu besar mentega
2 susu besar minyak masak
garam secukup rasa




Cara:

1) Panaskan mentega/minyak dalam kuali lalu tumiskan bawang putih bersama cili kering kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Masukkan pula daun kari, rempah tumis ikan dan bawang besar lalu kacau sebentar.

3) Akhir sekali masukkan udang, garam dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan sehingga udang masak.


4 comments:

We Haus Enterprises said...

Aduh enaknya sambal goreng. Teringat arwah mak yang pandai memasak sambal goreng kerana bercampurgaul dengan nyai dan mbah Jawa semasa di singapura dulu. Sekarang boleh aja buat sendiri tapi air tangan mak yang paling sedap!Untuk sambal udang mak akan menggiling sindiri cili kering sampai pijar-pijar tangan sebab...anak-anak selalu kata samabl udang mak sedap sangat. Al Fatihah untuk arwah ibu-ibu.

Sofie said...

BR, all this food looks tempting! Did u buy those prawns at New Pasar Geylang Serai?!

My elder sister ever bought prawns at those temporary old site Pasar Geylang Serai at $3/kg especially on Sunday. Quite a cheap bargain I would say.

BR said...

BR > ummiyati

Air tangan mak-mak kita mmg selalunya sedap kalau masak apa pun. Berkat seorang ibu yg memasak utk keluarga. Arwah mak saya dulu pun kalau nak masak lauk gunakan cili kering, beliau giling sendiri dgn batu giling. Bayangkan batu giling yg besarnya kira2 2' x 1.5'... berat pulak tu... Tapi terpaksa sbb arwah bapak mmg cerewet, semuanya nak digiling gunakan "tulang empat-kerat" heheh...

BR said...

BR > Sofie

Those prawns were quite big, I must say and it was going for $6 per kg, normally at other places it would easily cost abt $10 per kg.