Wednesday, March 23, 2011

KEK MARBLE TRIO


Saja nak buat kek yg simple tapi enak. Dah beberapa kali ternampak di blog Che Mat Gebu (bro kita di Johor yg begitu bertenaga sekali dalam mengupdate blog beliau dgn masakan2 yg pelbagai jenis dan rasa). Saya tabiklah dgn tenaga anda Bro CMG!!


Resipi kek marble ni saya cilok dari blog beliau, cuma saya ubahkan sedikit jer. Tapi mutunya tetap baik dgn hasil kek yg lembut dan gebu dan tak terlalu manis. Thanks bro!


KEK MARBLE TRIO

Bahan-Bahan
300 g mentega
280 g tepung gandum (saya guna tpg Hong Kong)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallate
250 gm gula halus
30 g gliserin
20 ml air (disatukan)  - saya gunakan 50 ml buttermilk
1½ sudu teh coklat emulco (saya guna chocolate paste + beberapa titik pewarna cokelat)
1 sudu teh strawberry emulco (saya gunakan 1 sudu besar mango puree + 1 sudu besar esen mangga + sedikit pewarna kuning)
½ sudu teh esen rose (saya gunakan 1 sudu teh esen vanilla)

CARA
1) Sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci yg telah dialaskan dasarnya dgn kertas tracing/parchment dan diolesi dgn mentega.

2) Pukul mentega hingga kembang dgn speed sederhana (kira-kira 4-5 minit). Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Selepas itu, alihkan adunan ini ke dalam sebuah bekas.

3) Selanjutnya, pukul gula, ovalette dan telur dgn speed/kelajuan yg tinggi selama kira-kira 7-8 minit sehingga adunan naik, kembang dan pekat (seperti adunan baulu).

4) Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan mentega/tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian, masukkan pula buttermilk dan kacau rata.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian dibubuh chocolate paste & pewarna cokelat, 1 bahagian dicampur mango puree, esen mangga + pewarna kuning dan yg akhir sekali di bubuh esen vanilla dan dibiarkan plain. 

6) Tuang aduan secara berselang-seli di dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

7) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama kira-kira 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Apabila masak, keluarkan loyang dari oven dan letak di atas redai kek sehingga ia betul2 sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.



 CATATAN CMG :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek

Saturday, March 19, 2011

KUIH TALAM SAGU

Resipi Kuih Talam Sagu, permintaan dari seorang pengunjung blog. Maaf terlewat sket...

  

KUIH TALAM SAGU 

Bahan A  
300 gm sagu biji kecil
150 ml santan cair
180 gm kelapa parut putih
1 sudu teh garam
loyang bulat berukuran 10”

Bahan B
4 biji telur saiz besar
400 ml santan pekat (boleh gunakan 300 ml santan KARA + 100 ml air)
2 sudu teh pes pandan
beberapa titik pewarna hijau (optional)
160 gm gula pasir
50 gm tepung beras
20 gm tepung kanji (ubi)
1 sudu teh garam halus

* Masukkan tepung beras, tpg kanji dan gula ke dalam sebuah bekas. Kacau rata dan bubuh santan pekat, pes pandan, pewarna dan garam. Kacau hingga rata lalu masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati. kemudian, bahan ini ditapis lalu dimasak sebentar diatas api sehingga ia pekat sedikit. Adunan ini siap utk di bubuh di atas sagu biji yg telah di kukus masak.

Bahan C
4 biji telur saiz besar
360 ml santan pekat (boleh gunakan 300 ml santan kotak + 60 ml air)
180 gm gula melaka [dimasak dgn ½ cawan air sehingga menjadi air gula pekat ukuran 120ml. Tapis, sejukkan)
60 gm gula pasir
5 sudu besar (bumbung) tepung gandum
1 sudu teh garam

* Masukkan gula melaka, gula pasir dan tepung gandum ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh santan pekat dan garam, kacau rata. Akhir sekali masukkan telur dan dikacau hingga sebati. Tapis adunan dan seterusnya dimasak di atas api sehingga pekat sedikit sebelum dituangkan ke atas bahan B yg dah masak.
  



 CARA :
1) Cuci sagu biji dan toskan di dalam tapisan.

2) Satukan sagu biji bersama kelapa parut, santan cair dan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam loyang lalu dikukus selam 15 minit sehingga kental.

3) Setelah sagu masak, angkat keluar loyang dari kukusan lalu ditekan2 hingga rata. Masukkan semula loyang ke dalam kukusan utk dipanaskan lagi.

4) Setelah itu, tuang bahan B ke atas permukaan sagu tadi dan kukus selama 30 minit.
 
5) Kemudian, tuang pula bahan C ke atas bahan B yg dah masak dan kukus lagi selama kira-kira 30 minit.

6) Setelah masak, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia sejuk betul-betul sebelum dipotong dan dihidangkan.

Friday, March 18, 2011

BUTTERMILK POUND CAKE


Sebenarnya, hajat di hati nak buat Kek Baldu Merah ataupun Red Velvet Cake- kek yg ramai dah akui keenakannya. Bila terkenangkan frostingnya yg gunakan campuran mascarpone dan Philadelphia cheese tu yg buat teragak2. Almaklumlah, kat rumah ni ramai yg harus berdiet, kalau tak, bertambah2lah 'sehat'. So, sementara saya kumpulkan semangat utk buat kek baldu merah ni, saya pun cuba mencari resipi kek yg menggunakan buttermilk. Bukan apa, sayang kalau buttermilk ni expire nanti. So, googled punya googled, terjumpa resipi Buttermilk Pound Cake yg telah mendapat banyak reviews yg baik. So, here it is, dalam bahasa Inggeris. Sekali2 nak gak tulis dlm bhs omputih, heheh.... (sebenarnya dah pagi ni, malas nk translate/alihbahasa kpd bhs Melayu... 

Buttermilk Pound Cake
 
Ingredients
375 gm all-purpose flour
1/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
230 gm butter
500 gm white sugar (original recipe uses 600 gm)
6 eggs
2 tablespoon lemon extract (from 1/2 lemon) - I also added a little lemon zest/rind
1 teaspoon vanilla extract
250 ml buttermilk

Directions
1) Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). 
2) Grease one 10 inch tube pan. Mix together the flour, baking soda, and salt. Set aside.
3) In a large bowl, beat butter with sugar. Mix in the eggs, one at time, beating well after each addition. 
4) Stir in the lemon and the vanilla extracts. Gently mix in flour mixture alternately with the buttermilk. 
5) Pour batter into the prepared pan.
6) Bake in preheated oven for 90 minutes. ( I baked for 45-50 mins)
7) Do not open oven door until after one hour. When cake begins to pull away from the side of the pan it is done. 
8) Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely. 

Note : I drizzled the cake with chocolate ganache  & garnished with strawberries.