Resipi kali ini adalah permintaan dari seorang pengunjung blog, sdri Yati. Diharap resipi ini dapat menepati citarasa anda ya! (sumber gambar : Buku Masak ALMAS)
MEE HOON BERIANI(Sumber resipi : Hjh Faridah Mahmood)BAHAN1 bungkus mi hoon
1 ekor ayam, dipotong 4 cuci bersih dan tos
2 biji bawang besar, dimayang
6 biji lada hijau, dikisar kasar
3 cm halia dan 6 biji bawang putih, dikisar halus
6 biji tomato, setiap satu dipotong 6
2 sudu makan rempah beriani
1 sudu makan rempah kari daging
6 tangkai daun pudina & 6 tangkai daun ketumbar, dihiris
100 g bawang goreng
100 g gajus, dicincang kasar-kasar
200 ml tairu
½ botol sos tomato
Sedikit koma-koma, direndam dengan 2 sudu makan air mawar
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak atau minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA
Rendam mi hun dengan secukup air paip selama ½ jam, kemudian tos. Gaul ayam dengan sebahagian bawang putih dan halia kisar. Tabur sedikit garam. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan. Minyak bekas goreng ayam, jangan dibuang dahulu.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang telah dimayang dan masak hingga layu. Masukkan halia/bawang putih kisar dan rempah kari, lalu dikacau sehingga garing sedikit. Masukkan tomato, lada hijau, dedaun, gajus, bawang goreng dan sos tomato. Masukkan pula ayam dan gaul rata. Kecilkan api dan renihkan sebentar. Kemudian tuang tairu, rempah beriani dan sedikit garam. Gaul lagi supaya rata. Masaklah sehingga ayam lembut dan terbit minyak. Matikan api.
Seterusnya mi hoon yang telah direndam, dimasukkan kedalam periuk lain, lalu dicicirkan koma¬koma don sedikit warna kuning, 3 helai daun pandan dan 3 senduk lauk rempah ayam yang baru dimasak, serta secukup minyak bekas menggoreng ayam.Gaul rata dan masak diatas api yang sederhana besarnya. Tutup periuk dan biarkan sehingga mi lembut. Tabur sedikitgaram. Hendaklah kerap dibalik-balikkan, supaya dasarnya tidak berkerak dan hangus. Atau pun, mi yang bergaul rempah ini, boleh sahaja dikukus sehingga lembut. Saji dengan lauk beriani ayam dan sepiring salada.
MEE HOON BERYANI (2)
(sumber resipi : Rossya)
Bahan450 gm meehoon direndam dalam air panas supaya lembut.
2 sudu teh pewarna kuning- ditabur keatas mee itu supaya rata warnanya
2 sudu teh lada hitam dihaluskan
1 ekor ayam (seberat 1.3kg dipotong kepada beberapa bahagian dan dilumur dengan serbuk lada hitam. Perap selama 10-15 minit dan goreng sehingga garing.)
3 sudu besar minyak sapi atau minyak makan
1 inci halia dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
6 batang lada kering direndam dan dikisar
garam secukup rasa
4 biji tomato dibelah dua dan dihiris tipis-tipis
1 batang lada merah di belah dua
1 batang lada hijau dibelah dua
1 sudu besar rempah beryani
1 ikat daun ketumbar dihiris
1 ikat daun pudina dihiris
230ml air (1 cawan)
1 cawan bawang goreng
1 tin kecil kacang peas
Cara:Pijarkan minyak sapi didalam sebuah kuali dan tumis bahan perencah halus sehingga wangi. Masukkan garam, tomato, lada merah/hijau, rempah beryani, bawang goreng dan daunketumbar/pudina. Kacau selam 2-3 minit dan tuangkan air.
Setelah mendidih, masukkan ayam goreng dan gaul sehingga rata. Angkat ayam dan tinggalkan rempah itu ditamabah sedikit garam lagi jika perlu. Masukkan mee dan gaul rata. Akhir sekali masukkan kacang peas dan ayam itu kembali. balik2 kan sebentar. Hidangkan bersama sedikit lagi bawang goreng, kacang peas dan daun pudina. Sertakan ulam nenas dan timun jikalau suka.