Followers

Wednesday, June 11, 2008

AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)

Saya pernah membuat Agar-Agar Pelangi Indah. Kali ini saya adaptasikan dari resipi tersebut dan mengubahnya kepada AGAR-AGAR LAPIS (Gula Melaka). Rasanya sedap ibarat Agar-Agar Gudir. Jika sesiapa ingin mencuba, berikut ialah resipinya.




AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)

Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)

Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.

2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.

3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.

4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

6 comments:

Anonymous said...

Cantiknya lapis agar-agar ni bro... Mesti rasanya seindah rupanya...

BR said...

Alhamdulillah mama. Rasanya seperti agar-agar gudir. Sedap kalau mkn selepas dia dah dok bertapa kat peti es tu...

Mummy Dasy said...

Dah cuba buat tp nape mcm ada yang lekat ada yang tak melekat selalunya berapa minit jarak nye

BR said...

Hi,
Selalunya its abt 5-7 minit. Jgn sampai terlalu keras -agak2 dah 3/4keras tuangkan lapisan selanjutnya ya.

Grace Malar said...

Helo Bro Rozzan. Thumbs up. I dah cuba memang melekat cantik dan sangat sedap. Kawan-kawan puji. Terima kasih.

BR said...

BR > Guna dan Mala

Thanks for trying out the recipe. Glad u succeeded & liked it. You're most welcome...