Pemerhatian saya ttg Kek Lapis Sarawak ialah kek-keknya mempunyai bermacam perisa dan corak. Namun kaedah/cara pembikinan dan bahan asasnya lebih kurang sama. Hanya perisanya yg berlainan. Ada yg menggunakan sekaya, variasi perisa jem, peanut butter dan mcm-mcm lagi. Saya amat kagum dgn kepelbagaian corak-coraknya yg menarik dan kreativiti sipembuat.
Untuk menghasilkan kek lapis sarawak yg baik, anda haruslah mempunyai resipi yg tepat/betul dan peralatan khas memotong kek utk membentuk corak bagi inti kek tersebut. Saya rasa kat Spore ni takde dijual lagi alat ni. Kat Msia pasti ada. Oleh kerana saya sendiri tak mempunyai alat pemotong tersebut, jadi tak dapatlah saya share dgn anda camner cara memotongnya.
Namun bagi saya, tak ada rotan, akar pun berguna juga. Saya mengukur & memotong kek utk inti kek lapis sarawak ni dgn menggunakan pengetahuan saya dalam bidang lukisan teknikal (7 tahun di bangku sekolah dok wat lukisan teknikal dlm bidang metal workshop nie hah!). Bezanya dulu bahannya logam (besi), yang skarang ni pulak heheh...kek! Nasib baik tangan ni masih steady nak potong kek 30 darjah lah, 45 darjah lah, dll..
Pada entry saya yg lalu saya ada membuat Kek Lapis Seri Balas. Dengan resipi yg hampir sama, saya gunakan kali ini untuk membuat satu lagi kek lapis sarawak dgn corak seperti Kek Lapis Pucuk Rebung. Kek ni adalah di antara buah tangan yg saya bawa ke pejabat lama saya sebagai tanda terimakasih kpd teman-teman lama saya yg sudi mengundang saya ke majlis meraikan kenaikan pangkat di kalangan mereka.
Syukur Alhamdulillah, dgn IzinNya dan juga berkat doa-doa anda semua, rezeki saya juga bertambah. Saya juga di antara staff yg mendapat promosi pada tahun ini. Semoga saya diberi kesihatan dan kesejahteraan utk terus memberi sumbangan yg kecil ini kpd sesama insan, Insya'allah.
Nah... ini dia kek yg saya maksudkan tu bersama kek lapis batik sutera & agar-agar lapis. (Semua resipi ada di earlier posting). Jom, cuci mata sekali lagi yer!
8 comments:
sya berminat utk memasarkan produk kek lapis ini...bagaimana caranye
Maaf yer, saya tak buat kek ni utk pasaran. Sekedar berkongsi informasi.
respect tul tgk cara anda melapis.. memang anda seorg yg sgt penyabar.
Thanks. Tq for visiting too!
Saya sangat suka tengok agar2 lapis yg anda buat sangat menarik dan kemas boleh bagi tip mcm mana nak buat agar2 supaya tidak terbuka lapisannya kalau dipotong.selalu saya dah cuba tapi ianya tetap terbuka kalau dipotong.satu lagi semakin dipanas diatas api agar2 akan menjadi kental.bagi tip sikit.
terima kasih kalau dpt bagi tip pada saya.sebab sgt minat mkn agar2.
BR > Anonymous
Terma kasih krn berkunjung. Bab nak melapis agar2 ni, anda harus pastikan bila lapisan tu dah 3/4 keras, bubuh pula lapisan seterusnya. Kalau anda tunggu sehingga lapisan tu betul2 keras, dikhuatiri bila siap kelak lapisan tu tk melekat dan senang tanggal.
Ada pula yg menyarankan pada setiap lapisan tu anda buatkanlah garisan2 dgn menggunakankan garfu. So far, saya tk buat cara begini dan Alhamdulillah agar2 saya menjadi.
Bab membiarkan bahan agar2 tu kat atas api, gunakan api yg kecil sekali sekedar utk membiarkan bahannya cair.Insya'allah OK
Br Rozzan,
Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Saya selalu berkunjung ke blog br.Nak tanya sikit, macam mana cara nak buat corak kek batik sutera mcm br buat. Saya baru jer buat 2 hari lepas, tapi corak warnanya tak jadi mAcam batik tapi jadi macam bintik2 ajer......
Terima kasih kembali.
Utk mendapatkan corak yg anda katakan tu, bila anda memicit adunan kek yg dibubuh dlm botol sos, pastikan jalurannya, lebar sket. jadi bila dipotong nmpklah warnanya dan bukan sekedar bintik2. Harap faham yer, kalau tak ,cuba rujuk kat pic yg saya postkan pada resipi kek lapis batik kenyalang yer.
Post a Comment