Followers

Saturday, June 14, 2008

GADO-GADO

Gado-Gado merupakan satu lagi hidangan asli orang Jawa. Kuahnya hampir serupa dgn 'pecel'. Resipinya mudah dan hidangannya boleh dikatakan agak sihat. Jom, kita lihat resipinya. I'm sure its very easy for anyone to do it.



GADO-GADO

Bahan Untuk Membuat Kuahnya
450 gm kacang tanah (digoreng dgn sedikit minyak dan kisar separuh kasar)
secukup air asam (kira-kira 6-8 mata, digaulkan dengan 1/2 cawan air)
70 gm gula melaka
8 sudu makan (bumbung) gula pasir
3½ -4 cawan air
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)


Bahan Kisar
25 tangkai cili kering (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari lengkuas
2 batang serai
2 cm cekur/kencur (saya tak taruk, sebaliknya saya bubuh 4-5 helai daun limau purut)
Secukup minyak untuk menumis


Bahan-Bahan Lain
1 btg lontong (dipotong dadu)
3 biji kentang (direbus & potong dadu)
4 peket tempeh (digoreng & potong kecil-kecil)
4 keping tahu saiz kecil (digoreng & potong ikut suka)
250 gm kacang panjang (dipotong anggaran 1 inci & direbus separuh masak)
250 gm kobis (dihiris halus & dicelur sebentar)
1 biji timun (dihiris)
5-6 biji telur rebus (belah 4)
keropok ikan, udang atau belinjau goreng


Cara Menyediakan Kuah:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar & daun limau purut sehingga garing dan wangi.

2) Bila terbit minyak, masukkan kacang, air, gula melaka, gula pasir dan garam. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan air asam dan dikacau rata. Sesuaikan rasanya. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimatikan api. Kuah Gado-Gado ini lebih sedap rasanya jika rasanya manis sedikit.


Cara Menghidang Gado-Gado
Di dalam pinggan, susun sayur-sayuran, lontong, tempeh, tahu, telur dan sebagainya. Tuangkan kuahnya. Akhir sekali, bubuh keropok udang, ikan atau belinjau.









Nota:
1) Kuah Gado-Gado ini lebih sedap jika rasanya manis sedikit. Kebanyakan resipi-resipi menggunakan hanya 4 sudu makan gula utk 600 gm kacang tanah. Bagi saya, ini sememangnya tidak mencukupi kerana apabila kacang tanah dimasak bersama air, kemanisan gula itu akan 'tenggelam' bersama kacang, air dan rempah yg lain.

2) Di waktu dahulu, gado-gado ini selalu dimakan bersama keropok udang. Tapi anda boleh juga menggantikannya dgn keropok ikan atau belinjau.

7 comments:

MamaFaMi said...

Biar makan banyak banyak gado gado asal jangan bergaduh! Hehehe.... Aduhai, very colorful betul kuih lompang bro...

Waterlily said...

This is just the recipe that I've been looking for. Thanks.

By the way, my FIL is not feeling well and has been asking for buah kurma. Do you, by any chance, ada recipe that has buah kurma as one of the ingredient? I'd like to make some for him

Thanks.

akakerin said...

Assalamualaikum bang!
Saya kagum dgn kreativiti abang dlm. bidang culinari.Rasanya jadi chef di alam siber ni lagi dapat kepuasan.apa2 pun saya memang mengikuti perkembangan culinari abang!

BR said...

MamaFaMi

> Heheh....enaklah makan 'fight-fight' nie tau! Kuih Lompang tu...bukan apa, dah lama tak buat 'drawing pakai poster colour' macam teringin pulak nak main2 dgn kaler!


waterlily

> At this moment, I dont have any recipe with korma as one of the ingredients, in my personal collection. I've tried googling too but could not come out with any results. I'm sorry ya for not able to assist you.


akakerin

> WS sis. Waduh, mekasih banyak ya. Harap anda juga dapat manfaatkan sesuatu semasa berkunjung ke blos saya yaa.

Farhan said...

saya mohon kongsi resepi ya, terima kasih.

Resepi Kirana Sari said...

Sedapnya... membuat saya terliur ni.. dulu saya pernah cuba semasa melancong ke jogja..

Recipe Gado Gado said...

Gambarnya cute. Gado gado memang sedap dimakan panas panas. Keropok brinjal ataupon ikan. Makan tepi laut pun sedap.