KEK LAPIS HAW FLAKES (MASAM MANIS)
Bahan-Bahan
10 biji telur
190 gm gula halus (boleh kurangkan kpd 120-130 gm)
450 gm mentega
300 g biskut Marie–tumbuk halus
secukup haw flakes
1 tin susu pekat manis
85 gm sekaya
1 sudu teh vanilla
Cara:
1. Pukul gula dgn mentega hingga kembang. masukkan telur sebiji sebiji, kacau rata2.
2. Masukkan biskut tumbuk tadi dan kacau lagi hingga rata. Kemudian masukkan susu pekat, sekaya dan esen vanilla.
3. bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan dgn warna pilihan anda
4. Alaskan loyang 9" x 9" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira2 180-190 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan genap atau alternate layers. (ekcelli, saya taruk pd setiap lapisan- that's why the taste still a little too sweet for me!) So take note ya.
9 comments:
Assalamualaikum,
Br. Rozan, saya selalu jenguk blog ni, silent reader le, selalu juga cuba your recipe.. tapi kali ni teringin nak cuba kek lapis pulak, can i halve the recipe, byk sgt rasanya utk 10 biji telur tu, lagipun baru nak try, and utk membakar tu kita pakai api oven bhgn atas aje ke? bila dah complete lapisan tu baru kita bakar atas dan bawah...hope you can help...
Thanks....Syima
Salam Bro...lama dh nk share knowledge ttg resipi yg Bro guna ni tp line internet kdg2 tak brp bagus. actually saya nk bagitau....resipi yg Bro buat ni sama dgn resipi yg dlm simpanan saya cuma sukatan saya spt biasa dlm gelas. dan resipi ni juga boleh dikukus dan ini mmg kita buat lama dulu sebelum ada oven. hehehe....kira masa tu saya masih anak daralah...skrg ni mak anak dara. Deeyana
Shima :
Yes, for a start, u boleh halve the recipe but gunakan loyang yg lebih kecil sedikit. You boleh bake using api atas jer from 1st layer to last layer. Kalau kek masih kelihatan agak 'lembab' sket dikelilingnya, then you may use api atas bawah utk mengatasinya. Bakar dgn suhu yg rendah sket (eg. 150 darjah) selama kira2 7-10 minutes. Other than this problem, saya jarang bakar kek lapis saya dgn api atas bawah selepas lapisan terakhir. Harap anda faham ya.
Hi Deeyana.
Yg my earlier try buat kek lapis ni jenis yg kukus, I noticed sukatan gulanya dua kali ganda. But this one is quite alrite. maybe next time I cuba kukus pulak dgn menggunakan resipi ni.
Assalamualaikum Brother,
I ni baru diperkenalkan ngan blog ni and I tengok banyak resepilah. Powerlah. Tapi...Resipi Kek Lapis Haw Flakes ni tak pakai tepung ke? I ni betul2 interested, tapi tengok tak ada sukantan tepungnye? Advise please.
Terima-kasih ye.
W'Salam nora. Ya, mmg resipi yg dlm entry ni cuma gunakan biskut yg dihancurkan menjadi "tepung". Bab gula pulak, you boleh kurangkan kpd 120-130 gm. Insya'allah jadi.
Kalau you perhatikan, terdapat tiga resipi kek lapis hawflakes (masam manis) di dlm blog saya. Ada yg gunakan tpg dan ada yg tidak. Harap anda faham yer.
hi
i 1st of all,i wanna say thank you for posting all this recipes.
i jst wanna ask you what is sekaya?
sorry i cannot reli type in your language but i understand.
thanks in advance.
Hi anonymous,
Thanx for dropping by.
Sekaya or "kaya" is a type of jam made from eggs, coconut milk & sugar.
Salam Bro....thanks a lot sbb sudi kongsi bersama resepi ni...saya dah cuba buat dan husband saya x percaya yang saya buat kek lapis ni....cuma saya ubahsuaikan sikit cara susunan kek ni...
Post a Comment