Followers

Sunday, January 04, 2009

MEE SIAM (BERKUAH)

Semalam mlm hadir ke satu majlis persandingan adik ipar seorang kenalan org rumah yg diadakan di Restoran Tepak Sireh di Taman Warisan Melayu Singapura (bekas Istana Kampong Glam). Majlisnya yg meriah diselitkan dgn beberapa persembahan tarian dari kump penari TWM (yg pernah mengadakan persembahan sewaktu majlis persandingan Datuk Siti Nurhaliza di KL. I'm impressed, mmg baik sekali persembahan mereka mlm tadi.

Santapan utk tetamu yg disediakan pada mlm semlm kira orait gaklah cuma, utk yg 'kuat makan' tu..heheh...maybe "kurang kot!" Hidangan pertama yg disediakan (utk semeja yg memuatkan 10 orang) ialah Nasi Ambeng (nasi, rendang daging, ayam cili api, sambal goreng pengantin, bagedel, serunding & terung belado. Heheh, dah makan nasi so kenyanglah kot! Jadi tak perlu ada byk hidangan lain sbb nasikan mengenyangkan! Tak seperti kalau kita menghadiri majlis yg menghidang hidangan ala Cina yg walaupun mempunyai byk 'course', nasi adalah hidangan yg akhir sekali sebelum juadah pencuci mulut disediakan.

Menyusul kemudian sepinggan kecil hidang mee hoon goreng (so-so lah rasanya), sepinggan kuih2 Melayu seperti, kuih lapis, kuih bakar ubi & bakar pandan (all sedap). Air - fruit punch/kopi/teh -free flow. Hidangan akhir ialah sejenis bubur (kurang pasti lak namanya tp enak!). Cuma, kalau nak dihitung-hitung, saya rasa bab hidangan utk tetamu boleh dipelbagaikan dgn beberapa lagi hidangan. Maklumlah, saya difahamkan kos utk mengadakan majlis di Restoran Tepak Sireh di Taman Warisan Melayu ni agak ehem..ehem..faham2 saja lerr.. Other than that, ambience/persembahan, layanan, lokasi (dekat dgn Masjid Sultan) ..semuanya OK.

Tapi maaf lerr, satu gambar pun tak snap! Bukan apa...segan sbb 1st time ke sana & mmg tak prepared nak amik gambar pun. So, sekedar berkongsi pengalaman & pendapat.

OK, baiklah, panjang lebar pulak mukaddimah kat entry ni. Actually, nak share resipi buat Mee Siam berkuah yg saya buat petang semalam selepas pulang dr bekerja. Iyerlah, kalau tak, kesian anak-anak, sbb mlmnya kami ke majlis di TWM. Mee Siam berkuah ni ialah yg biasa saya buat utk keluarga. Entry utk Mee Siam Goreng pula pernah saya poskan pada entry yg lalu.







And, here's the recipe:

MEE SIAM (BERKUAH)

Bahan-Bahan1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat/panas hingga lembut, toskan)
300 - 400 gm taugeh (bersihkan)

Bahan-Bahan Utk Rencah Mee
1 ¾ cawan lada kering kisar
4 biji bawang besar *
8-10 ulas bawang putih *
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
80 gm udang kering * (rendam)
sedikit belacan * (sikit jerr)
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)

minyak utk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam (atau secukup rasa tp jgn bubuh terlalu byk krn belacan & udang kering juga memberi kemasinan pd bahan ini)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini utk dibuat kuahnya.

2) Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dlm kuali tadi lalu digaul rata sebentar. Kemudian, masukkan pula udang yg telah digoreng sebentar tadi dan mee hoon lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.



Bahan-Bahan Utk Kuah
½ bahagian rencah mee siam
8 cawan air
¾ - 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar2)
180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar2)

Cara Membuat Kuah
Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa lagi yg perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sket je). Kemudian matikan api.

Bahan Taburan/Sampingan
10 biji telur rebus
2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
daun kucai (dihiris)
limau kasturi (dibelah dua)
sambal tumis

Sambal Tumis Ringkas

1 cawan cili kering kisar }
1½ - 2 biji bawang besar }
sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sket jer)
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional, saya tk taruk)
minyak secukupnya utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.

Cara Menghidangkan Mee Siam Berkuah:
Bubuh secukup Mee Siam yg digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan mungkum. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap disantap!!




3 comments:

Anonymous said...

i think the archive you wirte is very good, but i think it will be better if you can say more..hehe,love your blog,,,

Anonymous said...

abg rozzan .... yang 1 3/4 cawan lada kering kisar tu ukuran sesudah atau sebelum di kisar? cawan tu maksudnya cawn yng air 250 ml tu ye? thanks!!!!

Unknown said...

salam kenal..
izin di pakai resepnya di blog saya ya

http://dapurshahnaaz.blogspot.com/2014/09/mee-siam-malaysia.html

terima kasih atas resep nya yang enak ini ..