Followers
Wednesday, April 09, 2008
VERY MOIST BANANA CAKE / KEK PISANG LEMBAB
Saya buat kek pisang lembab ataupun "Very Moist Banana Cake" ni utk menyelamatkan pisang raja yg tersadai kat dapur tu daripada terbuang begitu saja. Ingat nak buat apam pisang but malaslah nak tenggekkan kukusan kat dapur tu. Resipi kek ni (yg saya 'pinjam' dari FP Mamafami), pernah saya postkan in my earlier posting. Anyway, saya catatkan sekali lagi di sini.
KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)
Bahan-Bahan :250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 340 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut
Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Nota : Kali ini saya cuma tambahkan ganache topping kat atas kek tu dan ditabur dgn kacang hazel.
Nota:
Anda boleh kurangkan lagi sukatan gula kpd 280 - 300 gm jika anda sukakan kek yg kurang manis)
Labels:
ANEKA JENIS KEK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Wahhhhh so the very mengancamlah bro. Bro ni memang terrorlah bab bab bagi mekap kat makanan. Kalau kita ler, togel jek... sebab kita lurus bendul... kalau resipi tak cakap suruh mekap, kita taklah jadi 'mak andam'...hehehe...
Opss tertinggal lak... Apam Pisang Feqah tu, just nice manisnya.. not that manis actually....
MamaFaMi > Heheh...agaknya dulu nak jadi mekap artist tak jadi kot!!! Tu lerr pasal kekadang ingatkan kek2 ni 'model'. Bila ada peluang, apa lagi, terus kek tu jadi mangsa!! nasib baik tak jadi mcm ugly betty!!
Abt apam fiqah tu, thanks.Insya'allah bila sng nak cuba gak lah.
Bro rozzan, saya ni peminat baru u. Ur recipe smuanya menarik dan senang diikuti. Dah try kek pisang tu. Sedapp.. thx.
Hi anonymous
Welcome to my blog. Thanks fr trying out the recipes. Harap anda dpt manfaatkan sesuatu dari blog ni ya..
Hello Bro Rozzan...resipi kek pisang u nie i try buat menjadi la =) Thanx for the resipi yg u post and share ye...
Hi anonymous!
Thanks fr trying out the recipe. I'm glad you succeed. You're wost welcome sis.
saya pernah cuba recipe rozzan..mmg menjadi...thanks sgt2.. --Rose
BR > Rose
You're welcome rose! Thanks for trying!
Hi Bro Rozzan,
jaja nak tanya ni, kalau pisang tu nak guna apa2 jenis pisang boleh tak? and then loyang tu nak guna brp inch punye.. kalau 8 inch punye ok tak?
guna pisang ladys finger boleh tak?
terima kasih bnyk2..
oh ya! saya selalu buat kek ikut resipi dari blog ni.. saya suke buat the gooey cholate cake.. mmg mengancam!
hihi.. thank u ya!
Hi jaja
Sebarang jenis pisang boleh digunakan cuma saya suka gunakan pisang mas atau p.raja. Pisang Delmonte/Montel pun ok gak.
Pisang ladies fingers? 1st time dengar but actually its up to your taste ya.
Thank you for trying out the recipes here ya. You're most welcome.
salam...bro...harga utk setiap bahan2 tu takde ke?
WS Ramdan Ismail.
Selalunya harga setiap barangan tu subjektif. Mentelah lagi saya di Spore ni ..sudah tentu harganya mahal sedikit berbanding di M'sia yer...
abg rozzan,yana dah try resipi ni.bw g ofis semua ckp sedap.minx izin paste dlm blog yana ek.ni 1st time buat.
BR > Yana
Sorry terlewat reply. Silakan Yana, no problem....
Salam.. i've tried few of your recipes n nvr did it disappoint me.. Alhamdulillah pertama kali mencuba recipe ni n it turns out well n delicious.. Thx bro rozzan for sharing wonderful recipes.. :)
Salam Brother Rozzan
Terima kasih. Baru cuba resipi kek pisang you untuk berbuka puasa petang tadi. Memang moist dan sedap. Hanya pada saya agak manis jadi saya perlu kurangkan gula sedikit.
Saya akan terus ikut resipi you ini pada lain masa dan akan share dengan teman teman. Salam
Post a Comment