Hari ini merupakan hari lahir anak bongsu saya Nur Farah Dinah. Beliau yg baru saja akhir tahun lepas menduduki peperiksaan PSLE (atau PTSR di M'sia) telah pun berhijrah ke alam persekolahan menengah. Berada di menengah satu (tingkatan satu) Sekolah Menengah Perempuan Cedar, Farah merupakan seorang yg suka dgn kegiatan lasak. Tak hairanlah beliau memilih utk menganggotai pasukan NCC (National Cadet Corp) sebagai aktiviti ko-kuriularnya walau pun beliau telah diterima masuk ke pasukan NPCC (Police). Seperti abangnya yg juga anggota NCC sewaktu di sek menengah dahulu, Farah suka mencuba sesuatu yg mencabar, baik dari segi fizikal mahupun mental. Aiseymen, nilah dia anak dara ku dalam uniform NCCnya.
SELAMAT HARI LAHIR ke 13 tahun kami ucapkan pada Farah semoga menjadi anak yg solehah, taat kpd ibubapa dan agama.
Oleh kerana tidak berkesempatan menjamu selera di luar, kami belilah seadanya. Kek Besday yg dibeli pun lupa nak snap. Dah separuh selesai dingappp baru teringat! Namun demikian, saya sempat gak buat Roti Pizza yg ringkas. Sebenarnya nak buat roti gulung jer (pinwheel) yg biasa saya buat tapi last minit tukar fikiran. Oleh kerana malas nak cari resipi pizza yg ada dlm simpanan, saya gunakan jer resipi asas roti yg selalu saya gunakan. These are the pics
Agar-Agar yg di bawah ni pula sebenarnya percubaan saya membuat agar-agar gudir berperisa rose. Agaknya masih belum pass lagi lerr. Walaupun dah dikurangkan sukatan santannya, masih juga agar-agar tu diselimuti sepenuhnya dgn santan tu...(Ada sesaper yg mempunyai resipi lain yg boleh dikongsi bersama?) Tapi, namun begitu, rasanya mmg enak, ala-ala perisa 'bandung'. Jom tengok...
11 comments:
Selamat ulang tahun nur farah dinah,semoga menjadi anak yg soleh,taat pd ibu bapa - dunia & akhirah,insyaallah.
- dayang
Thanks dayang.
Hepi Belated Bdae to Nur Farah Dinah, Semoga berjaya dlm apa jua cita2 mu dan semoga jd anak yg soleha, taat pd ibu dan ayah dan semoga sentiasa dlm lindung NYA. AMIN.
On behalf of Farah, thank you. And thanks for dropping by yaa!
Happy belated Birthday to Farah juga..banyaknye makanan..
Happy belated birthday to Farah. Bro ni very creative la, buat pizza siap ada tulis nama Farah cam tu... Mmm nanti nak tiru gak ah.. Patut bro kena nyanyi lagi... TIRU MACAM SAYAAAA.... ahakss..
HaPpY BiRtHdAy FARAH!!!!!!!!!!
Semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat..insya Allah!
Bagi pihak farah, Thank You. Insya'allah nanti saya smpaikan pd beliau.
Hai abg rozzan,agar2 gudir tu memang favourite saya.Santan & telur mesti dikacau atas api sbelum dicampur dgn adunan agar2Insyaallah lain kali,saya berikan sukatan nya...
Hi nurulnabia! Thanks. Insya'allah bila u kasi nanti bleh I cuba ya.
Post a Comment