Followers

Sunday, April 27, 2008

KUIH DADAR / KETAYAP



Dah lama nak buat kuih dadar ni... Ada yg menyebutnya sebagai kuih ketayap dan ada menggelarnya kuih gulung. Yang pasti, ianya sama. Sejenis kuih ala ala 'pancake' nipis yg diisi dgn inti kelapa manis. I'm sure ramai yg dah tahu membuatnya.

I found this recipe in one of my collection of books. Texture kulitnya lembut, perhaps kerana penggunaan telur yg lebih. Anda juga boleh memvariasikan inti di dalamnya. Tapi saya rasa kuih dadar yg asli dgn inti kelapa yg paling enak. Kalau nak cuba silakan.




KUIH DADAR

Bahan2
2 cawan santan (saya gunakan 200ml santan kotak + 250 ml air)
5 biji telur (saiz sederhana- kalau besar gunakan 4)
150 gm tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau

Cara:
Telur dikacau sedikit dan masukkan semua bahan2 yg lain. Jika adunan bergentel-gentel, tapis.
Adun hingga rata dan sebati.

Gunakan kuali non-stick untuk membuat kulit kuih dadar ini. Panaskan kuali dan oleskan dgn sedikit minyak. Ambil 1 senduk adunan dan ratakan agar kulitnya nipis dan tak terlalu tebal. Setelah masak, angkat dan isikan dgn inti kelapa.

Inti Kelapa
450 gm kelapa parut (putih)
1 sudu makan tpg jagung
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
220 ml air
50 gm gula tanjung
50 gm gula pasir
100 gm gula melaka

Cara:
Masak air dan ketiga-tiga gula tadi dgn daun pandan sehingga gula larut dan pekat sedikit. masukkan kelapa dan garam. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tpg jagung dan dikacau lagi sehingga intinya kering sedikit. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
Sukatan gula pada inti kelapa boleh dikurangkan mengikut citarasa anda.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Bro, first time ni I tengok kuih ni ada kaler lain selain hijau and kuning..cantik gak kan..
Lagu suicidal ni memang bagi orang terkejut la. Nasib baik tak suicidal..

MamaFaMi said...

Tu dia, mai dah kuih dadar traffic light! Kita pun suka main dengan colors...suka ceria ceria!

BR said...

min > WS min. Actually warna merah tu pernah saya lihat di dlm buku masakan. Pun dibuat kuih ketayap gak. Cuma mungkin warna hijau lebih terserlah jika dipadankan dgn inti kelapa. Tulah pasal saya bubuh inti kacang merah dlm dadar berwarna merah tu. Btw, lagu suicidal yg mana satu lak tu?

BR said...

MamaFaMi,
Heheh, sekali-sekali, nak gak boh kaler mcm2. Kalau yg beli, dok kaler itu itu jer!! Sib baik saya tak boh warna coklat atau ungu. Tapi boleh gak lah. Kalau warna coklat, saya boh inti cokelat, kalau ungu saya boh inti keladi manis..Boleh gitu??

Anonymous said...

bang, lagu beautiful girl yg main kat sini. :)

BR said...

Aiseymen min. terkezut eh...nantilah saya tukar lain lagu lak..

Roszie said...

Abg Rozzan very creative. Tak ramai orang yang buat kuih ni berani warnakan with all sorts of colours. Dik cuma nak tahu bang gula tanjung tu apa is it the orange colour sugar? Dik suka sangat makan kuih ni but if tak tahu what is the ingredient hai picang rasanya. He he he.

BR said...

Hi Roszie,
Sorry lmbt reply. Heheh, saya dulu mmg suka dgn subjek ARTS -lukisan. So, masak ni pun serupa. Its an art with many colours to play & experiment with.

Yup, gula tanjung tu yg warna oren, tepat sekali. Mmg betul ckp u, me pun kalau dah bahan2 tk cukup lengkap, saya takkan buat kuih tu.