Followers

Saturday, March 29, 2008

KUIH BAKAR BERLAUK / KUIH BAKAR MANIS




























Kuih Bakar Berlauk ni pernah saya postkan resipinya sometime in 2006. Tengahari tadi saya buat ih ni. However, saya hanya buat separuh bahan, yg separuh lagi saya buat kuih bakar manis (pandan). Here's the recipe again.
 
 KUIH BAKAR BERLAUK

Bahan-Bahan
400 ml santan kotak KARA
350 - 400 ml air
300 gm tepung gandum
6 biji telur (saiz besar)
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

Untuk Intinya:
300 gm daging kisar
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
sedikit rempah kari daging (abt 2 sudu mkn)
secubit garam
2 sudu makan minyak masak utk menumis

Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Untuk Taburan/Hiasan
secukup cili merah (dihiris), secukup daun saderi (sup)












Cara Membuat Kuih Bakar Berlauk:

Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Oleskan dgn sedikit minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar. Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.























Setelah separuh bahagian adunan di atas digunakan utk kuih bakar berlauk, baki yg sebahagian lagi saya bubuhkan:

1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau
4 sudu besar (bumbung) gula pasir

Kemudian kacau adunan sehingga gula larut sebelum dibakar dalam acuan kuih bakar.



 KUIH BAKAR MANIS (PANDAN)















14 comments:

Anonymous said...

hi, do u accept orders for traditional kuih or do u have any frens hu does? Thanks

Ani

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MamaFaMi said...

Hmm...kita suka cara pedas dari cara manis... yummy yummy...

Nur68 said...

Lama tak tgk kuih ni dijual...skrg ni susah betul nak jumpa kuih2 tradisional ni..alamatnya nak kena buat la ni....

BR said...

Ani > Sorry ye Ani. Saya tk amik orders but I have an aunt who does. Tapi, it depends on what type of kuihs jugak ya.


barb michelen > Thanks


mamafami > Me too but anak2 lebih suka yg manis laa.


nur68 > Hi nur! buat sendirikan lebih satisfying dan berkat kerana kita buat dgn titik peluh sendiri utk famili. Cubalah...

Anonymous said...

happy belated birthday to ur doter... moga menjadi anak yg soleha dan selalu dirahmati olehNYA... k ni nak tanya kalau saya nak buat kueh bakar berlauk tu kan tapi bakar dlm oven agak2 menjadi tak?

sis lina

BR said...

Hi sis lina.
Maaf ter'miss' lak on ur comments. Anyway, thanks for ur doas for my dotter.

Kalau kuih bakar berlauk ni dibakar dalam oven, boleh jugak. Cuma perhaps, bila adunan dah 1/2 masak, gunakan api bawah saja. Ini agar permukaan kuih tu tak terlalu garing. Hope that explains ya.

Waty said...

each time i tgk ur website..mesti rasa lapar walaupun baru jer makan...

http://homemadepleasures.multiply.com

Anonymous said...

selama ni, tau nama kuih tak tau rupanya. tau rupa kuih, terkasi salah nama.

sejak selalu ke ini, lesson complete.

hoho jangan sesapa berani nak cong gua.

rupanya, selama ini my most fevret kuih in the world bernama kuih bakar berlauk.

dan itu agar2 yang separuh santan, separuh gula melaka itu, pernah menjadi fevret dulu2....

BR said...

Waty > Heheh...masih lapar kot walau pun dah makan? Nasib baik tak meleleh airliuq tu hah!!

anonymous > Alhamdulillah. I'm happy sedikit sebanyak you dapat menimba ilmu dari blog ni. Kuih bakar berlauk ni pun mmg my feberet sejak kecil lagi.

ej3375 said...

Hi Bro Rozzan! do u have resipi kuih bakar melaka? I loved it so much! Ditabur dgn bijan. Terasa rempahnya & bau daun limau purut (or kulitnya,not very sure) Ever buat but not nice at all!...... So if u know pls share the resipi with me........ thk u :)

joud said...

Assalammualaikum.Saya dari Jeddah.Disini tak ada acuan kuih bakarlah boleh tak saya bakar dlm oven pakai acuan muffin.
Agak-agak jadi tak? Terima kasih.Memang dah lama saya cari resepi kuih ni.Tau rupa tak tahu nama.

BR said...

WS joud.

Anda boleh gunakan acuan muffin atau cupcakes. Tp pastikan jgn isi adunan terlalu banyak (tinggi) krn nanti kuihnya tebal dan lambat masak yer.. Insya'allah jadi. Mulakan dgn bismillah dan akhiri dgn Alhamdulillah.

Unknown said...

Assalammualaikum. Terimakasih atas resepi ini. Minta halalkan saya guna resepi ini untuk mencari rezeki. Terimakasih banyak2