Followers

Monday, September 10, 2007

PULUT SERIMUKA DURIAN




Semalam buat kuih Pulut Serimuka yg juga dikenali sebagai Puteri Salat. Oleh kerana kat esbok tu masih ada lebihan durian yg saya beli 2-3 hari sebelumnya; saya pun apa lagi, amik kesempatan buat Serimuka Durian. Mungkin durian tu dari jenis yg agak baik, dgn menggunakan 4-5 ulas jer rasanya dah semerbak harum! (kalau yg suka laa).

Dan pagi tadi pun, bila bawa kat pejabat, ish ish. Terus bawak pi kat pantry. Saper nak rasa pi lah makan kat dlm pantry tu. Kalau tak nanti, satu ofis bau durian sbb baunya dgn cepat masuk ke saluran sistem alat penyaman udara (ckp senang, aircon laa).

So, saper nak cuba, here's the recipe.



PULUT SERIMUKA DURIAN
Bahan-Bahan
400 gm beras pulut (masukkan ke dalam mangkuk kecil, tandakan arasnya)
1 mangkuk santan cair (gunakan mangkuk yg sama yg menyukat pulut tadi)
secubit garam
1-2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Beras pulut dibersihkan dan dikosek. Kemudian, masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan ke dalam loyang bulat (saiz 9" atau 10") dan kukus selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga tanak. Alihkan pulut yg telah masak tadi ke dalam loyang lain yg telah disapu sedikit minyak di sekelilingnya. Tekan2 dan ratakan pulut tadi sehingga rata dan mampat. Tuangkan bahan serimuka ke atas pulut yg telah ditekan . Kukus selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak.

Bahan-Bahan Serimuka
2 cawan santan pekat (saya gunakan santan KARA jer; ni kerja org rajin!)
1 cawan gula pasir
4 biji telur (kocok sedikit)
4-5 ulas durian (diambil isinya dan lenyek halus)
4 sudu makan (mumbung) tepung gandum
secubit serbuk vanilli (optional)
secukup garam (kira2 1/2 sudu teh)

Cara:
Semua bahan Serimuka disatukan dan dikacau rata-rata. Tapis jika perlu.


2 comments:

Anonymous said...

saya da cuba resipi ini..alhamdulillah jadi dan mak saya suka sekali kuih ini..terimakasih byk2....

Anonymous said...

Bahan serimuka disatukan. .nk di masak atas api tk?