Followers

Wednesday, May 02, 2007

ROTI BOYAN (BAWEAN)

Salaam. Pada kali ini, ingin saya share dgn anda sarapan yg telah disiapkan pagi tadi iaiatu ROTI BOYAN. It's a simple meal which I'm sure ramai yg boleh siapkan yaa. Kelainan pada Roti Boyan ini ialah saya tambahkan sedikit isi ayam agar rasanya lebih menarik kpd anak2. So, here it is.



ROTI BOYAN (BAWEAN)

Bahan-Bahan untuk kulit roti
1kg tepung gandum
350 ml air suam
150ml minyak sayuran/masakan
3 sudu minyak sapi
1 sudu teh garam

Cara :
1) Ayak tepung ke dalam mangkuk besen yg besar.
2) Cairkan minyak sapi & campurkan dgn minyak masakan. Garam dibubuh ke dalam air suam.
3) Masukkan minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi adunan yg lembut tapi jgn sampai lembik. Buat beberapa bebola daripada adunan tadi dan biarkan sebentar.

Bahan-bahan Inti
800gm kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
4 biji telur
2-3 biji bawang besar (dihiris atau dadu)
200 gm isi ayam (potong kecil2, perap dgn sedikit ketumbar jintan, garam & digoreng)
secukup daun sup & daun bawang
1 batang cili merah hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
garam secukupnya

Cara:
1) Gaul rata kesemua bahan di atas hingga rata dan sebati .

Cara Membuat Roti Boyan :
Ambil dua biji bebola adunan yg sama besar. Canaikan di atas papan penggiling hingga menjadi bulatan yg nipis. Ambil sekeping adunan tadi dan isikan inti lalu tekapkan dgn sekeping lagi adunan. Kelim tepinya seperti mengelim epok-epok. Kemudian goreng dengan cara terendam (deep frying) dgn api yg sederhana.

Anda juga boleh membuat Roti Boyan ini seperti anda membuat roti canai/prata. Ambil satu adunan tadi dan tebarkan menjadi satu bulatan yg besar. Isikan inti dan lipatkan menjadi persegi empat. Goreng di atas kuali leper dgn membubuh sedikit minyak.

Note:
Actually, adunan yg saya buat tu tertebal sedikit. Anda bolehlah nipiskan sedikit.
Also, roti boyan ini sangat enak jika dimakan bersama sambal tumis ikan bilis….

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-Bahan
2 cawan cili kering kisar
3 biji bawang besar
sedikit ikan bilis (direndam)
sedikit belacan
(Kesemua bahan dikisar halus)

sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
1 cawan ikan bilis (di goreng separuh masak)
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan2 kisar hingga betul2 garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh air asam, garam dan gula. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi. Kecilkan api dan biarkan sebentar sebelum diangkat.

17 comments:

Jama said...

I made mine into squares like mini mertabak, tak payah kelim....hehehehe this is the way a bowean friend teach me...

BR said...

Mmg betul mummy, ada yg buat camtu. What I was trying to highlight was, kalau bentuk roti boyan tu jenis berkelim, I would always deep-fry them but kalau yg jenis square (mcm mertabak/roti canai), I will pan-fry them mcm roti canai/prata (not deep-fry). It's just a variation. But the taste is equally nice!

Anonymous said...

Actually Rozzan, in a Boyanese home, you'll never find them deep-frying this roti. It's always pan-fried with a little oil :)
I like your blog very much. It's really kind of you to share so many of your recipes, esp traditional dishes that may be hard to find recipes for. Keep up the good work! God Bless.

BR said...

budakbawean >

Thank you for the info. Actually I'm aware of how the original roti bawean is prepared.

I just wanted to show other version of the roti bawean which is available now- something which has evolved over the years (well at least in Singapore). As we know, some of our traditional food has undergone some kind of transformation or even fusion!

My other entry on roti bawean has both versions. Cuba refer kat sini http://rozzan.blogspot.com/2008/02/roti-bawean.html

Anyway, thanks again for sharing with us the info on roti bawean. I'm also glad you like the recipes here. Insya'allah, if God permits, I'll continue to share. God bless u too ya!

Anonymous said...

wawa aku selalu buat roti ni dulu terutama waktu puasa ramadan...sedap hingga menjilat jari...cara dia buat macam murtabak tu ler..

sekarang ni isteri aku walau dia orang melayu pon pandai bikin....

tima kasih ..boleh coba resepi yang kena kelim tur..

BR said...

Salam anak bawean malaysia,

Sekarang ni tk kiralah..apa jua keturunan kita, Melayu, jawa, Bawean, Bugis, dll. Pendekata kalau sedap...hmmmm semua kita bedal!!! Saya pun orang Melayu ...

sayang_nana said...

huby sya keturunan boyan spore..aruah mak mertua mmang expert bt roti boyan.1stly dgr nma mmang pelik la.tp,bila da rasa mmang sdapp sgt.roti boyan mmang mknan kgemaran huby..sya nie yg xpdai bt.xksmpaian timba ilmu bt roti boyan dri mom in law sb b4 nikah dgn hubby mom in law da meninggal.nk belajar dri sis in law dorang kedekut ilmu bt roti boyan..ni da dpat resepi dri sis,sya akn try bt roti boyan..mta share resepi yea..

paklie.. said...

Assalamualaikum...hurmmm dh lama kami x mkn nie...dulu masa arwah tok habsah kami masih sihat,,kami biasa mkn nie....huu teringat kenangan lama di flat boundry air itam p.pinang mari..skang di shah alam,,apa kabar semua saudaraku...mamang,bibik,obek,paraben,paraceka,haha blh la ingat lg...

Anonymous said...

As-Salam, saya tanya 2 soalan, 1) roti boyan/bawean ini mestikah makan dengan sambal tumis ikan bilis? bagaimana dengan kuah yang lain seperti dalca, kari , sardin atau lain-lain? 2) yang roti ini sebetul/aslinya berkelim tepi atau dibungkus/lipat seperti murtabak?

Anonymous said...

sedapnyeee ... saya keturunan bawean pun xpandai buat ni .. boleh try lepas ni .. hehehehe

Unknown said...

Tksh bkongsi resipi...sy ingin cuba buatnya....

Unknown said...

Tksh bkongsi resipi...sy ingin cuba buatnya....

Unknown said...

Salamm.. boleh i tanya 1 kg tepung boleh dpt berapa roti ? I nak buat yang bulat type.

Anonymous said...

Terima kaseh kongsi resepi. Cuma nk tau telor tu perlu direbus atau tidak. Jika tidak adakah ianya perlu di pecahkan saja atas kentang dan kemudian kacau.

Nora/ila said...

Telur tak perlu rebus. Tepuk telur campur dalam kentang yg dah lenyek tu... 😊

Ida_Manoer said...

Assalamualaikum Rozzan,terima kasih kerana berkongsi resipi...saya baru first time makan roti boyan (beli jer) sedap pulak tu,jadi macam tergerak hati nak tau resipinya...InshaAllah saya nak try resipi awak.Satu perkara jer saya nak confirm...untuk bahan intinya tu,telur tu kena buat macam mana yer?Terima kasih!😀

Unknown said...

Nampaknya sedap tu...!
Bolehlah nak try...!