Followers

Saturday, November 18, 2006

Selamat Hari Ulangtahun ke..........

Hari ini merupakan Hari Ulangtahun isteri saya. Semoga beliau dipanjangkan usia (sentiasa di dalam keimanan dan ketaqwaan), diberi kesihatan rohani dan jasmani dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. Thank you for your dedication and perseverance in our almost 18 years of marriage. Takde apa-apa rancangan special harini dan kami pun tak bercadang kemana-mana, maybe some other time.

Pada harini juga kami menerima tamu (you know who you are!). Malangnya terlupa lak nak snap gambar. Anyway, saya rasa berbesar hati dan telah menyediakan sedikit jamuan utk mereka.........





Berikut adalah resipi-resipinya:


BONE STEAK (SUP TULANG)

1 kg tulang kambing

1 inci halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai - titik
1 sudu teh garam

(Campurkan semua bahan di atas di dalam sebuah periuk lalu tuangkan secukup air sehingga tulang nya tenggelam. masak hingga empuk – kira-kira 1 jam, kalau gunakan pressure cooker abt setengah jam)

BAHAN-BAHANNYA

1 sudu teh lada hitam*
10 tangkai cili kering (atau ikut citarasa)*
4 ulas bawang putih*
1 sudu makan ketumbar*
½ sudu teh jintan halus*
7 ulas bawang merah* …………………… (* dikisar halus )
minyak untuk menumis
¾ botol tomato sos
2 sudu besar pes tomato
1 sudu besar kicap pekat
gula dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar (hiris tebal)
1 biji kentang (potong wedges)
2 biji tomato (potong empat)
sedikit kobis (hiris)
2 batang lada hijau (hiris kasar)
2 biji telur (kocok sedikit)
½ cawan bawang goreng (optional)
secukup daun ketumbar/pudina

PERATURAN
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan pes tomato, sos tomato, kicap, garam dan gula. Sesuaikan rasanya, jgn terlalu masam. Masukkan tulang tadi dan air rebusannya. Kalau air nya kurang bolehlah ditambah lagi. Kacau rata dan biarkan 10 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan bahan selebihnya. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau sedikit hingga telurnya rata dan taburkan daun ketumbar/pudina.

Nota: Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Apa2 yg kurang bolehlah ditambah seperti gula, garam, sos tomato, dll. Saya selalu masukkan sedikit isi daging kambing kerana......... saya tak makan tulang....heheh.


TAHU TELUR
Bahan-Bahan
10 keping tahu yg kecil
6 biji telur (saiz besar)
secubit garam
2 sudu makan tepung jagung (larutkan dgn sedikit air)
minyak utk goreng tahu cara terendam (deep frying)
acuan2 kecil aluminium (bulat) seperti acuan kuih jepun
secukup timun (dihiris)
secukup lobak merah (dihiris)-optional

Cara:
Telur dikocok di dalam sebuah mangkuk dgn secubit garam. Masukkan tpg jagung dan kacau rata. Tahu dipotong dadu, kecil2 lalu digoreng separuh masak dgn menggunakan minyak. Toskan dan biarkan sejuk sebentar. Setelah sejuk, masukkan tahu ke dalam bahan telur tadi dan kacau. Panaskan minyak yg banyak di dalam kuali (lebih baik kuali yg flat base) dan bubuh acuan-acuan bulat tadi di dalamnya. Setelah minyak panas, gunakan senduk sederhana dan bubuh tahu yg telah dicampur dgn telur tadi ke dalam acuan yg telah direndam dalam minyak tadi. Jangan bubuh terlalu penuh, setakat level dgn permukaan acuan tadi. Siramkan acuan yg telah dibubuh tahu itu dgn minyak yg terdapat dlm kuali itu hingga ¾ masak. Kemudian buka acuan itu dan ketepikan dan biarkan tahu masak sebentar lagi hingga garing. Sesudah masak, angkat dan toskan.
Untuk menyajikan nya, ambil satu keping tahu telur, taburkan dgn hirisan timun dan lobak merah dan siramkan dgn kuah kacang atau sambal.

Nota: Tahu Telur ini selalunya dimakan dgn sos/sambalnya tetapi ada juga yg gemar memakannya dgn kuah kacang seperti kuah kacang yg dimakan dgn tahu goreng.


Sos/Sambal
25-30 btg lada kering (rendam dan kisar)
6 ulas bawang putih- kisar
2 sudu makan cuka
secukup sos tomato (optional)
3 sudu makan petis
100 gm gula melaka (masak dgn sedikit air & tapis)
secukup gula pasir
secukup garam
secukup air

Cara:
Satukan semua bahan di atas dan masak sehingga pekat dan mendidih. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda.

Kuah Kacang
300 gm kacang tanah (sangai & tumbuk kasar)
15 btg lada padi (tambah lagi jika mahu pedas)
6 ulas bawang putih
½ sudu makan cuka
secukup gula pasir,
secukup gula timbang (brown sugar yg warna cokelat pekat)
sedikit kicap masin, garam dan air

Cara:
Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga halus. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan kacau rata. Sesuaikan rasanya mengikut selera anda.

Nota: Sukatan bahan2 kuah kacang ini saya agak2 saja sbb mcm gitu lah yg saya pelajari dari arwah ibu saya. Walhasil, anda ikutlah selera rasa anda bila membuatnya. Yg saya beri hanyalah sebagai panduan jer.


Popiah Goreng


Bahan-Bahan
1 kg sengkuang (dipotong memanjang seperti biasa membuat popiah)
1 batang kecil lobak merah (hiris memanjang, halus)
6 ulas bawang putih (tumbuk)
300 gm udang basah/hidup (bersihkan, potong kecil-kecil)
beberapa batang crabstick (hiris atau siat2 halus)
2-3 sudu makan tauco (tumbuk halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
4 biji telur (dibuat telur hancur)
minyak secukupnya
1 paket kulit popiah

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning, masukkan udang dan crabstick dan kacau rata. Masukkan tauco, kacau rata-rata lalu masukkan sengkuang, lobak merah, lada putih, gula dan garam. Kacau rata-rata dan biarkan hingga sengkuang layu. Sesuaikan rasanya dan matikan api.

Ambil sehelai kulit popiah , isikan dgn inti sengkuang tadi dan bubuh sedikit telur goreng hancur tadi. Gulung kemas-kemas dan ‘matikan’ hujung kulit poipiah dgn sedikit air yg telah dicampur dgn tpg gandum (seperti gam). Buatlah begini hingga selesai inti sengkuang tadi. Goreng popiah dgn menggunakan kaedah terendam (deep frying). Hidangkan dgn sos/sambal.

Nota: Concidently, sos/sambal popiah ini saya gunakan yg sama seperti sos/sambal resipi tahu telur.

And... I also bake , for the third time the Marble Chocolate Cheese Cake (resipi dari Rohayah)


10 comments:

Anonymous said...

Happy belated birthday to your sweet wife ye Rozzan. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dalam peliharaan Allah sepanjang masa...sorrylah lama tak visit sebab tak ada internet connection kat rumah...kena lightening..hope to sort it out soon.

BR said...

Terima kasih mamafami, I'll send her ur best wishes. Me too, of late, mcm bz, mcm fatigue pun ada. Anyway, thanks fr dropping by.

Jama said...

happy belated bdae to your wife, Rozzan! hope you both had a good time celebrating together.

BR said...

thanks mummy jam. Dah nak menuju ke usia separuh abad ni, harap2 bkn b'dae jer, moga2 sentiasa happy2 together!

Anonymous said...

Salam rozzan,Happy Belated Birthday utk yr wife..Semoga hari2 yang d-lalui bersama kluarga tersayang membawa kebahgian hingga k shorga. salam, mama siti

Anonymous said...

Happy belated birthday to your wife, Mr Rozzan. She so lucky :) Suker lihat the spread you prepared for her...especially that Marble Chocolate cheese cake..hheheheh

Roylazim

BR said...

Thanks mama siti. Semoga doa anda dikabulkan yg maha Esa, Insya'allah. btw, xde resipi yg nak share dgn kami sumer ke mama siti?

BR said...

Hi, Puan Rohayah...yg empunya resipi marble chocolate cheese cake nie kan? Your cake's great! My children love it, likewise fr those who tasted them. (I baked altogether 3 cakes during raya!). Btw,thanks fr dropping by my humble blog ya. Dan terima kasih juga atas ucap selamat anda utk isteri saya.

Anonymous said...

Oh.. saya benar2 tertinggal.... Hepi Besday to your loving wife.. semuga dimurahkan rezki dan panjang usia..

BR said...

Tak apa rossya and thanks fr ur doa, Amiiiin.