Di sini saya sertakan resipi cream puff yg ada dalam koleksi saya. Ia merupakan permintaan dari sdri musliha. Maaf ya musliha, baru ni saya dapat saya lampirkan. Anyway, resipi ini adalah dari sebuah buku masak setempat berbahasa Inggeris. Saya telah membuat cream puff dgn mengikuti resipi ini sejak tahun 90an lagi. Cuma, terdapat pelbagai cara membuat krimnya. Di sini saya sertakan resipi asal cream puff & krimnya. Juga, gambar yg saya lampirkan adalah langsung dari buku tersebut. Insya'allah bila saya ada gambar terkini, saya akan postkan kat sini menggantikannya. Selamat mencuba.
CREAM PUFF
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.
Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.
16 comments:
dah cube smlm. jadi! sedap pla tu. buka je sume mkn tak hengat. nekmat bna agakny. kejap je da hbs. thx for sharing. sharing is caring. :))
Hi! Mekasih sudi cuba resipi ni. Im happy anda berjaya!
dh try semalam...jadi dengan canteknyer..hehe..best giler2 ar...TQ...
Hi anonymous.
Mekasih sudi mencuba. I'm glad percubaan you berjaya. Tahniah!
Bro Rozzan,
Thanks for the cream puffs recipe.The cream puffs turned out beautifully and creamy!I'm gonna try again later.
Hi Hayati,
Alhamdulillah you've made them successfully. Mmg dari dulu lagi, this recipe yg selalu saya gunakan - tk menghampakan!
Salam Bro. Saya nak tanya jika u ada resepi yang inti nya berperisa durian. TQ.
Salam Bro, pertama kali buat cream puff ni, berjaya..gebu.
Kali kedua buat pulak, cream puff nie tak naik... apakah sebabnye ye?? Boleh Bro Rozzan terangkan?
Terimakasih
Hunny
BR > Reen
Nanti saya cuba ikhtiarkan ya. Kalau ada nanti, saya bagiyau yer.
Saya kurang pasti pulak. Maybe u back track and chack lg. Mungkin bahan2nya atau u terlupa nk bubuh baking powder kot? atau masa membakarnya tak cukup...
Salam,
dalam satu adun bole dapat berapa biji cream puff?
BR > anonymous
So far, bila saya buat lupa lak nak kira. Tapikan, berapa yg u dapat tergantung dgn saiz krim puff yg u buat yer. Kalau kecil banyak laa yer.
saya dah buat semalam...alhamdulillah menjadi...rezeki anak2, adik2 dan jiran...tq bro. i follow ur blog.
BR> chikadakbiru
Alhamdulillah, saya gembira anda berjaya membuatnya. Syabas!
Best puff recepi I made!! A keeper.. Thanks bro..
BR > Ai
You're most welcome sis :))
Post a Comment