Baiklah, kerana saya blum ada masa nak cuba apa2 resipi, hari ini saya nak tampal resipi kuih lapis pey pey (jgn tanya naper nama dia gitu eh! wo bu zhi tao) . Nampak kuihnya agak menarik ...
Kuih Lapis Pey Pey
Bahan
2000 ml santan pekat (dari 2 biji kelapa parut putih)
1425 ml santan cair (dari perahan kedua)
980 gm tepung kanji
225 gm tepung beras
905 gm gula pasir
2 helai daun pandan
115 gm gula melaka
2 sudu makan air mawar
sedikit pewarna hijau dan kuning
Loyang 12" (disapu minyak sekeliling)
Cara
Gula, santan pekat dan daun pandan di masak sampai mendidih dgn api sederhana.
Di bekas yg lain, gaul tepung beras, tepung kanji dan santan cair. Tuangkan santan pekat yg panas (perlahan-lahan dan sedikit sedikit) ke dalam adunan tepung tadi sambil terus kacau hingga rata. Adunan dibahagi tiga.
Yg pertama diwarnakan hijau. Yg kedua diwarnakan kuning dan dibubuh air mawar. Yg ketiga dibubuh gula melaka, kacau sampai gula larut, kemudian tapis.
Panaskan kukusan. Panaskan pula loyang. Kukus adunan selapis-selapis sehingga habis. Setiap lapis menggunakan 3 senduk adunan. Kukus hingga masak.
Nota: Setiap kali sebelum dikukus, adunan hendaklah di kacau dahulu.
Dan yang satu ni lagi merupakan satu lauk yg saya gemari antara sbb ialah ..... isteri saya yg masak. hehehe
Beef Blaze
Bahan
1/2 kg daging lembu (jenis goreng)- potong nipis kecil2
2 cm halia (cincang kasar)
8 ulas bawang putih (cincang kasar)
4 tangkai cili padi (dipecah-pecahkan)
3 sudu makan minyak masak
2 batang lobak merah (potong bulat)
250 gm bunga kobis (hiris kecil)
200 gm kacang pepeh (kecipir) -potong serong
4 biji bawang besar (hiris bulat)
Bahan Utk Pekatkan Kuah
1 sudu makan tepung jagung }
4 sudu makan air } gaul rata dan ketepikan dulu
Bahan Utk DiPerap Bersama Daging
2 sudu makan kicap pekat
1 ½ sud makan kicap cair
1 sudu makan gula perang
½ sudu makan sos tiram/sos abalone
½ sudu makan minyak
½ susu teh lada hitam serbuk
Cara
Daging digaul bersama bahan perap dan biarkan setengah jam. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih, halia & cili padi hingga wangi. Masukkan daging, jika perlu masukkan ½ cawan air. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi lalu balik-balikkan dan tuang bahan pemekat kuah. Balik-balikkan sebentar lagi sebelum diangkat. Hidangan ini sesuai dimakan dgn nasi putih.
4 comments:
Rajinnya Rozzan dan anak-anak tolong mamanya di dapur ye. Untung mamanya. Lapis Pey Pey...kelakar pulak bunyinya!
Gotong-royonglah katakan! A'ah lah, saya rasa resipi ini sepusat sepusing dgn lapis jenis Nyonya. Janji enak dan sedap.. nama kita tolak tepi...hehehe.
Beef blaze ni serupa ngan daging black pepper.. Rozzan guna hotplate ker? Itu memang kuih lapis nyonya ... tengok ajer tepung kanji nya... Tapi memang sedap lapis nyonya ni..
Taklah Rossya. Saya tak pakai hotplate pun...Bubuh jer kat pinggan lauk. Lapis nyonya mmg sedap. Saya ada beberapa versions,some of which saya dah cuba. Yg std Melayunye yg merah putih tu pun sedap gak walaupun tak pakai tpg kanji.
Post a Comment