Followers

Thursday, August 20, 2009

Permintaan Resipi - PUTERI MANDI

Permintaan dari lino



PUTERI MANDI
(sumber : Chef Wan Petom Haris)


BAHAN A
350 g keledek, kupas kulit, potong dadu dan cuci dengan air garam
350 g tepung pulut
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan air
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning


BAHAN B
240 g kelapa parut putih
2 helai daun pandan, dipotong 3
Sedikit garam
(Kesemua bahan digaul dan kukus)


BAHAN C
200 g gula Melaka
1 cawan air
1 helai daun pandan
(Kesemua bahan disatukan dan masak sampai pekat)


CARA

Jerang kukusan berisi air. Setelah mendidih 15 minit, kukus keledek sehingga lembut. Keluarkan dari kukusan dan segera lenyek sampai lumat, semasa masih panas.

Ayak tepung pulut didalam mangkuk. Tuang air dan gaul sehingga menjadi adunan. Masukkan keledek lumat yang masih panas dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut, tetapi tidak melekat. Adunan dibahagi 4. Satu bahagian diwarnakan merah, yang satu lagi kuning, yang ketiga hijau dan bahagian keempat dibiarkan tidak berwarna. Ambil 1/2 sudu teh adunan, bulat-bulatkan di tapak tangan dan tekan sedikit ditengahnya. Buat sampai habis adunan.

Sementara itu, didihkan 1/2 periuk air. Setelah mendidih, kecilkan api. Kemudian rebus bebola warna demi warna, tetapi sedikit sedikit. rebus sehingga bebola berwarna warni ini timbul, menandakan ia sudah masak. Angkat, toskan dan terus gaul dgn kelapa. Buat lagi sehingga habis semua adunan.

Semasa menghidang, bebola yang telah bergaul kelapa diletakkan di atas piring mungkum. Sirapnya pula diisi didalam mangkuk sirap dan diletakkan disisinya. Bila hendak menjamu selera, barulah dituang sirapnya.

1 comment:

Telc Goethe said...

Hello, welcome to DREAM PITBULL PUPS HOME Pitbull puppies for sale