Followers

Tuesday, July 31, 2007

NAGASARI JAGUNG

A few weeks ago, sdri Mooo had requested for the Nagasari Jagung recipe. My apologies for the delay in retrieving the recipe. Oleh kerana dah lama tak buat, tu lerr pasal entah kat mana tercampaknya resipi tu. Finally jumpa gak. Actually resipi nie, saya dapat dari orang rumah saya. Dulu, beliau sering membuatnya. Alhamdulillah, rasanya enak pd citarasa saya. Kalau Moooo dan yg lain nak cuba, this is the recipe. Bab gambar, Insya'allah akan saya tepekkan jika saya membuatnya pada masa terdekat ni K! atau ada sesaper nak buat dan share gambarnya kat sini?


NAGASARI JAGUNG

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)

450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan
(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)

200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee
(dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.

2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!!!

Thursday, July 19, 2007

TAGGING by kakliza....

Salam semua. Untuk menjawab soalan kakliza http://hanieliza.fotopages.com/ yg telah men"tagged" saya, di sini saya coretkan seberapa yg boleh mengenai "what or how or why you gave the name(s) to your kid(s)". Basically, nama yg kami berikan telah kami rujuk pada buku/kitab nama-nama mengikut Islam. Cuma....kalau nak terangkan terperinci ttg maknanya, susah sket sbb buku rujukan tu dah saya simpan (kat maner eh?), maklumlah dah berbelas thn lamanya.

Anak saya yg pertama dijangka lahir pd 30 Nov 1989 tp telah selamat dilahirkan pada 11 Nov 89 - 2 weeks early. Being a newly-wed couple, byk perkara yg kurang faham ler sehingga walaupun "water-bag" dah burst, masih tak tau yg wife dah dlm labour. Nasib baik kebetulan, pada pagi tu, ada appt gi jumpa gynae. Ingat lagi saya ckp pd doc tu, "we go home 1st, change, then go hospital can?" Doc tu pun ckp ,"NO!, go str8 to hospital NOW. Your wife is in labour". Terkebil2 gak mata antara caya dgn tak. Anyway, our 1st child was delivered normally ard 2.30 pm at Thomson Medical centre.

Setelah banyak nama-nama yg dipilih, akhirnya tgl dua- Muhammad Muzammil atau Muhammad Nur Hazwan. Oleh kerana nama kedua tu ada iras2 dgn nama saya, so, we picked that as our son's name. He's now in 2nd year at Temasek Polytechnic.





















Anak kedua lahir 15 minit selepas midnite, itu pun 2 weeks in advance, jangkanya end Oct 90. Ingatkan biarlah lewat sket jadi masuk bulan November - sama mcm abg dia. But on that night, puaslah mama dan papa dia shopping kat Bedok Interchange sampai kol 10 lebih mlm tu. Agaknya 'penat' dia ikut jln2 tu. Bila sampai rumah kejap je, dah 'contraction'. Cepat2 pi Singapore General Hospital, delivered ard 12.15am on 14 Oct 90.

Seperti anak pertama, senarai nama-nama anak perempuan pun panjang lebar... Akhirnya, kami memilih nama Nur Syazwani (ingat ada dua jer, so senang panggil-satu Wan satu Wani) . Syazwani now is in Junior College thn 1 at RJC.






















Tup tup, Allah nak kasi rezeki lagi, berupa anak ketiga. Our 3rd child was delivered on 7th April 95 at East Shore Hospital at around 5am, abt 1 week in advance. Gynae blum sampai dia dah nak kuar! Bila gynae tu sampai kat hospital, dia cakap "I finally managed to be here after beating all the red traffic lights" Two shortlisted names; Nur Farah Diyana and Nur Farah Dinah. Haha, this time Wan & Wani helped and they insisted their sister's name should be Nur Farah Dinah. So, settled. Farah is taking her PSLE this year.




Monday, July 16, 2007

KEK LAPIS PRUNE

Semalam, ada lah rajin sket. Kesian mentega tu lama dah dok dalam fridge. So, I decided to bake kek lapis prune. So, here it is.



















KEK LAPIS PRUNE
Bahan-bahannya:
10 biji kuning telur
2½ biji putih telur
5½ oz gula halus
8 oz mentega
75 gm tepung Hong Kong }
½ sudu teh baking powder} ayak bersama
280 gm buah prune -digunting2 atau dileperkan
½ sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla

Peraturan:
Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A).

Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)

Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai.

Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.

Tuesday, July 10, 2007

KEK MARBLE



Malam ni tadi baru buat kek marble. Resipinya adalah dari seorang blogger dan saya cuma membuat sedikit adjustment saja. This is the pic and recipe.

KEK MARBLE (1)

Bahan-Bahan
 5 biji telur (sederhana)
 125 gm gula caster
 150 gm tepung Hong Kong }
 ½ sudu teh baking powder } diayak bersama
 ½ sudu besar ovalette

 125 gm mentega (dicairkan dan disejukkan dulu)
 1 ½ sudu besar susu pekat
 1 sudu teh esen vanilla

Cara:

 Pukul telur, gula, tepung yg telah diayak dgn b.powder dan ovalette dgn high speed sehingga pekat (kira-kira 10 minit). Masukkan susu pekat, esen vanilla dan mentega cair. Kacau rata.

 Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain dan yg lain dibubuh warna merah, orange & hijau atau pun warna kesukaan anda .

 Ambil 1-2 sudu besar adunan plain dan bubuh di tengah2 loyang yg telah dialas kertas dan digriskan. Kemudian, ambil 1-2 sudu besar adunan merah dan bubuh atas adunan plain tadi. Buat begini dgn adunan yg warna orange dan hijau sehingga semua adunan habis.

 Bakar selama 40-50 minit dgn suhu 160-170 darjah celsius. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biarkan selama 8-10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang dan disejukkan di atas redai kek.




 
 Overall, kek ini lembut dan gebu dan tidak berminyak sangat. Sesuai utk mereka yg gemar dgn tekstur kek yg sedemikian. On the other hand sesiapa yg suka kek yg lebih moist (lembab) dan berminyak sket, boleh cuba resipi saya yg telah saya postkan dtd 30 Sep 06. Saya sertakan sekali lagi resipinya di sini.
 

KEK MARBLE (2)

Bahan-bahannya:
 8 biji telur (gunakan 7 putihnya)
 12 oz mentega
 9 oz gula halus
 10 oz tepung Hong Kong
 5 sudu besar susu pekat manis
 3 sudu besar serbuk koko (cairkan dgn 4-5 sudu air panas), sejukkan
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh serbuk vanilli

PERATURANNYA

 Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu. Kuning telur diasingkan dari putihnya.
 Mentega, susu dan vanilli dikacau/pukul hingga kembang. Ketepikan.

 Pukul putih telur hingga kembang sambil masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga sebati. Satukan adunan mentega dan putih telur. Kacau rata-rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.

 Satu dibiarkan plain dan yang satu lagi dibubuh koko. Siapkan loyang (10"x10") yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Tuang adunan satu senduk plain, diikuti satu senduk koko. Buatlah begini hingga selesai adunan. Bakar di dalam oven dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit hingga 50 minit atau hingga masak.
 

MEE GORENG

Today, AL bukan AWOL. Tengahari tadi, siapkan Kari Daging utk disantap dgn roti canai/prata..(beli yg instant jer, heheh). Gambar tak snap lagi, malas sbb kari daging biasalah.. sumer boleh masak. Siap dgn sambal tumis ikan bilis lagi!!

Kebetulan jugak, ada mee kuning kat esbok. Teringin lak nak masak mee goreng kicap (ala ala chinese style- yg hitam2 tu). So I just add a little of this and a little of that and this is the result.



















Sunday, July 08, 2007

TEPUNG GOMAK

Satu lagi jenis kuih tradisi Melayu yg menggunakan tepung kacang hijau - Tepung Gomak. Saya sendiri gemar dgn kuih ini. Resipi/foto ini juga saya tukil dari ALMAS. (Asmah Laili - Mintak Ampun Sedapnya) . Selamat mencuba!!



















TEPUNG GOMAK
(sumber: Pn Zahrah Roziz)

Bahan-Bahan "A"
200 gm kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
500 gm gula timbang/hitam (saya prefer gula melaka)
300 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-Bahan "B"
600 gm tepung pulut
1 mangkuk air
400 gm tepung kacang hijau
sedikit garam

Cara Utk Bahan "A"
Kacang hijau direbus hingga kembang.Kemudian tumbuk sampai hancur. Gula timbang dimasak dgn 2 cawan air lalu ditapis. Tenggekkan kuali di atas api yg sederhana besarnya. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam. Masak hingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara Utk Bahan "B"
Uli tepung pulut dgn air dan garam sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkan di atas tpg kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan:
Untuk membuat tpg kacang hijau yg di dalam bahan B, terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disangai/sangar hingga kekuningan. Setelah itu barulah dikisar halus sendiri atau dihantar kekedai utk dimesen halus.

LAPIS KACANG HIJAU

Oleh kerana resipi permintaan mummy jam berasaskan kacang hijau, di sini saya sertakan juga resipi/foto yg saya tukil dari buku ALMAS yg juga menggunakan bahan asas kacang hijau.

LAPIS KACANG HIJAU
(Sumber: Pn Siti Mastura Alwi)

Bahan-Bahan
400 gm tepung kacang hijau
100 gm tepung hoon kwee
80 gm tepung kanji
600 gm gula melaka
200 gm gula halus
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
2500 ml santan dari 4 biji kelapa parut
2 sudu teh pewarna hijau
loyang bulat (28 cm) gris sekelilingnya dgn minyak

Cara:
Santan dimasak dgn gula Melaka, gula halus dan daun pandan sehingga gulanya hancur. Tapis dan sejukkan sedikit. Ketepikan.

kesemua bahan tepung dicampurkan di dalam satu mangkuk dan digaul rata. Tuangkan santan yg ditapis tadi ke dalam tepung ini bersama garam. Gaul lagi sehingga rata. Tapis adunan dan bahagi dua. Satu bahagian diwarnakan hijau dan yg satu lagi dibiarkan warna asalnya.

Kukus di dalam loyang berselang-seli warna sehingga adunannya habis. Setiap lapis dikukus selama 3-5 minit atau sehingga masak.

Biarkan kuihnya benar-benar sejuk , barulah dipotong.

KOLEH-KOLEH

Atas permintaan mummy jam, di sini saya sertakan resipi & foto kuih Koleh-Koleh yg saya petik dari buku ALMAS. Harap2 ia menepati citarasa mummy yer! Insya'allah kalau ada versi lain, akan saya tepekkan di masa akan datang. Kepada sesiapa yg memang meminati kuih ini, bolehlah mencuba.



















KOLEH KOLEH
Sumber: Zahrah Roziz

Bahan-bahannya
500 gram tepung kacang hijau
250 gram gula hitam (gula timbang)
100 gram gula pasir
1 kg santan pekat dalam paket, dijadikan tahi minyak
1 sudu makan pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
500 ml santan kotak
1500 ml air
1 loyang 12 x 12 inci disapu sekelilingnya dengan minyak kelapa

Cara :
Gula hitam dimasak dengan 400 ml air dan ditapis. Kemudian campurkan dengan santan kotak, sedikit garam, gula pasir dan 1500 ml air. Masak sehingga mendidih. Masukkan pewarna, gaul rata dan matikan api. Tunggu sebentar sehingga ia separuh sejuk, baru masukkan tepung kacang hijau. Kacau sehingga adunannya rata dan tidak bergentel. Hidupkan semula api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan. Diperingkat ini, adunannya akan meletup-letup. Sapukan sedikit minyak kelapa, supaya kuihnya kelak akan cantik dan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api. Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan. Sapukan sedikit lagi minyak kelapa diatasnya dan tabur rata dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru dipotong.

Panduan:
Tepung kacang hijau yang digunakan, adalah sama dengan tepung kacang hijau untuk Tepung Gomak. Minyak kelapa yang digunakan, adalah minyak yang terdapat setelah membuat tahi minyak.

Nota dari saya:
1) Saya suka gunakan gula melaka instead of gula hitam (krn lebih lemak).

2) Anda boleh membuat sendiri tpg kacang hijau tu. Kacang hijau dibersihkan lalu dicuci/bilas dgn air dan toskan hingga kering. Sesudah tu sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali hingga kacang tu bertukar warna keperang-perangan lalu diangkat. Kisar hingga halus. Hah..siap digunakan. Kalau nak ringkas, beli je yg dah siap tapi mahal sketlah harganya!

3) Tak perlu bubuh pewarna coklat jikalau setelah tpg k.hijau tu dibancuh, warnanya dah cukup gelap.

4) Kalau nak lebih sedap, gunakan santan pekat asli yg diperah dari kelapa putih parut.

5) Untuk membuat tahi minyaknya, santan pekat tu hendaklah dimasak dalam kuali. Pada permulaannya buka api yg agak sederhana besarnya sambil dikacau2 sekali sekala. Bila santan memekat dan 'bergentel-gentel', kecilkan api dan kacau2 lagi sehinggalah akhirnya, ia menjadi tahi minyak yg berwarna perang.

Tuesday, July 03, 2007

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya yg tak seberapa ini. Saya alu-alukan kunjungan anda dan berharap sedikit sebanyak dapatlah anda manfaatkan ilmu yg ada di sini. Sebagaimana saya ikhlas berkongsi apa jua sedikit ilmu yg ada pada saya, saya juga berharap sebagai pengunjung anda juga bersikap ikhlas dan sopan apabila berkunjung ke blog saya terutama pabila meninggalkan pesan, message ataupun maklumbalas. Almaklum sajalah kita ni kan berbangsa Melayu, berbudaya timur dan beragama Islam.... Kalau ke'rumah' orang, jagalah tatasusila (kata-kata) agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Buat diri saya juga, seandainya ada kekata saya yg terkasar atau terkhilaf semasa menjawab msg anda, saya memohon maaf. Diharap perkara2 sedemikian tidak akan berulang yaa... agar tali silaturrahim sesama insan kekal berpanjangan.

CORNED BEEF PINWHEEL BREAD


Did these pinwheel bread last weekend - saja2 buat kerana nak bawak utk mkn breakfast semasa dlm perjalanan melencung (oooppss -melancung) ke Batam. Hey, don't get me wrong, yaa. I pergi with my missus & two lovely daughters lerr. Seronok sekali menjamu roti ni di atas feri dgn tiupan angin yg kencang di samping pemandangan yg......yg..... kiri laut, kanan laut...heheh. Makan roti ni sebiji seorang dah cukup. Selebihnya kami beri pd kengkawan yg bersama dlm trip tu. Feedback dari mereka sungguh positif dan baik. So, I guess, anda harus cuba yaa.

Roti ni similar to the one yg saya buat tempohari yg menggunakan resipi chanel2004. But this time, saya gunakan resipi Pn Roshayati. I've tried a few other recipes but I feel resipi asas roti (basic bread recipe) Roshayati ni very good, sentiasa menjadi. Kalau sesiapa yg tak makan daging bolehlah tukarkan kpd sardin, ayam, tuna atau pun bahan2 lain. So, here's the pic and recipe once again.





















CORNED BEEF PINWHEEL BREAD
(dgn menggunakan basic bread recipe dari Pn.Roshayati)

Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
100 gram gula (saya gunakan 70 gm jer)
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver
4 sudu teh (1 paket) yis kering (10-11 gm)

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening /lemak sayuran

Cara :
1) Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk mixer. Dgn speed yg perlahan, ratakan bahan dgn menggunakan dough hook.

2) Tuangkan telur sedikit2 ke dalam bahan A sambil terus menguli/mengadun dgn mixer. Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan terus uli sambil ditinggikan sedikit speed mixer tersebut. Uli hingga adunan agak lembut dan licin.

3) Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi hingga adunan jadi licin dan tak melekat di sekeliling mangkuk mixer. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.

4) Setelah itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini amat penting untuk menghasilkan texture roti yang lembut dan tidak berongga besar.

5) Bahagikan doh kepada 3 bahagian, berat setiap bahagian kira-kira 330-350 gm. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

6) Keluarkan angin dari doh dengan cara menekan dan memicit doh tersebut lalu bulatkan sekali lagi.

7) Canai doh hingga menjadi 'rectangle' seperti di gambar bawah tu.. Kemudian sapukan sedikit sos atau sambal rata2 di permukaan doh tadi dan taburkan dgn inti corned beef atau apa-apa pun inti kesukaan anda. Gulung dgn kemas dan potonglah dgn pisau yg tajam dgn ketebalan roti tu mengikut citarasa anda. Buatlah serupa kpd 2 lagi bahagian doh roti tadi.

8) Alihkan potongan2 roti ini ke dalam acuan kertas dan biarkan ia naik sekali lagi kira-kira 30 minit. Bakar selama kira-kira 15-20 minit (atau hingga masak kekuningan) dgn suhu 180 darjah Celsius.

NOTE:

SOS/SAMBAL
Anda bolehlah menggunakan apa jua sos atau sambal yg anda gemari. That day, I prepared sambal tumis biasa jer.

INTI CORNED BEEF (similar to the one I did last time)
1 tin corned beef jenama Carters
3 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 btg cili merah hiris
1 sudu mkn minyak

UNTUK TABURAN (Atas Roti)
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
sedikit cili padi hiris (kalau suka pedas lagi)
sedikit jagung biji dlm tin (whole kernel corn)
sedikit parutan keju cheddar atau mozarella

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang besar sebentar. Kemudian masukkan daging corned beef bersama separuh cili merah hiris. Masak hingga kering sedikit lalu diangkat.

Beginilah rupa roti pinwheel sebelum digulung, dipotong dan dibakar.