Followers

Wednesday, April 30, 2008

SERAWA DURIAN

Salah satu juadah/makanan yg boleh kita buat dgn durian ialah serawa. Ia sejenis bubur/kuah manis yg boleh dimakan dgn pulut kukus, roti, roti jala atau serabai. Hah... kalau sumer tu takde, saya pernah makan dgn biskut krim kraker!!! Pendek kata, makan dgn apa pun boleh arr...

Ada resipi yg gunakan gula melaka dan ada yg plain aja. Tepuk dada tanya selera. So, this is what I did last night.





SERAWA DURIAN

Bahan-Bahan
10-12 ulas durian
300 ml santan pekat (saya gunakan santan KARA)
400-450 ml air
80 gm gula pasir (kurangkan atau tambah mengikut citarasa anda)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)
1 biji telur dikocok sedikit (saiz kecil)- optional

Cara:
Isi durian dilecek dan dimasukkan ke dalam periuk. Bubuh santan, air, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar sehingga rata. Kemudian tenggekkan periuk di atas api dan kacau dgn api yg sederhana. Bila kuah mendidih sedikit, masukkan telur dan kacau lagi hingga rata. Biarkan kuah mendidih sekali lagi sebelum diangkat dari api. Hidangkan bersama pulut kukus.

Penyediaan Pulut Kukus
300 gm beras pulut (dicuci bersih, bubuh dalam mangkuk kecil & tandakan aras pulut)
air biasa (sukatannya sama dgn aras pulut tadi)
2 sudu besar santan pekat
garam secukup rasa
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Panaskan kukusan. Bubuh pulut kedalam loyang bersama air, santan, garam dan daun pandan. Kukus hingga masak (kira-kira 20-25 minit).

Nota:
1) Bagi yg tidak gemar dgn durian, bolehlah ditiadakan. Telur juga boleh ditiadakan.
2) Anda juga boleh bubuh sedikit gula melaka jika suka. Pastikan anda kurangkan sukatan gula pasirnya.
3) Kalau anda sukakan kuah yg lebih cair, lebihkanlah sukatan airnya.




Monday, April 28, 2008

SERUNDING PUTIH (IKAN)

Serunding putih (ikan) ni mmg my feveret sewaktu Lebaran. Kalau takde lain lauk pun, cukuplah saya makan ketupat dgn serunding ni. Just to share what I did last night. Here's the recipe.



SERUNDING PUTIH (IKAN)

Bahan-Bahan
1 biji kelapa parut / 400 gm (buang kulit arinya)
700 gm isi ikan (tenggiri, parang, kembung, etc)
(Ikan dibakar ataupun dikukus sehingga masak. Buang tulang dan kulit dan ambil hanya isi putihnya. Kemudian dilecek atau tumbuk hingga halus)

Bahan Rempah
2 batang serai (hiris halus)
1 jari lengkuas (hiris halus)
2-3 hiris halia (hiris halus)
6 ulas bawang putih (hiris)

25-30 ulas bawang kecil (mayang/hiris)
1-2 sudu makan serbuk lada putih
3 batang lada merah (hiris)
1 batang lada hijau (hiris)
5-6 batang cili padi (hiris) -optional tp saya taruk sbb nk rasa lagi pedas

1 helai daun kunyit (dirampai/hiris)
4-5 keping daun limau purut

Garam secukup rasa.

Cara 1:
Gaulkan kelapa parut dgn semua bahan rempah hingga rata lalu bubuh dalam kuali. Sangar dgn api yg kecil/sederhana dan sentiasa balik-balikkan agar ia tidak hangus. Jangan ditinggal-tinggalkan. Kacau sehingga ianya berderai dan bangkit baunya.

Cara 2:
Serai, lengkuas, halia & bawang putih ditumbuk- tak perlu terlalu halus. Kemudian, gaulkan kelapa parut dgn semua bahan rempah yg lain hingga rata lalu bubuh dalam kuali. Sangar dgn api yg kecil/sederhana dan sentiasa balik-balikkan agar ia tidak hangus. Jangan ditinggal-tinggalkan. Kacau sehingga ianya berderai dan bangkit baunya.

Nota:
Serunding ini sedap dimakan bersama ketupat/lontong.
Anda boleh juga menukarkan ikan kepada udang kering. Rendam udang kering sehingga lembut dan kemudian tumbuk halus.

Sunday, April 27, 2008

KUIH DADAR / KETAYAP



Dah lama nak buat kuih dadar ni... Ada yg menyebutnya sebagai kuih ketayap dan ada menggelarnya kuih gulung. Yang pasti, ianya sama. Sejenis kuih ala ala 'pancake' nipis yg diisi dgn inti kelapa manis. I'm sure ramai yg dah tahu membuatnya.

I found this recipe in one of my collection of books. Texture kulitnya lembut, perhaps kerana penggunaan telur yg lebih. Anda juga boleh memvariasikan inti di dalamnya. Tapi saya rasa kuih dadar yg asli dgn inti kelapa yg paling enak. Kalau nak cuba silakan.




KUIH DADAR

Bahan2
2 cawan santan (saya gunakan 200ml santan kotak + 250 ml air)
5 biji telur (saiz sederhana- kalau besar gunakan 4)
150 gm tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau

Cara:
Telur dikacau sedikit dan masukkan semua bahan2 yg lain. Jika adunan bergentel-gentel, tapis.
Adun hingga rata dan sebati.

Gunakan kuali non-stick untuk membuat kulit kuih dadar ini. Panaskan kuali dan oleskan dgn sedikit minyak. Ambil 1 senduk adunan dan ratakan agar kulitnya nipis dan tak terlalu tebal. Setelah masak, angkat dan isikan dgn inti kelapa.

Inti Kelapa
450 gm kelapa parut (putih)
1 sudu makan tpg jagung
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
220 ml air
50 gm gula tanjung
50 gm gula pasir
100 gm gula melaka

Cara:
Masak air dan ketiga-tiga gula tadi dgn daun pandan sehingga gula larut dan pekat sedikit. masukkan kelapa dan garam. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tpg jagung dan dikacau lagi sehingga intinya kering sedikit. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
Sukatan gula pada inti kelapa boleh dikurangkan mengikut citarasa anda.

Sunday, April 20, 2008

KEK LAPIS PURNAMA

Been quite busy lately and tired and perhaps... not in the mood for updates. Anyway, for those whom I've not reply to your enquiries, plse, plse give a a little more time. I'll get back to you soon. meantime , just wanna share this KEK LAPIS PURNAMA recipe & pics which I baked a couple of days ago. The recipe, if I could recall, is from Forum Cari. According to the source, it is one of Puan Rabiah Amit's collection of Kek Lapis Sarawak. I actually did 3/4 of the recipe. Overall, the taste is quite alright.




KEK LAPIS PURNAMA

Bahan A

16 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gram gula halus
150 tepung hong kong
1 sudu makan ovelette

Bahan B
450 gram mentega
1/2 tin susu pekat manis (saiz biasa)

Bahan C
1 tin kecil seri kaya
100 gram Nestum
pewarna hijau, kuning,coklat dan oren (saya tukar kpd coklat, merah, oren & kuning)
perasa pandan, pisang, kopi, oren (saya tukar kpd coklat, strawberry, oren & mangga)

Cara Menyediakan-ikut buku Rabiah Amit

1. Pukul bahan A hingga ringan & kembang.
2. Pukul bahan B hingga putih dan kembang.
3. Satukan adunan A & B, gaul sebati.
4. Masukkan seri kaya dan Nestum. Kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian:

a) 1 bahagian warnakan coklat & masukkan perasa coklat
b) 1 bahagian warnakan merah dan perasa strawberry
c) 1 bahagian masukkan oren dan masukkan perasa oren
d) 1 bahagian warnakan kuning dan perasa mangga

5. Sediakan acuan 8 ½ " X 8 ½ " X 4". Tuang selapis nipis bahagian warna hijau. Bakar dengan api grill di dlm ketuhar bersuhu 250 darjah celcius selama 3 minit.
6. Ulangi langkah 5 hingga adunan habis.
7. Ulang proses sebagaimana dalam langkah 5 dan 6 dengan warna kuning, oren dan coklat sehingga adunan habis.
8. Akhir sekali, bakar di dlm ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 5 minit.
9. keluarkan dan biarkan kek sejuk di dlm acuan.

Wednesday, April 16, 2008

ROTI PRUNE & COKELAT

Baked this bread last night. After comparing some bread recipes, I decided to experiment with a recipe which I normally used but with a little modifications. Even though the results are not that perfect, overall, the taste is quite alright. I guess I need to get a better quality chocolate or maybe cut down on the quantity used. Here the pics. & recipe.



ROTI PRUNE & COKELAT

Bahan A
340 gram tepung roti
35 gram tepung gandum
75 gram gula
1 sudu teh garam halus
25 gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
¾ paket yis kering (abt 8 gm)

200 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

60 gram shortening
120 gm buah prune (yg telah dibuang bijinya)
120 gm cokelat plain (atau milk chocolate) -potong kasar2

Cara:
Satukan Bahan A dan masukkan dalam mixer. Masukkan telur dan air lalu dipukul dgn dough hook sehingga adunan agak licin dan rata (kira2 10-15 minit). Kemudian masukkan shortening dan pukul lagi hingga adunan menjadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.

Biarkan doh selama 50 minit hingga 1 jam. Selepas itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Tujuannya ialah untuk menghasilkan roti bertexture halus. Biarkan ladi selama 10 minit.
Sesudah itu, masukkan buah prune dan cokelat tadi. Uli lagi sebentar selama 1-2 minit. Kemudian bentukkan adunan utk memasukkan kedalam acuan roti sandwic. Biarkan adunan naik sekali lagi (lebih kurang 30 minit).

Bakar selama kira-kira 50 minit atau sehingga masak dgn warnanya kekuningan. Keluarkan roti dari acuan, sapu sedikit mentega ke seluruh roti dan sejukkan diatas redai.


Wednesday, April 09, 2008

VERY MOIST BANANA CAKE / KEK PISANG LEMBAB



Saya buat kek pisang lembab ataupun "Very Moist Banana Cake" ni utk menyelamatkan pisang raja yg tersadai kat dapur tu daripada terbuang begitu saja. Ingat nak buat apam pisang but malaslah nak tenggekkan kukusan kat dapur tu. Resipi kek ni (yg saya 'pinjam' dari FP Mamafami), pernah saya postkan in my earlier posting. Anyway, saya catatkan sekali lagi di sini.




KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)

Bahan-Bahan :250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 340 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Nota : Kali ini saya cuma tambahkan ganache topping kat atas kek tu dan ditabur dgn kacang hazel.

Nota:
Anda boleh kurangkan lagi sukatan gula kpd 280 - 300 gm jika anda sukakan kek yg kurang manis)

Monday, April 07, 2008

SELAMAT HARI LAHIR - FARAH

Salam semua. Maaflah, kebelakangan ini jarang ada updates kat blog saya ni. Mungkin kerana keletihan selepas sehari bertugas di pejabat atau pun mungkin kesuntukan masa. Walau apa pun, mekasih pd yg tetap menjenguk ke sini dan bertanya khabar pd saya.

Hari ini merupakan hari lahir anak bongsu saya Nur Farah Dinah. Beliau yg baru saja akhir tahun lepas menduduki peperiksaan PSLE (atau PTSR di M'sia) telah pun berhijrah ke alam persekolahan menengah. Berada di menengah satu (tingkatan satu) Sekolah Menengah Perempuan Cedar, Farah merupakan seorang yg suka dgn kegiatan lasak. Tak hairanlah beliau memilih utk menganggotai pasukan NCC (National Cadet Corp) sebagai aktiviti ko-kuriularnya walau pun beliau telah diterima masuk ke pasukan NPCC (Police). Seperti abangnya yg juga anggota NCC sewaktu di sek menengah dahulu, Farah suka mencuba sesuatu yg mencabar, baik dari segi fizikal mahupun mental. Aiseymen, nilah dia anak dara ku dalam uniform NCCnya.



SELAMAT HARI LAHIR ke 13 tahun kami ucapkan pada Farah semoga menjadi anak yg solehah, taat kpd ibubapa dan agama.

Oleh kerana tidak berkesempatan menjamu selera di luar, kami belilah seadanya. Kek Besday yg dibeli pun lupa nak snap. Dah separuh selesai dingappp baru teringat! Namun demikian, saya sempat gak buat Roti Pizza yg ringkas. Sebenarnya nak buat roti gulung jer (pinwheel) yg biasa saya buat tapi last minit tukar fikiran. Oleh kerana malas nak cari resipi pizza yg ada dlm simpanan, saya gunakan jer resipi asas roti yg selalu saya gunakan. These are the pics













































































Agar-Agar yg di bawah ni pula sebenarnya percubaan saya membuat agar-agar gudir berperisa rose. Agaknya masih belum pass lagi lerr. Walaupun dah dikurangkan sukatan santannya, masih juga agar-agar tu diselimuti sepenuhnya dgn santan tu...(Ada sesaper yg mempunyai resipi lain yg boleh dikongsi bersama?) Tapi, namun begitu, rasanya mmg enak, ala-ala perisa 'bandung'. Jom tengok...