Followers

Monday, May 26, 2008

NASI RAWAN (RAWON)



Saya memang dah biasa makan Nasi Rawan atau Rawon sejak dari kecil lagi. Arwah ibubapa saya memang gemar dgn Nasi Rawan ini sehingga walaupun suatu ketika dulu kami tinggal di kawasan Selatan/Tengah Singapura, kami tetap ke Geylang Serai (Timur) utk menikmati nasi rawan yg dijual di sana. Pendekata, pusat makanan di Geylang Serai dahulu (sekitar tahun 70an) memang 'port' makanan yg sedap2 termasuk juga Kacang Phool.

Kisah lucu pun ada! Teringat suatu pagi Ahad semasa arwah ibu dan saya nak pi Geylang utk membeli nasi rawan utk sarapan keluarga. Pagi-pagi dah keluar rumah, ingatkan lekas pergi lekas balik rumah. Bila masuk dalam lif jer, mintak ampun! ramainya orang. Nak dijadikan cerita, selepas pintu lif tertutup dan mula turun dari tingkat 9, lif tu pun 'jammed' sebelum sampai ke tingkat satu- tiba2 tak bergerak-gerak. Ish, berpeluh2 semua orang kat dalam. Di luar pintu lif, ramai yg tanya dgn kuat "ADA ORANG KE......?" Yang kat dalam pula sekata.. " ADA........" Heheh.......

Waktu dulu, servis dari pihak perumahan tak begitu canggih dan cepat seperti sekarang.. Hampir 20 minit dok dalam lif. Selepas mekanik lif tiba, oleh kerana lif tak dpt dibuka sama level dgn aras tingkat 6, kami satu-persatu harus memanjat sedikit utk keluar. Bayangkan jika lampu lif juga termati sewaktu menunggu ketibaan mekanik tu!!!

Berbalik kepada resipi Kuah Rawan ni; sebenarnya tak begitu susah nak disiapkan. Cuma bila difikirkan ttg lauk-lauk sampingannya tu yg kekadang tertutup hasrat nak buat Nasi Rawan. Bukan apa, banyak kerja dan juga kalau ramai yg makan ok lerr. Kalau setakat 2-3 orang jer, baik beli jer! But on the other hand, sekarang ni nak cari gerai yg betul-betul menjual nasi rawan yg sedap/enak (khususnya kuah rawannya) susah jugak. So, kerana harini terlebih rajin (dan krn tak keje kot!), saya telah menyiapkan Nasi Rawan utk hidangan keluarga saya . Resipi kuahnya adalah seperti arwah ibu saya buat. Oleh kerana beliau telah tiada, saya kini banyak merujuk kpd ibu saudara saya jika saya kurang pasti ttg resipi peninggalan arwah ibu saya. So here it is:




KUAH RAWAN / RAWON
Bahan-bahannya
1 kg tetelan (potong kecil-kecil, direbus dgn air sehingga masak)
(saya gunakan daging sbb anak2 tk makan tetelan)- simpan air rebusan daging ini utk dijadikan kuah

Bahan-Bahan Kisar
20-25 tangkai lada kering (direndam dan kisar dgn secukup air hingga halus)
2 biji bawang besar (saiz besar)
12 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sm lengkuas
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam }
3 sudu makan ketumbar }
1 sudu makan jintan halus }
1 sudu makan jintan kasar } ....sangar kering dan kisar

7-8 biji isi buah keluak (kisar atau tumbuk dgn sedikit air)
3 sudu makan kerisik
sedikit air asam atau gunakan asam keping
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

4 helai daun salam
10-12 helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing

2) Masukkan pula daging/tetelan bersama air rebusan, kerisik, buah keluak, daun salam/limau dan garam. Kemudian bubuh asam keping atau sedikit air asam. (jgn terlalu masam)

3) Setelah itu, masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar sehingga kuah mendidih lalu matikan api.

Nota:
Nasi Rawan enak dimakan dgn lauk-lauk seperti berikut :
Daging Rendang, Limpa Goreng, Paru/Tempe Goreng, Sambal Tumis Sotong Kering, Sambal Belacan Bagedel, Acar Timun, Kacang Ikan Bilis Sambal, Kerepek, dll.



LIMPA GORENG


Bahan-Bahan
500 gm limpa (potong ikut suka tp jgn terlalu kecil-rebus hingga empuk)
Rempah Kisar
2 sudu makan ketumbar }
1 sudu teh jintan halus }
1 sudu teh jintan kasar
} …sangai sebentar & kisar halus

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2-3 hiris lengkuas
2-3 hiris kunyit hidup
1 batang serai
Kisar semua bahan di atas sehingga halus.

garam, gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sehingga garing. Masukkan limpa yg telah direbus tadi dan kacau rata. Bubuh sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan garam dan gula. Biarkan sebentar sehingga rempah resap sebelum dimatikan api.


KACANG IKAN BILIS BERSAMBAL

Bahan2
20-25 tangkai lada kering - rendam (abt 1 cawan lada kisar)
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
sedikit belacan }
kesemua bahan di atas dikisar bersama

air asam
garam & gula secukup rasa
ikan bilis (digoreng)
kacang tanah (digoreng)
minyak secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh sedikit air asam lalu masukkan gula dan garam. Sesuaikan rasanya. Biarkan sambal ini agak pekat sedikit. Matikan api dan sejukkan sebentar. Akhir sekali, masukkan kacang dan ikan bilis dan gaul rat-rata.

Nota:
Kalau sambalnya cair, ikan bilis dan kacang goreng tadi akan lekas menjadi lemau/ tidak garing. Sebaiknya, bila nak makan barulah di gaul ssambal bersama kacang/ikan bilis tadi.


ACAR PADANG
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.







SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
400-500 gm sotong kering
½ buku kecil abucang
(bersihkan sotong dan rendam di dalam air bersama abucang selama 6-8 jam atau semalaman)

Bahan Kisar
30 tangkai lada kering
2-3 biji bawang besar (saiz besar)
sedikit belacan
(semua bahan dikisar)
sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

optional:
sedikit kacang tumbuk (kasar)
atau
½ cawan pati santan

Cara:
Sotong yg sudah kembang dicuci/bilas dgn air bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
Setelah lada/bawangnya garing, masukkan sotong yg dah kembang tadi bersama secukup air utk mengempukkan sotong. Kalau perlu boleh ditambah sukatan airnya. Bila sotong dah empuk, masukkan air asam, gula dan garam. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk atau pati santan. Kacau rata-rata dan biarkan lauk mendidih sebelum ditutup api.

Nota:1) Jika anda menggunakan sotong kering jenis yg besar/tebal, mungkin anda boleh merebus dahulu sotong tu hingga empuk sebelum dimasukkan kedalam bahan kisar yg telah garing tadi.

2) Kalau malas nak rendam sotong kering, hai.. gunakanlah sotong yg dah siap kembang tp kurang oommpphhhh sket!

3) Arwah bapa saya suka kuahnya dibubuh pati santan manakala saya sendiri sukan yg ada kacang. Anda.....nak campur dua2?? Orait.....boleh!

18 comments:

SA said...

"rawan" tu maksudnya rawan yg biasa kat tulang2 tu ker? Tetelan tu apa bro rozzan?

BR said...

Heheh, bukan tu sis. Mmg nama asalnya Rawon atau Rawan- kemungkinan besar berasal dari negara tetangga Indonesia. Lebih2 lagi ianya mmg terkenal sebagai makanan orang2 Jawa. Tetelan tu daging yg masih ada lemak-lemak melekat didaging tersebut (bukan lean meat). Hope that explains yaa.

Nurul Nadiah said...

saya x penah makan mende ni

Anonymous said...

Abg Rozzan...terima kasih laa...banyak2..ingat jugak abg pada permintaan Ana ni..bila nmpak ni..hati terus melonjak2...tapi belum bole buat lagi..belum dpt pegi pasar..nak kena cari sotong ni..kalau nk makan mesti nk cari satu set punye barang2 ni bang!..ape2 pun..thks so much!!

BR said...

You're welcome ana. Semoga berhasil dan berjaya membuatnya ya!

Anonymous said...

Hello abg.. knape eh abg nye kuah rawan warne merah2 oren gitu.. kan sepatotnye warme itam.. mak saya nya kuah rawon power.. no 1 in singapore.. Resipe nye telah diturunkan oleh nenek saya, org sundak...

BR said...

Hi, sebagaimana saya explainkan kat comments box tuhari, mmg warnanya hitam tapi kalau kita gunakan cili kering bila dah siap masak, warna merah/oren dari cili tu turun kat minyak. Lagi pun bila amik gambar, pencahayaan pun boleh affect warna gambar tu. Alhamdulillah kuah rawon mak anda no 1 di Spore. Boleh ler share the recipe kan?

Ladie Flo said...

Bole tak kite link bro Rozzan??

BR said...

Silakan Ladie Flo, no problem.

Ummu Nuur said...

Salaam Bro, syabas krn berdakwah sambil mengongsi minat dgn santapan rohani dari nasyid2 penenang jiwa.

Tentang acar timun boleh tak saya gantikan dgn timun jepun dan cuka dgn jus lemon atau limau kasturi? Thks bro.

BR said...

BR > Ummu Nuur

W'Salam. Terima kasih krn sudi berkunjung. Insya'allah anda boleh gantikan timun dgn timun jepun atau zuchini. As for cuka, mmg ada yg tkleh mkn cuka oleh sbb kesihatan. So tukarkan kpd jus limau/lemon. OK gak.

ila_ayob said...

salam bro...
huhuhu...tiap kali raya mertua sy mesti wat daging masak rawon tp sy x reti2 lg masak lauk ni..hihihi..selebihnye mls nak wat kot kuang3x...coz mertua sy suh lenyek bhn2 rempah tu guna cara traditional batu giling n sy x pandai guna batu giling...hehehe..insyaAllah 1 hr ti nk try ler jgk..any,tq 4 sharing..

BR said...

WS ila,

Saya rasa anda dari Msia kan? Hope Im right. Sbb kalau kat Spore ni saya rasa dah tkder org (atau kalau ada pun sket jer)yg gunakan batu giling. Mmglah sedap rempah ratus yg dihaluskan dgn kaedah menggiling. Arwah bapak saya pun dulu kalau nak makan, suruh arwah mak saya giling rempah ratusnya.

Sekarang ni main tekan butang jer.. 3-4 minit siap lerrr rempah tu. Resipi2 yg saya kongsi ni pun dgn cara yg lebih ringkas agar kita2 ni (yg sentiasa sibuk dgn urusan lain) dapat juga merasa masakan dgn airtangan kita sendiri.

Cubalah ila, Insya'allah berhasil..

nina said...

Salam BR.
Rawon tu berasal dari Jawa Timur. Warnanya hitam, rasanya manis. Tak pakai chili. Ianya dimakan bersama taugeh segar & nasi putih. Sambalnya pun ada.

Kasih Latifah said...

Sallam bro Rozzan. Alhamdulillah. Resepi kuah Rawon awak beri ni memang menjadi dan “power” Keluarga saya memuji rasanye yg enak. Tkasih banyak berkongsi ilmu. Semoga awak di berkati selalu . Aamiin...

Bro Rozzan said...

Alhamdulillah.. Mksudnya anda pun berkebolehan.

Anonymous said...

i dont care bro. U nvr eat not our problem

Puppies Home said...

Hi guys, hope all is good.

I welcome you all to perfect house pug PUG PUPPY FOR SALE NEAR ME

Thanks for reading