Followers

Sunday, August 30, 2009

AIR KATHIRA

Salam semua. Hah, buat sesiapa yg belum pernah melihat bahan-bahan dan rupa air kathira ni, kat sini bolehlah anda lihat pic nya ya..

Bahan-Bahan sebelum kembang


Bahan-Bahan sesudah kembang




Siap dibancuh dgn air, air gula, susu sejat dan air mawar.



Jemput minum......



Seperkara lagi, bukanlah niat saya utk menyediakan khidmat permintaan resipi. Sesekali tu, kalau mmg ada request dan kebetulan resipi tersebut ada dlm simpanan saya, Insya'allah akan saya kongsi bersama.

Perhaps, anda boleh cuba dahulu googled kat Internet, kalau2 resipi yg anda berhajat ada di blog2 atau lelaman tertentu. Namun, by all means anda boleh request cuma kalau saya tk dapat menunaikan permintaan anda krn sesuatu resipi tu mmg saya takde, harap maaf dan faham yer. Mentelah lagi, sekarang ni bulan puasa dan masa saya terhad. Terima kasih atas kefahaman anda ya.

Friday, August 28, 2009

Hidangan Berbuka

Hidangan berbuka... ringkas





Dan kalau takde masa, beli kat food centre..... bubur kacang je yg masak sendiri..
Heheh...kalau sesekali tak beli, camner pegerai2 tu nak bisnez kan?


Thursday, August 27, 2009

Permintaan Resipi - AIR KATHIRA

Permintaan dari Wahida

AIR KATHIRA(Minuman kegemaran orang Islam India Selatan)
-sumber resipi : Puan Zarina Ibrahim


BAHAN-BAHANNYA:
Disediakan lebih awal:

Sirap:

Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar


CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kamang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan
ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

NOTA:

Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina

Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.

Sunday, August 23, 2009

PIZZA

Niat di hati nak berbuka puasa dgn pizza yg pelbagai perisa seperti daging, tuna dan ayam. Namun di saat2 akhir, oleh kerana kesuntukan waktu, saya terus jer buat pizza ayam. Kebetulan, anak bongsu saya nak cuba masak mee (nama resipinya pun tak tahu!). So, saya ajaklah dia pi supermarket dan belikan bahan2 yg diperlukan.

Dahtu sukatan pun takde, main agak2 jer. Semasa masak tu, diapun berkata, nanti lepas tumis bahan2 rencah mee ni dan sebelum dimasukkan mee kuningnya, papa bolehlah rasa eh... Saya pun tercengang sekejap. Ishh, ishh, akukan puasa, camner nak rasa? Rupa2nya dia suruh rasa selepas masuk waktu berbuka, sebelum dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Hah..bila siap mee yg dimasak tu, rasanya seperti mee jepun/sukiyaki (kicap) yg pernah saya postkan resipinya kat blog. Bolehlah tahan... anak dara aku masak. cuma, gambar lupa lak nak snap!

Anyway, resipi pizza ni pun main campak2 aje, almaklum sajalah bulan puasa ni, camner nak rasakan? Sebelum bermula, bacalah bismillah banyak2 semoga semuanya ok. Oleh kerana masa dah lewat, malas pulak nak buat di dulang pizza yg biasa dan sederhana besarnya. Saya gunakan 2 dulang yg besar, abis cerita! ringkas. But of course, tak habislah semua pizza tu waktu berbuka. Lebihannya boleh dimakan waktu bersahur...

So, this is the pic.






Terdapat pelbagai resipi Pizza. Di sini saya berkongsi satu resipi yg mudah dibuat ya. Kalau xde masa, skarang ni pun dah ada yg ready-made. Beli jer. Intinya anda boleh mempelbagaikan mengikut citarasa anda sendiri.


PIZZA AYAM

Bahan-Bahan
300 gram tepung gandum/roti
20 gram yis segar atau ½ sudu besar yis segera
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh garam
1 cawan air suam-suam panas
1 sudu teh bread improver/softener (optional)
1 sudu besar minyak zaitun


Peraturan
Ayak tepung bersama bread improver/softener. Masukkan garam, kacau rata. Kemudian, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Buatkan lubang di tengah-tengahnya, taruh yis, gula dan sedikit air tadi. Kacau yis, gula dan air tadi sehingga sebati. Taburkan sedikit tepung ke atasnya. Biarkan selama 10 minit sehingga campuran yis tu berbuih sket. Setelah itu, uli tepung dengan lebihan air tadi dan minyak zaiton; sehingga lembut dan sebati. Perap selama 15 minit. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.


Bahan-Bahan untuk Intinya

350 gram isi ayam

1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan halus
½ sudu teh serbuk jintan kasar
1 btg serai
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 hiris lengkuas
1 sudu teh kunyit
2 sudu besar gula pasir
(kisar semua bahan dan perap bersama isi ayam sebentar)

minyak secukupnya

Cara
Panaskan minyak dan tumis isi ayam yg telah diperap. Bubuh garam dan sedikit lagi gula jika perlu. Masak sehingga ayam empuk. Angkat dari api.


Bahan-Bahan Lain
2 btg sosej ayam (potong ikut suka)
1 tin kecil cendawan butang (dipotong ikut suka)
300 gram keju Mozarella (diparut halus) –lebih pun takpe, sedapp…
2 biji bawang besar (dibiris bulat-bulat)
3 biji tomato (dipotong ikut suka)
secukup lada benggala (hijau/merah/kuning)


Bahan-Bahan untuk Sambal
1 biji bawang besar (saiz besar) }
2 ulas bawang putih } ……..dikisar halus
½ cawan lada kering kisar /lada boh
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh tomato puri
sedikit oregano
sedikit garam, gula dan sedikit air


Peraturan
Tumis bawang besar, b.putih dgn lada kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air, tomato puri, sos tomato, garam dan gula. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda- nak masam lebih ke, manis ke.. Kemudian barulah diangkat dari api.


Cara Membuat Pizza
Adunan roti tadi dicanai leper setebal kira-kira ½ cm. Taruhkan ke dalam 2 dulang Pizza lalu disapukan dengan sambal. Seterusnya taburkan dengan sedikit parutan keju. Lepas tu, taburkan isi ayam, sosej dan cendawan. Kemudian, susun bawang besar, tomato dan lada benggala hijau/merah di atasnya. Akhir sekali, tabur lebihan parutan keju tadi . Bakar didalam ketuhar selama 20 hingga 25 minit dengan sukatan suhu 180 -200 C. Dihidangkan panas-panas.

HIDANGAN RINGKAS BERBUKA PUASA

Bulan puasa ni, nampak lauk/juadah/kuih2 kat bazar,kedai, sumernya nak beli. Bila dah buka, makan sket jer dah kenyang. Juadah yg banyak terhidang kat meja tu jadi semacam 'perhiasan' meja arr. Sebaiknya, berbukalah dgn sederhana. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Takut "terbalik court" pulak. Bila waktu bulan puasa, instead of kurang berat badan, ni makin menjadi2 pulak timbangannya. Mentelah lagi kalau dah kenyang sgt, tak larat nanti nak buat amalan2 sunat yg digalakkan dlm bulan yg mulia ni.


Apapun, tepuk dada tanya selera. Asalkan makanan yg dibeli/hidangkan tak membazir.



Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Buat semua pengunjung dan kenkawan sekelian, saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dgn penuh keinsafan dan ketaqwaan. Semoga kita semua diberi kesihatan sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ni. Di sini saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat apa2 khilaf dan salah saya sewaktu berinteraksi dgn anda. Tiada seorang pun yg sempurna kecuali NYA.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kurang sket lah updates. Harap anda faham yer. So, utk entry terakhir sebelum puasa ni, satu lagi kek lapis ....

Permintaan dari naruljahna abd mubin
Saya puas cari resipi kek lapis aiskrim soda kat internet tp tak jumpa, so saya olahkan sendiri resipinya. Harap2 ia menepati citarasa anda2 semua yg berminat yer..



KEK LAPIS AISKRIM SODA

Bahan:
300 gm mentega
120 gm gula halus
½ sudu teh ovalette
6 biji telur (saiz besar)
250 g susu pekat manis (boleh dikurangkan kpd 220 gm)
100 g Horlicks
1½ sudu teh esen aiskrim soda
1 sudu teh pewarna biru
50 gm jem raspberry (lebih baik jenis yg sugar-free atau reduced sugar)
1 sudu teh esen raspberry (optional, boleh ditiadakan)
1 sudu teh pewarna merah jambu
160 gm tepung HongKong (atau tepung biasa)
loyang berukuran 7” x 7” (dialas dgn kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang)


Cara :

1) Pukul mentega, ovallette dan gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).


2) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit)

3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit)

4) Perlahankan lagi speed (slow, sekedar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung HK dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun anda boleh gunakan kaedah “fold-in method” bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
i) 1 bahagian dibubuh esen aiskrim soda dan pewarna biru.
ii) 1 bahagian lagi dibubuh jem raspberry & pewarna merah jambu.
iii) 1 bahagian dibiarkan plain- warna asal.

6) Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 2 senduk adunan warna asal ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata.

7) Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Bubuh pula 2 senduk adunan warna biru dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit) dan seterusnya warna merah jambu pula. Bakarlah berselang-seli warna asal, biru dan merah jambu sehingga selesai semua adunan.


Thursday, August 20, 2009

SALAM UKHUWAH

Salam sejahtera buat anda semua. Maaf kerana agak seminggu menyepi daripada blogging. Kebetulan, saya masih lagi dalam cuti 'rehat' yg diberi oleh 'tabib' bertauliah dari 'rumah yg tak sehat'. Faham2 yer. Makanya saya kurang aktif sejak seminggu lalu. Alasan kot.....

Apa pun, just to share some food pics which I did earlier, yg tak sempat nak upload sebelum ini. Juga menyusul kemudian ialah permintaan resipi yg anda kemukakan kpd saya. Diharap sedikit sebanyak dapatlah ia membantu dan semoga ia menepati citarasa anda. Mana2 resipi yg belum kelihatan di blog saya, bermakna saya belum berhasil mendapatkannya. Insya'allah kalau dah ada , saya khabarkan.

Sebelum tu, saya nak berkongsi berita gembira ttg anak kedua saya yg telah pun berjaya dan memulakan pengajian beliau di Universiti Nasional Singapura. Beliau juga berhasil mendapatkan lesen kelas 3 dlm percubaan pertama sebulan lalu dan minggu lalu, merupakan salah satu dari lapan pemohon yg berjaya mendapatkan biasiswa dari majikan saya. Alhamdulillah, satu kurniaan dan rezeki dari Allah SWT.



Antara tetamu terhormat majlis Sabtu lalu, Puan Halimah Yaacob, AP bagi kawasan undi GRC Jurong.

**************************************************************************


Juadah ringkas yg kami bawa ke acara Tahlil Arwahan di rumah ipar saya.











Sebiji lagi gubahan kek lapis yg diorder oleh teman sepejabat dua minggu lalu, utk majlis pertunangan. Beliau mahukan decor dan warna yg sama seperti tempahan yg lalu. So, tk berpeluang lerr saya mencuba warna2 yg lain..

Permintaan Resipi - APPLE CRUMBLE

Permintaan dari norizah



APPLE CRUMBLE ALA AMERIKA
(sumber : Wan Petom Haris, foto : buku ALMAS)

BAHAN "A"
UNTUK MEMBUAT "DOH GULA"

150 gram mentega
150 gram pastry margarine
200 gram gula icing
3 butir telur
500 gram tepung (diayak dengan sedikit garam)
sedikit esen vanilla


BAHAN "B"
UNTUK MEMBUAT "HOLLANDER FILLING"

250 gram gula
250 gram mentega
250 gram badam kisar atau hazelnut kisar }
70 gram tepung gandum } ..... digaul rata
5 biji telur
1 biji lemon (parut kulitnya)
1 sudu teh serbuk kayu manis


BAHAN "C"
BUAH-BUAHAN

Untuk "APPLE CRUMBLE" gunakan apple hijau secukupnya. Kupas kulitnya dan potong seperti wedges setebal 1.5 cm.

Gaulkan dengan sedikit serbuk kayu manis dan jus lemon.

Untuk "BERRIES CRUMBLE", gunakan buah-buahan berries beku seperti raspberry, black berries, mis dll.


BAHAN "D"
UNTUK "CRUMBLE DOUGH"

120 gram gula
120 gram mentega
150 gram tepung gandum
75 gram badam (dadu kecil-kecil)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh esen vanilla


CARA MEMBUAT DOH GULA :
Mentega dan pastry margarine dipukul hingga kembang bersama-sama gula icing. Masukkan telur, satu persatu dan pukul sehingga lembut. Masukkan esen vanilla. Tuangkan tepung dan gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama. Kemudian simpan adunan tersebut didalam peti sejuk selama 2 jam atau sehingga ia sejuk.


CARA MEMBUAT HOLLANDER FILLING:
Mentega dan gula di pukul sehingga kembang. Masukkan telur satu demi satu, pukul lagi sehingga ringan. Masukkan parutan kulit lemon dan gaul rata. Kemudian masukkan bahan-bahan kering yang lain, gaul rata dan ketepikan.


CARA MEMBUAT CRUMBLE DOH:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Tuangkan bahan-bahan kering dan gaul rata. Adunan dibahagi beberapa bahgian. Padatkan. Simpan adunan didalam peti sejuk sehingga ia menjadi beku. Setelah beku, parut adunan tersebut kasar-kasar, kemudian di simpan kembali didalam peti sejuk, sehingga hendak digunakan.


CARA MEMBUAT "CRUMBLE PIE":

Keluarkan DOH GULA dari peti sejuk dan canai setebal 0.5 cm. Isikan kedalam acuan pie.

Tuangkan HOLLANDER FILLING diatas doh gula, 1/2 penuh. Susun diatasnya hirisan apple hijau atau berries dan taburkan kismis. Kemudian taburkan pula CRUMBLE DOUGH diatas buah-buahanya sehingga rata.

Bakar didalam ketuhar 170 darjah selama 1 jam atau sehingga berwarna kekuning-kuningan dan masak. Setelah masak keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika sebelum dikeluarkan dari acuanya.

Taburkan dengan sedikit snow powder atau serbuk gula icing. Enak dimakan dengan SOS VANILLA.

Permintaan Resipi - KUIH BAULU

Permintaan dari ngah



BAULU CERMAI
(sumber : Hajjah Rohana Abu, foto : buku ALMAS)


BAHAN
5 biji telur, diasingkan kuning dari putihnya
180 gm gula caster
210 gm tepung gandum, diayak
¼ sudu teh serbuk vanilli
¼ sudu teh baking powder
acuan baulu cermai


CARA

Pukul putih telur dan baking powder sehingga kembang. Masukkan vanilli dan pukul lagi sehingga rata. Masukkan gula sedikit-sedikit, pukul hingga kembang. Masukkan kuning telur, satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

Panaskan ketuhar 200 darjah Celsius. Acuan baulu dioles dengan mentega, segera masukkan kedalam ketuhar. Ambil 3 senduk tepung gandum dan bancuh dengan 9 senduk adunan telur didalam mangkuk yang lain. Kacau rata sehala sebentar. Keluarkan acuan baulu dari ketuhar dan tuangkan didalamnya adunan, tiga suku penuh. Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah, sehingga masak dan kuning.

Apabila hendak membakar seterusnya, adunan telurnya hendaklah di pukul lagi, supaya gulanya tidak mendap, kemudian gaulkan dengan tepung seperti yang dilakukan tadi. Satu adunan boleh dapat 100 biji kuih baulu.



WARKAH CINTA (LOVE LETTERS)
(sumber : Siti Mastura Alwi, foto : buku ALMAS)


BAHAN
220 g tepung gandum
60 g tepung beras
¼ sudu teh serbuk vanilli
¼ sudu teh garam
220 g gula halus
(kesemua bahan ini digaul rata)

4 biji telur
400 ml santan dari satu biji kelapa parut putih
Sedikit minyak


CARA
Pukul telur dan gula sehingga pekat. Masukkan tepung dan santan berselang seli. Kacau sehingga rata . Jika adunan bergentel, tapis. Panaskan acuan kuih gulung. Acuan dioles dengan sedikit minyak. Tuangkan satu sudu besar adunan kedalam acuan dan bakar sehingga masak. Apabila kuihnya kekuningan, angkat dan segera gulung atau lipat. Simpan kuih yang siap bergulung atau berlipat ini ditempat kedap udara.


PANDUAN
Jika hendak membuat WARKAH CINTA MANGGA, kurangkan santanya kepada 300 ml dan tambahkan 100 ml mangga puree dan 1 sudu teh esen mangga. Semasa membuat adunannya, masukkanlah tepung, mangga puree dan santan, berselang seli.

Permintaan Resipi - SEMUR DAGING LEMBU

Permintaan dari Kak Siti Bunga yg meminta resipi Semur Kambing.
Maaf, resipi yg paling hampir ialah Semur Daging Lembu ya kak..




SEMUR DAGING LEMBU
(sumber : Puan Zarina Ibrahim, Foto: Dari Dapur Zarina)


BAHAN-BAHANNYA:
1 kg daging lembu (bahagian atas) - sekeping yang besar.
- dicucuk merata dagingnya.

1 kg kelapa parut - tuangkan 2 cawan air, ambil santannya
dan tuangkan 2 cawan air lagi dan ambil santan cairnya.

Dicincang halus:
2 biji bawang
4 ulas bawang putih

1 sudu makan (penuh sedikit) halia - dicincang halus
1 cbsr serbuk ketumbar
1/4 cteh serbuk jintan putih
1/2 cbsr serbuk lada
1/2 cteh serbuk kunyit
1 kerat kayu manis (anggaran 4 sm panjang)
1 cteh alba
1 tangkai daun kari - dicuci dulu.
garam secukup rasa
limau kuning
3 cbsr minyak - untuk menggoreng


CARA MEMBUATNYA:

Campurkan daging dengan santan cair dan kesemua bahan di atas dalam sebuah periuk. Didihkan dan kemudian direnih selama 1 1/2 jam.

Tuangkan santan pekat. Didihkan lagi selama 15-20 minit. Angkat dagingnya dan terus dimasak kuahnya (tanpa ditutup periuknya) hinggalah pekat. Ketepikan dulu.

Bilas periuknya, panaskan minyak, masukkan semula daging dan dimasak hingga dagingnya empuk. Kemudian tuangkan kuah pekat dan dimasak lagi hingga kuahnya meresap pada daging.

Dihiris dan dihidangkan bersama roti atau nasi.

Permintaan Resipi - CLAM CHOWDER

Permintaan dari kak su


Chowder Lala (CLAM CHOWDER)
(sumber : Puan Betty Saw)


Bahan-Bahan
2 tin (200 g setiap tin) lala
75 g daging ayam, dipotong dadu
1 biji bawang besar, dimayang
500 g ubi kentang, dipotong dadu
2 helai daun bay
600 ml susu panas
25 g mentega


Cara:

Tuskan lala dan ketepikan airnya. Cincang lala kecil-kecil. Di dalam periuk besar, goreng daging ayam sehingga bertukar warna,Tambah bawang besar dan masak sehingga agak perang.

Tarnbah ubi kentang dan masak selama 1-2 minit. Tambah air lala dalam tin dan secukup air untuk menenggelamkan lala.

Bubuh garam secukup rasa.Tambah daun bay. Didihkan dan renihkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan lala yang sudah dicincang dan renihkan selama 10 minit lagi.

Sejurus sebelum menghidang, tambah susu panas dan mentega. Kacau sehingga mentega cair.

Permintaan Resipi - KUIH BAKAR LABU

Permintaan dari suryani2712


KUIH BAKAR LABU
(sumber : Azizah Mohd Ismail, foto : buku ALMAS)

Bahan
500 g tepung gandum
800 ml santan dari 1 1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh esen vanilla
300 g labu kuning
200 ml air
5 biji telur
500 gm gula caster

Acuan
Acuan baulu atau acuan pecah 8, atau acuan muffin atau acuan kecil-kecil. Gris sekeliling acuan dengan minyak atau mentega dan ketepikan dahulu.

Cara
Labu dibelah 4 atau 6. Cuci bersih, buang biji tetapi jangan buang kulitnya dahulu. Rebus la sehingga lembut, baru kopek kulitnya dan dikisar dengan 200 ml air sehingga lumat.

Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan suntan, garam, vanilla, pewarna kuning, tepung dan labu. Pukul lagi sampai halus, kemudian tapis. Panaskan ketuhar 170-180 darjah Celsius. Kemudian panaskan acuan-acuan yang hendak digunakan. Tuang adunan kedalam acuan 3/4 penuh. Bakar sehingga kekuning-kuningan dan masak.

PANDUAN
Santan boleh digantikan dengan 1 tin 400 ml COCONUT FLAVOURED CREAMER, campur dengan 400 ml air atau lebih, untuk mendapatkan 800 ml creamer cair.

Permintaan Resipi - NASI BERINGIN

Permintaan dari Kak Zie



NASI BERINGIN
(sumber : Cik Intan - Zaleha Osman, foto: ALMAS)

BAHAN
1 kg beras Siam atau Pakistan, cuci dan tos
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih
4 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
150 g minyak sapi atau mentega
1 sudu makan garam

REMPAH
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
3 cm halia
50 g badam


CARA
Sukat santan dahulu : 1 mangkuk beras =1 mangkuk santan, ketepikan. Panaskan minyak sapi/mentega dan tumis bahan kisar dengan daun pandan sehingga wangi. Masukkan rempah-rempahnya, kacau rata dan tuangkan santan. Biarkan sehingga mendidih. Sementara itu masukkan beras kedalam rice cooker dan tuangkan bahan yang mendidih, lalu tutup periuknya dan biarkan sehingga masak.


DAGING MASAK SUNGKAI
(sumber : Cik Intan - Zaleha Osman)

BAHAN
1 kg daging lembu atau kambing
8 batang serai, dihiris
4 cm lengkuas, dihiris
10 biji bawang merah, dihiris
2 sudu makan serbuk ketumbar
250 ml santan pekat

BAHAN KISAR
100 g lada kering
100 g lada hidup
4 biji bawang besar
8 biji bawang putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
6 biji buah keras


CARA
Cuci bersih daging dan potong mengikut suka hati.

Tumis bawang kecil sehingga kuning. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan masaklah sehingga wangi.

Masukkan daging dan santan. Biarkan sampai mendidih, baru masukkan hirisan serai dan lengkuas. Masaklah sehingga dagingnya empuk dan kuahnya pekat.

Permintaan Resipi - PUTERI MANDI

Permintaan dari lino



PUTERI MANDI
(sumber : Chef Wan Petom Haris)


BAHAN A
350 g keledek, kupas kulit, potong dadu dan cuci dengan air garam
350 g tepung pulut
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan air
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning


BAHAN B
240 g kelapa parut putih
2 helai daun pandan, dipotong 3
Sedikit garam
(Kesemua bahan digaul dan kukus)


BAHAN C
200 g gula Melaka
1 cawan air
1 helai daun pandan
(Kesemua bahan disatukan dan masak sampai pekat)


CARA

Jerang kukusan berisi air. Setelah mendidih 15 minit, kukus keledek sehingga lembut. Keluarkan dari kukusan dan segera lenyek sampai lumat, semasa masih panas.

Ayak tepung pulut didalam mangkuk. Tuang air dan gaul sehingga menjadi adunan. Masukkan keledek lumat yang masih panas dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut, tetapi tidak melekat. Adunan dibahagi 4. Satu bahagian diwarnakan merah, yang satu lagi kuning, yang ketiga hijau dan bahagian keempat dibiarkan tidak berwarna. Ambil 1/2 sudu teh adunan, bulat-bulatkan di tapak tangan dan tekan sedikit ditengahnya. Buat sampai habis adunan.

Sementara itu, didihkan 1/2 periuk air. Setelah mendidih, kecilkan api. Kemudian rebus bebola warna demi warna, tetapi sedikit sedikit. rebus sehingga bebola berwarna warni ini timbul, menandakan ia sudah masak. Angkat, toskan dan terus gaul dgn kelapa. Buat lagi sehingga habis semua adunan.

Semasa menghidang, bebola yang telah bergaul kelapa diletakkan di atas piring mungkum. Sirapnya pula diisi didalam mangkuk sirap dan diletakkan disisinya. Bila hendak menjamu selera, barulah dituang sirapnya.

Permintaan Resipi - RENDANG TOK

Permintaan dari razee@ dan Tikus




RENDANG TOK
(sumber : Hjh Bahyah Mahmood, Foto : ALMAS)


BAHAN
1 kg daging lembu, dipotong kecil dan dicuci bersih
1/4 biji kelapa parut putih, dijadikan kerisik
4 gelas besar santan pekat, diperah dari 2 biji kelapa parut

6 batang serai muda }
1 jari halia muda }
1 jari lengkuas muda } ............ dimayang
20 biji bawang merah }
4 helai daun kunyit muda }

Garam secukup rasa
Gula Tanjung secukup rasa


BAHAN KISAR
10 tangkai lada kering
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan rata jintan manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 cm kayu manis


CARA

Masukkan daging kedalam periuk dan gaul dengan rempah kisar serta bahan-bahan yang dimayang. Tabur sedikit garam. Jerang sebentar, sehingga mendidih.

Tuang santan, gaul rata dan masak dengan api sederhana, sehingga hampir kering dan daging lembut. Akhir sekali masukkan kerisik dan sedikit gula Tanjung. Gaul rata dan rasa. Jika rasanya belum menepati selera, tambah apa yang kurang.

Friday, August 14, 2009

BISKUT/COOKIES UTK DIKONGSI BERSAMA

Salam semua. Maaf kerana lama tak update. Bukan apa, masa tak mengizinkan dan diri sendiri pun agak kurang sihat lately. Walau apapun, buat mereka yg permintaan resipinya belum saya penuhi, hapar bersabar ya. Kalau dah dapat informasi / resipi yg di requestkan tu, Insya'allah akan saya berkongsi.

Untuk kali ini, saya nak share beberapa resipi biskut/cookies yg saya tukil dari buku/sumber2 tempatan. Saya belum mencuba resipi2 ini yer! Diharap mereka yg berminat bolehlah mencuba dan memberikan feedback utk dikongsi bersama yg lain.




Coconut Macadamia Pineapple Pinwheels
(sumber : Kalsom Edi)

Bahan
125 g mentega
50 g gula perang

150 g Top flour }
1/4 sudu teh baicarbonate of soda } - diayak
50 g kelapa kering
50 g Macadamia nut dibakar sebentar dan dikisar kasar
(dijadikan satu)

450 g inti nenas atau secukup jem nenas
1/2 biji telur
1/2 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh parutan kulit lemon

Cara:

Putar mentega, vanilla dan gula perang sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur, parutan kulit lemon, jus lemon dan putar lagi sehingga rata.

Masukkan kelapa kering, macadamia kisar dan campuran top flour sedikit sedikit sambil diadun sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 10 minit. Adunan doh dibahagi tiga.

Canai tipis setiap hahagian doh. Sapukan jem nenas diatas setiap doh, lalu digulung ketat dan rapi dengan Cling Wrap. Sirnpan didalam peti sejuk sehingga keras selama 1-2 jam.

Bila doh sudah keras, potonglah setebal 1/2 cm. Atur dalam dulang pembakar yang beralaskan kertas minyak. Bakar dengan suhu 170 darjah Celsius selama 10-15 minit atau sehingga kekuning kuningan.



Chocolate Layered Hazelnut Slices
(sumber : Kalsom Edi)

BAHAN
200 g hazelnut kisar }
50 g gula caster }.. dicampur jadikan satu
125 g mentega
50 g Crisco
180 g tepungTop
50 g gula aising
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
Secukup Hazelnut Cream atau coklat cair

CARA


Putar mentega, Crisco dan gula aising sehingga rata. Masukkan campuran hazelnut kisar dan diadun rata. Alas dulang pembakar dengan kertas minyak berukuran 8 x 8 x 1 inci

Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canai tipis kedua-dua doh.Masukkan satu bahagian doh kedalam dulang pembakar dan sapukan coklat cair diatasnya. Masukkan kedalam peti sejuk supaya coklatnya beku. Setelah itu tutup bahagian coklat dengan sekeping lagi doh. Tekan pelahan-lahan sehingga mampat dan rata.


Masukkan kembali kedalam peti sejuk selama 1 -2 jam. Setelah dohnya keras, keluarkan dan potong 1/2 cm tebal. Atur dalam dulang pembakar yang beralas kertas. Bakar dengan suhu160 darjah Celsius selama 10 - 15 minit atau sehingga garing.


Mango Sweetheart Cookies
(sumber : Kalsom Edi)

BAHAN
250 g mentega
200 g gula perang
250 g emping jagung (Cornflakes), dikisar halus
100 g kerepek mangga, dikisar halus
200 g tepung Top }
1/2 sudu teh baking powder } ...diayak
1 sudu teh perisa mangga
2 biji kuning telur untuk adunan
1 biji telur dikocok untuk sapu
Secukup badam cincang untuk tabur


CARA
Putar mentega, gula perang dan perisa mangga sehingga gebu. Masukkan telur, putar lagi sehingga rata. Masukkan emping jagung dan kerepek mangga, diadun sehingga rata. Masukkan tepung sedikit sedikit sambil diadun sehingga menjadi doh yang lembut. Rihatkan doh selama 10 - 15 minit.

Canai dan diterap. Atur di dulang pembakar yang beralas kertas, sapukan telur dan tabur badam cincang diatasnya. Bakar diketuhar 160 darjah Celsius selama 10 -15 minit atau sehingga garing.





biskut lemak pecan
(sumber : Muhammad Shahrudin Kasmuri)


Bahan-Bahan
125 gm mentega
125 gm gula caster
30 gm susu double cream
180 gm tepung naik sendiri
30 gm tepung kastard (custard powder)
50 gm oat
60 gm kacang pecan, dikisar


Cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Tuang susu dan pukul lagi sampai sebati. Masukkan tepung, kastard dan serbuk kacang. Gaul sehingga rata. Kemudian bentuklah mengikut cita rasa masing-masing. Bakar sehingga garing dengan suhu 180 darjah C.


biskut masam manis
(sumber : Muhammad Shahrudin Kasmuri)

Bahan-Bahan
125 g mentega
200 g gula caster
I biji kuning telur
7h sudu teh esen vanilla
250 g sour cream
200 g tepung naik sendiri }
80 g tepung gandum }
1/2 sudu teh garam }
1/4 sudu teh baking soda } ...... Gaul rata dan ayak
120 g aprikot kering, dihiris
100 g pine nuts


Cara
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan kuning telur, sour cream dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Masukkan pula tepung dan hirisan aprikot. Gaul rata dan bentukkan mengikut cita rasa sendiri. Taburkan pine nuts diatasnya dan bakar dengan suhu 180 darjah C sehingga masak dan garing.


macadamia chocolate chip cookies
(sumber : Siti Kalsum Edi)

Bahan
250 g mentega
125 g Crisco
50 g gula perang
90 g gula caster
125 g kekacang Macadamia, dibakar sebentar dan dicincang
125 g chocolate chip
125 g oat
250 g top flour }
150 g tepung naik sendiri } ....diayak
1/2 sudu teh bicarbonate of soda }
1 sudu teh vanilla

CARA
Mentega, Crisco, gula perang dan gula caster dipukul hingga kembang. Masukkan oat, chocolate chip dan kekacang Macadamia. Gaul sehingga rata. Masukkan pula campuran tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dan gaul lagi sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit adunan, bentukkan seperti bebola kecil dan tekan sedikit dengan garfu. Aturkan didalam dulang pembakar. Bakar dengan kepanasan 160 — 170 darjah C selama 10 — 15 minit atau sehingga masak.
kepingan walnut
(sumber : Siti Kalsum Edi)

bahan "A"
125 g mentega
75 g gula aising
175 g top flour
50 g kelapa dalam tin
50 g walnut cincang
2 biji kuning telur
2 sudu makan coklat cair

bahan "B"
1 biji telur
100 g gula perang
50 g walnut cincang
25 g mix fruit

Gaul rata semua bahan di atas.


CARA
Satukan semua bahan "A" dan pukul dengan kelajuan yang perlahan sehingga rata. Masukkan kedalam loyang empat persegi 9"x 9" x 1". Tekan-tekan sehingga rata. Bakar dengan kepanasan 170 darjahC selama 10 minit.

Tuangkan bahan "B" diatasnya, lalu dibakar lagi sehingga masak. Setelah masak keluarkan dari ketuhar dan potonglah berbentuk kepingan empat persegi. Kemudian sejukkan dan selepas itu barulah dipicitkan coklat cair diatasnya.


biskut emping rangup
(sumber : Siti Kalsum Edi)


bahan
250 g mentega
270 g gula caster
160 g tepung naik sendiri, diayak
200 g oat
120 g badam cincang
120 g emping jagung, diramas kasar-kasar
2 biji telur yang kecil
1 sudu teh vanilla

CARA
Pukul mentega, gula caster dan vanilla sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga rata. Masukkan emping jagung, oat dan badam cincang. Gaul rata. Masukkan tepung sedikit-sedikit, gaul lagi sampai adunan menjadi lembut. Dengan menggunakan dua sudu teh, sendukkan sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola kecil. Seterusnya atur diatas dulang pembakar dan bakar dengan kepanasan 160 darjah C selama 15 — 20 minit, atau sehingga masak.



biskut buah kanah
(sumber : Siti Kalsum Edi)

bahan
250 g mentega
150 g gula perang atau gula caster
100 g asam gambir, dikisar
200 g tepung gandum }
200 g tepung naik sendiri } --- diayak bersama
50 g tepung jagung }
50 g badam kisar atau
hazelnut kisar
2 biji kuning telur
I sudu teh esen buah

bahan untuk krim
150 g gula aising
40 g mentega
1/2 sudu teh esen buah
1/2 sudu makan jus lemon

CARA

Pukul mentega dan gala perang sehingga kembang dan gebu. Masukkan kuning telur dan esen buah. Pukul lagi sehingga rata. Masukkan asam gambir dan badam kisar. Kacau sampai rata.

Masukkan campuran tepung sedikit-sedikit, dan kacau lagi sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh, masukkan kedalam cetak berbentuk buah kanah, tekan supaya mampat dan perlahan-lahan ketuk sehingga tanggal. Atur didalam dulang pembakar dan bakar dengan kepanasan 160 — 170 darjah C, selama 10 - 15 minit, atau sehingga masak. Setelah sejuk, tangkupkan dua keping biskut dengan krim atau jem ditengahnya.

CARA BUAT KRIM
Gula aising dan mentega diadun sehingga sebati. Masukkan esen buah dan jus lemon. Gaul sehingga rata.




biskut manggis
(sumber : Hafizah Adam)
bahan
200 g mentega
100 g gula caster
380 g tepung gandum, diayak
3 sudu makan tepung jagung, diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gajus, dibakar
1 biji telur, dikocok untuk disapu atas biskut

CARA
Dengan mengunakan senduk kayu, pukul mentega sebentar. Masukkan gula, kuning telur dan vanilla. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan keduadua jenis tepung, sedikit sedikit sambil dikacau hingga adunan menjadi rata dan sebati. Ambil 'h cawan adunan dan warnakan hijau. Ini untuk membuat tampuk dan tangkai manggis. Lebihan adunan diwarnakan unggu.

Ambil sedikit doh unggu, anggaran sebesar ibu jar dan dimasukkan kedalamnya 1 biji gajus. Kepal hingga bulat. Ambil pula sedikit doh hijau, bentukkan seperti tampuk dan tangkai menggis, lalu dilekatkan kepada bebola ungu, sehingga menjadi sebiji manggis yang cantik. Sapu diatasnya dengan telur dan bakarlah sehingga masak.


biskut peanut bijan
(sumber : Hafizah Adam)

bahan "A"
180 g mentega
120 g gula caster
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh pes pandan
2 sudu makan peanut butter

bahan "B"
127 g tepung naik sendiri }
100 g tepung gandum } Gaul rata dan ayak
50 g tepung ubi }
50 g badam kisar
I biji telur, dikocok
Sedikit ceri hijau dan bijan, untuk hiasan

CARA-
Pukul bahan "A" selama 3 minit hingga rata. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul rata. Masukkan pula badam kisar. Gaul hingga menjadi doh yang lembut. Canai setebal 1 cm, terap dengan penerap bunga, sapukan telur diatasnya, tabur sedikit bijan dan hiaslah dengan ceri. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Tuesday, August 04, 2009

Permintaan Resipi - KUIH JAMBANG (PIE TEE)

Lupa pulak nama si requestor heheh... Apa pun, selamat mencuba.




KUIH JAMBANG
(sumber : Hjh Senesah Abd Rahman, Foto : Buku ALMAS)

BAHAN
500 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur kecil
850 ml air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggoreng
Secukup inti sambosa, atau inti popiah
Sedikit daun bawang, daun sup dan hirisan lada merah
Sedikit sos cili
Acuan kuih jambang


Cara :

Kedua-dua tepung diayak dalam mangkuk. Ketepikan.

Telur, garam dan pewarna kuning dikacau rata. Tuangkan 1/2 bahagian air, ratakan, lalu dimasukkan sedikit-sedikit kedalam mangkuk tepung, sambil mengacau sehingga adunannya sebati. Tambah baki air kedalam adunan sehingga menjadi cair dan tapis.

Gunakan kuali kecil ukuran 10". Tuangkan minyak 1/2 kuali. Panaskan acuan jambang didalam minyak tersebut. Keluarkan acuan itu sebentar, supaya tidak terlalu panas, lalu celupkan kedalam adunan dan goreng dengan api yang sederhana. Acuan hendaklah dienjut-enjutkan sehingga adunannya menjadi kekuning-kuningan, baru boleh dilepaskan dan ditolak perlahan-lahan dengan lidi. Apabila menggoreng, ratakan sehingga berwarna perang. Angkat dan toskan.

Isi kelongsong ini dengan inti daging, seperti inti sambosa atau sayuran sengkuang seperti inti popiah. Hiaslah diatasnya dengan daun bawang atau daun sup serta lada merah dan sos cili.



Monday, August 03, 2009

Permintaan Resipi - Kuih Tart Cream Cheese

Kalau tak silap, sdri misriah meminta resipi kuih tart dari Puan Asmah Laili yg diisi dlm acuan kecil2. This is what I have ya! Harap2 this's the one yg anda cari.


KUIH TART CREAM CHEESE
(sumber : Puan Asmah Laili, Foto: Buku ALMAS)

BAHAN

300 gram mentega chap tong
250 gram cream cheese
600 gram Top flour diayak
1 sudu makan vanilla flavour
1 sudu makan gula caster
Garam secukup rasa
Jem Nenas
Beberapa piring kuih tart
Penyepit tart


JEM NENAS

2 biji nenas mengkal dan kuning
450 gram gula pasir
1 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih


Cara:

Pukul mentega dan cream cheese. Masukkan gula, garam dan vanilla. Pukul lagi sehingga kembang. Gaulkan dengan tepung sedikit sedikit dengan jejari, sehingga mendapat doh yang lembut. Jika dohnya terlalu lembut, tambah sedikit lagi tepung dan uli sehingga cantik dan lembut. Perap sebentar, tutup dengan tuala lembab.

Ambil sedikit doh dan giling setebal 1 cm. Terap sebesar piring kuih tart. Masukkan kedalam piring tart dan kelim kelilingnya. Isikan tengahnya dengan bebola nenas dan ratakan. Hias dengan dedaun doh. Atur dalam tin pembakar dan bakarlah sehingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.


CARA MEMBUAT JEM NENAS


Parut kasar nenas. Tapis dan tekan tekan supaya banyak jusnya dapat mengalir keluar. Jangan diperah. Masukkan kedalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga nenasnya kering sedikit. Masukkan gula, pelaga dan cengkih, dan masak lagi sehingga ia semakin pekat dan berkilat dengan api yang kecil. Biarkan ia kering
sedikit baru matikan api dan sejukkan. Setelah itu buatlah bebola untuk inti kuih tart.

Permintaan Resipi - KEK MARBLE LAPIS COKLAT

Permintaan resipi dari Puan Hairoon. Selamat Mencuba!



Kek Marble Lapis Coklat
(sumber : Pn Juriah Abdullah, Foto: ALMAS)

BAHAN "A"
250 g mentega lembut
30 g tepung susu
1 sudu teh serbuk vanilla

BAHAN "B"
7 biji kuning telur yang besar
6 biji putih telur yang besar
1 sudu makan ovalette
160 g gula caster
200 g tepung Hong Kong, diayak
200 g tepung optima
1/2 sudu teh baking powder
10 g serbuk koko, diayak
1/2 sudu makan chocolate paste
3 sudu makan susu putih dalam kotak
Loyang 10" x 10" x 3" gris dengan mentega dan alas dengan kertas kuih


BAHAN "C"
300 g chocolate Tulip
100 g chocolate Nutella
130g Crisco putih


CARA UNTUK BAHAN "A"
Semua bahan "A' dijadikan satu dan dipukul dengan menggunakan "K" beater, sehingga putih dan rata. Ketepikan.


CARA UNTUK BAHAN "B"

Putih dan kuning telur, dipukul dengan gula dan ovalette selama 10 minit atau sehingga kembang.

Masukkan tepung Hong Kong, tepung optima, baking powder dan susu. Pukul lagi sehingga adunanya kembang dan pekat.

Kemudian campurkan dengan bahan "A" dan kacau dengan senduk kayu sehingga rata dan sebati.

Keluarkan 1/3 dari adunan ini dan gaulkan dengan serbuk koko dan chocolate paste sehingga rata. Ketepikan.

Ambil sedikit adunan putih dan masukkan kedalam loyang , lapiskan dengan adunan coklat.

Ulang melapis sehingga habis seperti kek marble biasa. Bakar dengan kepanasan 150-170 darjah selama 45-60 minit atau sehingga masak.

Setelah keknya sejuk, belah dua dan sapukan dengan bahan "C."


CARA UNTUK BAHAN "C"

Masukkan semua bahan "C" dalam periuk dan cairkan dengan kaedah double-boil, sehingga rata. Baru boleh digunakan.

Permintaan Resipi - REMPEYEK

Permintaan resipi dari Emma.... Cuba jgn tak cuba ya!



REMPEYEK
(sumber : Pn Zahrah Roziz, Foto: ALMAS)

BAHAN
600 g tepung beras cap gajah
500 g kacang tanah
200 g ikan bills
1 biji telur
1000 ml santan dari 500 g kelapa parut (ketepikan 300 ml dalam mangkuk kecil)

(Dikisar kasar)
1/2 sudu teh air kapur
2 biji bawang putih
100 g udang kering
5 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA
Gaul rata tepung, telur, bahan kisar, garam dan 700 ml santan.

Masukkan air kapur dan gaul lagi sehingga rata. Jika adunanya pekat curahkan sedikit sedikit santan yang diketepikan, sehingga cantik adunanya.

Panaskan minyak didalam kuali 3/4 penuh. Ambil sedikit adunan dan masukkan kedalam mangkuk, masukkan sedikit kacang tanah dan ikan bills. Bancuh sehingga rata.

Ambil satu senduk kecil adunan tersebut dan tebarkan ditepi kuali. Ia akan perlahan-lahan melurut kedalam kuali. Jika adunanya tidak melurut, perlahan-lahan tolakkan dengan sudip tipis supaya melurut.

Gorenglah sehingga kacangnya garing dan warnanya coklat muda. Angkat dan toskan.


PANDUAN
Sebaik-baiknya gunakan satu kuali khas untuk menggoreng rempeyek sahaja. Kuali rempeyek ini tidak boleh digunakan untuk menggoreng atau memasak lauk pauk yang lain. Inilah petua mereka yang sering membuat rempeyek.

Permintaan Resipi - KUIH JEPUN

Permintaan resipi dari Yam. Dah buat feedbakc yer!


KUIH JEPUN
(sumber : jiran lama)

Bahan Untuk Inti

150 gm kacang merah (rebus hingga empuk)
150 gm gula , sedikit garam

(Dimasak seperti inti kuih pau)


Bahan Untuk Adunan Kuih

18 oz tepung gandum
¼ oz yeast
20 oz santan (dari ½ biji kelapa)
½ sudu teh garam (campur pada santan)
1½ oz mentega
3 biji telur
1 sudu teh potas/ soda bicarbonate
5 oz gula
Sedikit pewarna kuning


Peraturannya

1) Mentega dan yeast digaul dgn tepung yg dicampur potas. Gaul hingga rata.
2) Hangatkan santan diatas api sebentar saja.
3) Pukul telur bersama gula lalu masukkan ke dalam bahan tepung. Kacau rata.
4) Masukkan santan dan kacau lagi hingga sebati.
5) Biarkan sebentar sehingga adunan naik.
6) Tuangkan 1 sudu makan adunan dalam acuan. Bila ½ masak, bubuh kacang merah dan
tuangkan sesudu lagi adunan keatasnya. Biarkan ia masak di atas kuali leper.

* Acuan dan kuali terlebih dahulu dipanaskan dan buat permulaan, taruh sedikit minyak agar tidak melekat.



KUIH JEPUN
Sumber: Pn Zaleha Osman

Bahan-bahannya

18 oz tepung gandum
2 oz mentega
5 oz gula
1 sudu besar yis segera
3 biji telur
18 oz santan pekat
1 sudu teh bicarbonate of soda
½ sudu teh garam
sedikit warna hijau (boleh juga gunakan jus pandan)


Cara-caranya

1. Masak santan sehingga mendidih.Sejukkan sebentar.

2. Pukul telur dan gula. Kemudian masukkan santan tadi.

3. Campurkan tepung dengan yis dan gaul rata, kemudian masukkan mentega, garam, bicarbonate of soda serta adunan telur tadi dan dipukul menggunakan kelajuan perlahan selama 5 minit.

4. Biarkan adunan itu naik barulah boleh dimasak seperti kuih jepun dan diisikan dengan inti kacang ditengahnya.


Bahan Untuk Inti

150 gm kacang merah (rebus hingga empuk)
150 gm gula , sedikit garam

(Dimasak seperti inti kuih pau)

Terdapat pelbagai resipi inti kacang merah ni. Yg ni salah satu cara yg biasa. Ada resipi yg gunakan sedikit minyak. Ataupun ada boleh gunakan resipi anda sendiri ya.

Permintaan Resipi - JENGANAN

Permintaan resipi dari sdri Habibah Kamsi. harap2 menepati citarasa anda yer.



SAMBAL JENGANAN (1)
(sumber : Puan Zarinah Ibrahim)

BAHAN-BAHANNYA:

200 g kacang tanah
20 tangkai lada kering - direndam supaya lembut
2 ulas bawang putih - gunakan seluruh bawang, jangan dihiris.
1 cbsr rata asam jawa - dibilas
1 cteh penuh belacan
2 cawan air masak
2-3 cbsr penuh gula (sebaiknya gunakan gula merah)
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA:

Panaskan minyak secukupnya. Goreng kacang tanah dengan api sederhana hingga garing. Angkat dan toskan.

Pejarkan minyak semula. Tumiskan lada kering hingga berubah warnanya (anggaran 1/2 minit). Angkat. Kemudian tumis bawang putih hingga layur. Diangkat dan ketepikan.

Kepal-kepalkan asam biar bulat dan tumis hingga berubah warnanya. Akhir sekali goreng belacan dengan sedikit minyak. Sesudah belacan kelihatan garing, diangkat.

Ramas asam dengan air masak dan tapis. Kisar kacang tanah (dengan kulitnya sekali) agak kasar-kasar dan letakkan dalam mangkuk hidangan.

Kisar pula lada, belacan dan bawang putih serta 1/2 cawan air asam sehingga halus. Selepas itu tuangkan air asam yang selebihnya, gula dan garam. Tuangkan campuran ini ke dalam mangkuk kacang tanah. Dikacau hingga sebati. Jika perlu, tambah lagi setengah cawan air masak, kuahnya mestilah pekat.


CARA MENGHIDANGKANNYA:

Aturkan sayur-sayuran di atas pinggan. Letakkan tahu dan tempeh di atasnya. Tuangkan kuah kacang apabila hendak dihidangkan.


BAHAN-BAHAN JENGANAN:

150 g taugeh - buangkan ekornya
300 g kangkung - dikerat 4 sm panjang
100 g kacang panjang - dikerat 2 sm panjang
3 keping tahu - dibelah 4 (bentuk 3 segi)
2 keping tempeh
150 g kobis - dihiris halus atau kasar-kasar (lihat CARA MEMBUATNYA)
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA:

Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan satu sudu teh garam. Jerangkan air sehingga mendidih.

Celur berasingan kemudian ketepikan: kacang panjang, kangkung, taugeh. Pastikan airnya mendidih setiap kali bahan di atas dicelur.

Untuk hidangan seperti ini biasanya kobis dimakan mentah-mentah. Oleh sebab itu kobis hendaklah dihiris halus-halus. Potong kasar-kasar sekiranya kobis hendak dicelur seperti sayuran lainnya.

Goreng tahu (jangan terlalu garing). Toskan dan ketepikan, kemudian goreng tempeh hingga garing. Dikerat kecil-kecil supaya mudah dimakan.



JENGANAN (2)
(sumber : Pn Hjh Asfiah Hj Abdullah)

300 g kangkung
300 g kobis
300 g kacang panjang
300 g taugeh
4 biji telur, direbus dan dibelah empat
4 keping tahu, digoreng dan dipotong kecil-kecil
6 keping tempe, digoreng dan dipotong kecil-kecil
asam jawa sebesar limau nipis
50 g gula pasir
garam secukup rasa


Bahan-bahan (A):
(Digoreng dan digiling halus)

600 g kacang tanah
100 g lada kering
2 cm belacan

Cara:

1. Siangkan sayur-sayuran seperti biasa. Celurkan di dalam air mendidih sehingga agak layu. Toskan.

2. Campurkan bahan-bahan A dengan gula. Perahkan asam dengan 440 ml air suam kuku dan tuangkan ke dalam campuran bahan-bahan tadi. Kacau rata-rata. Rasalah garamnya.

3. Untuk menghidangkannya, aturkan taugeh, kacang panjang, kangkung dan kobis di dalam piring. Di atasnya aturkan pula tahu dan tempe serta telur. Kemudian tuangkan kuah di atasnya.

PINDANG SERANI

Lauk simple utk hujung minggu....



PINDANG SERANI

Bahan-Bahan
600 gm ikan belanak/tenggiri/sagai (potong beberapa keping)
5 ulas bawang kecil atau 1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 batang serai, dititik
2 inci kunyit hidup }
sedikit belacan } ….. ditumbuk halus

secukup air asam
1 peket sawi asin (optional)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka (atau 1 sudu teh gula)
1 senduk minyak untuk menumis
secukup air (kira-kira 2-3 cawan)
2 btg cili merah (dihiris)
2 btg cili hijau (dihiris) – kalau nk pedas boleh gunakan cili padi


Cara

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang kecil, bawang putih, halia bersama campuran kunyit/belacan dan serai sehingga bawang layu sebentar.

2. Masukkan pula air, garam, serbuk perasa atau gula dan ikan. Kemudian, masukkan air asam lalu masak sehingga kuah mendidih.

3. Akhir sekali masukkan sawi asin, cili merah dan cili hijau dan biarkan sebentar. Kacau rata lalu matikan api.




Buat kakJah, inilah dia rupa ikan belanak. Namun, kalau tak gemar, bolehlah tukar kpd ikan yg lain.