Kuih Bakar Berlauk ni pernah saya postkan resipinya sometime in 2006. Tengahari tadi saya buat ih ni. However, saya hanya buat separuh bahan, yg separuh lagi saya buat kuih bakar manis (pandan). Here's the recipe again.
KUIH BAKAR BERLAUK
Bahan-Bahan
400 ml santan kotak KARA
350 - 400 ml air
300 gm tepung gandum
6 biji telur (saiz besar)
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa
Cara:
Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.
Untuk Intinya:
300 gm daging kisar
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
sedikit rempah kari daging (abt 2 sudu mkn)
secubit garam
2 sudu makan minyak masak utk menumis
Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.
Untuk Taburan/Hiasan
secukup cili merah (dihiris), secukup daun saderi (sup)
Cara Membuat Kuih Bakar Berlauk:
Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Oleskan dgn sedikit minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar. Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.
Setelah separuh bahagian adunan di atas digunakan utk kuih bakar berlauk, baki yg sebahagian lagi saya bubuhkan:
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau
4 sudu besar (bumbung) gula pasir
Kemudian kacau adunan sehingga gula larut sebelum dibakar dalam acuan kuih bakar.
KUIH BAKAR MANIS (PANDAN)