Followers

Friday, March 21, 2008

LONTONG GORENG























Lontong Goreng adalah sejenis hidangan yg saya rasa tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada pandangan saya, ianya merupakan 'saduran' dari resipi kaum Cina- 'fried carrot cake'. Cuma kaum melayu kita telah membuat pelbagai 'improvisation' atau pengubah-suaian utk menepati citarasa atau selera orang2 Melayu. Berikut saya catitkan resipi lontong goreng ringkas sebagaimana yg saya selalu sediakan. Mudah sekali dan rasanya tidak menghampakan...


LONTONG GORENG
Bahan-Bahan
30 tangkai lada kering (gunting, rendam)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(Kisar semua bahan di atas)

1 sudu besar (gula)
1 sudu teh garam (atau ikut rasa)
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar bawang goreng
3 - 4 sudu besar kicap manis
sedikit sos tomato dan sos cili
secukup minyak utk menumis

1 batang lontong (dipotong dadu kecil)
300 gm daging (hiris nipis2, potong kecil)
2-3 keping fish cake (hiris)
6-8 batang crabstick (potong kecil)
sedikit daun sup/bawang (hirid)
bawang goreng
telur goreng (hancur atau dadar)

(Selalunya kalau ada stok dalam fridge, saya akan tambahkan lagi rencahnya seperti udang hidup dan sotong basah. Tapi kurangkanlah bahan yg lain agar sambalnya seimbang dan dapat meliputi kesemua bahan termasuk lontong).

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi sehingga garing. Masukkan daging dan sedikit air dan kacau sekali sekala sehingga daging empuk. Kemudian masukkan pula lontong, crabstick dan hirisan fish cake. Gaul rata dan biarkan sebentar. Seterusnya, masukkan gula, garam, sos tomato, sos cili, kciap manis dan bawang goreng. Gaul lagi hingga rata. Biarkan sehingga lontong sebati dgn bahan2 lain. Akhir sekali, masukkan daun sup/bawang lalu matikan api. Bila hendak menghidangkannya, taburkanlah dgn sedikit lagi bawang goreng, daun sup/bawang dan telur dadar/hancur.




4 comments:

MamaFaMi said...

Terliur la pulak...

BR said...

Ish Ish. Jilat tapak tangan.... (sambil lap airliur tu heheh)

ila_ayob said...

salam bro..
menu yg wajib dibuat klau ada lebihan ketupat or nasi impit..kalau kat mlsia nak cari lontong goreng ni kat johor sng jumpa..kat negri lain diorg pelik sket...sy suka wat lontong goreng kat kwn2 luar dr johor...

BR said...

BR > ila_ayob

Oh iyer ke, Only in Johor? Kalau kat Spore ni mmg kita dah biasa lerr dgn lontong goreng ni. Enak..