Followers

Monday, December 03, 2007

EPOK-EPOK / KARIPAP

Epok-epok sebutan di Singapura manakala di seberang tambak ianya digelar karipap. Sejenis juadah yg biasa dan ringkas utk dimakan pada bila-bila masa saja. Did some yesterday and I actually put in 3 different perisa- ayam, daging dan udang kering. As for the recipe, saya attachkan sekali lagi yaa... It is simple to make yet gratifying.




















Epok-Epok

Kulitnya
1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 -375 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

Inti Kentang (Daging)
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar (bumbung) rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
*Jika anda inginkan kulit yg lebih garing, kurangkan sukatan tpg by 50 gm dan gantikan dgn 50 gm tepung beras. I did that and the results- not bad, lebih garing.

*Jika menggunakan hirisan/potongan isi ayam, tak perlu direbus dahulu. Setelah rempah garing, dimasukkan sahaja isi ayam tersebut.

*Jika hendak mengunakan udang kering, bolehlah ambil 2-3 sudu makan udang kering lalu direndam dahulu sebelum ditumbuk halus. Masukkan bersama rempah kari semasa hendak ditumis.

*Bila menggoreng, gunakan api yg sederhana agar kulit epok-epok tu lebih licin dan rata. Setiap satu kali menggoreng memakan masa kira-kira 15 -20 minit. Ini akan membuat epok-epok/karipap anda lebih garing dan tidak mudah lembik.

11 comments:

Yatie said...

kecik2 dulu kalau kat kelantan, bile sebut epok epok kawan kawan tak tau aper, then bie balik s'pore sebut kapap, dorang kasi karipap yg besat..oh i miss the karipap yg lapis lapis tuh.and kuih kuih kat geylang

BR said...

Oh yeke yatie? I rasa mmg di Msia diorg sebut karipap manakala di Spore kita panggil epok-epok. Whatever nama pun yg disebut- yg pasti ini mmg makanan ringkas yg tak jelak2 dimakan pada waktu apa pun- pagi tghari, petang dsb.

ady said...

salam,
bro Rozan,baru terjumpe blog ni.suke sangat resepi di sini.Nak tanya agak2 klu karipap inti ikan bilis, sedap tak.Ada cadangan resepi karipap ikan bilis?

BR said...

W'Salam ady. Maaf lambat reply. Terima kasih krn sudi jenguk2 kat sini.So far, saya tk pernah buat. Tapi rasa saya, kalau anda gunakan inti ikan bilis (sambal) mcm kurang enaklah. But it's my opinion. Kalau anda suka, cubalah. Pastu bleh lah feedback ya.

Anonymous said...

Salam bro rozzan,

nak ucap terima kasih banyak2 sebab share resepi karipap ini. Aisyah dah cuba banyak kali dan alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Jiran-jiran pun suka. Karipap tu memang cun je kulitnya sebab tak 'berjerawat'. Saya memang recommmend kat sesiapa yang tak biasa buat karipap untuk mencubanya, insya Allah menjadi.

BR said...

WS anonymous,

Mekasih krn sudi mencuba resipi epok2 ni. Alhamdulillah, anda berjaya. Keep it up.

Anonymous said...

wlaupun blm mencuba sy rasa resipi ni mmg pasti menjadi sbb arwah ibu pernah ajar sama mcm ini tapi maklum ms ada ibu mmg tak ambil berat mcm mn nak sediakan karipap ni sekarang baru terkial2 nak cari resipi..suka dgn blog ni u mmg jujur dlm memberi resipi..thnk u v much bro...

Anonymous said...

Wah sedap sedap.i try uat doh yng campur tepung beras....garing.tapi minyak nak kena betul betul panas. ....but inti nya inti sayur...wow mkn dgn chilli sauce...

Anonymous said...

Org spore panggil epok2 kalau karipap tu yg 3 segi besar( bukan samosa tau)or yg rectangle besar.

Anonymous said...

Saya da cuba... Memang sedap! Terbaikkk! Anak2 makan lebih dari 10 keping pon tak cukop.

Unknown said...

Where are you now?