Followers

Tuesday, March 17, 2009

ONDE-ONDE / BUAH MELAKA


Onde-onde merupakan satu lagi kuih melayu tradisi yg tak luput ditelan zaman. Ia juga digelar "buah melaka" - mungkin kerana intinya merupakan gula melaka. Kalau nak memakan onde-onde ni, hati-hati yer kerana gula melaka yg diisi sebagai inti akan cair setelah onde-onde tu direbus. Pagi tadi lupa pulak nak pesan kat dua orang teman sepejabat. Seorang dari mereka bilang, gula drpd kuih ni terpancut ke seluarnya manakala yg satu lagi, terpaksa balik rumah tukar baju -sumer gara-gara pancutan gula yg cair tu!! Nak tergelak pun ada kesian pun ada....

Apa pun, di sini saya nak kongsi resipinya yg mudah utk disediakan. Berasaskan tepung ubi kayu (tpg sagu kanji/tapioca flour) atau tepung pulut (glutinous flour), anda boleh mengadunkannya dgn ubi kayu, keledek atau pun labu yg dah direbus. Berikut adalah resipinya.


Bahan-Bahan

500 gm ubi kayu (kupas kulit,cuci bersih & rebus dgn sket garam hingga empuk)
240 gm tepung ubi/sagu kanji (tapioca flour)
250 gm kelapa parut putih (dikukus sebentar)
secukup gula melaka (kira-kira 200 gm) – dipotong kecil2

pewarna hijau/kuning atau apa2 warna yg anda suka

50 gm air (jika perlu)


Cara:

1) Ubi yg telah empuk dilecek hingga halus. Masukkan tepung sagu sedikit-sedikit sambil diuli hingga lembut dan sebati. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Ambil adunan dan buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda suka.

3) Kemudian ambil satu bebola dan leperkan. Isikan dgn sedikit potongan gula melaka lalu tutuplah semula sehingga menjadi bulat semula. Buat sehingga semua adunan selesai.

4) Didihkan air dalam periuk. Kemudian, masukkan bebola-bebola ini ke dalamnya dan biarkan sebentar sehingga ia ‘timbul’ ke permukaan air. Ini tandanya onde-onde ni dah masak. Angkat dan toskan lalu disalut/gaul dgn kelapa parut.

Nota :

Dengan saiz onde-onde yg saya buat pagi tadi, satu bahan di atas dapat menghasilkan lebih-kurang 25-26 biji. Kalau saiz yg kecil dan comel2 tu, mungkin lebih dari 30 biji .

6 comments:

kamalnzura said...

bulan puasa wajib buat buah melaka nih...simple..pakai tepung pulut...

BR said...

Memang mudah dan enakkan?

Unknown said...

salam bro rozzan..saya ambil resepi ni...selalu guna tpg pulut aje..nak gunakan tepung ubi dan ubi kayu..

BR said...

WS. Silakan kak, mudah2an berjaya ya!

Anonymous said...

Hi! Bro Rozzan,
Klu tak payah pakai ubi kayu tapi pakai tepung ubi aje boleh?

BR said...

Hi, Kalau gunakan tpg ubi saja saya rasa tk menjadi. Lebih baik anda gunakan tpg pulut, Insya'allah menjadi.