So, sebaik saja pulang dari pejabat, saya langsung pi dapur utk menyediakan hidangan LAKSA GORENG. Dah lama anak bongsu saya request suruh saya masak laksa ni, baru ni dpt ditunaikan. Berikut adalah resipi dan picnya sekali yaa. Resipi asalnya dari sebuah buku masakan tempatan tetapi saya telah membuat sedikit penyesuaian mengikut citarasa saya. Sesiapa nak tukar selera dari laksa biasa yg berkuah, bolehlah mencubanya.
LAKSA GORENG
Bahan-Bahan
1 kg mee taibak (mee cendol)
250 gm taugeh
segenggam daun kesum (sedikit dihiris, yg lain biarkan sehelai2)
400 gm ikan tenggiri (direbus, buang tulang & hancurkan-jgn terlalu halus)
2-3 keping besar fish cake (dihiris)
Bahan-Bahan Kisar
3 sudu makan ikan bilis kering (rendam)
½ inci kunyit hidup (atau 1 sudu makan kunyit serbuk)
1½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu makan lada kering kisar
½ inci lengkuas
1 batang serai
2 cawan santan pekat (atau 200ml santan kotak + 300 ml air)
2 sudu makan (bumbung) rempah kari ikan
2-3 sudu makan kerisik (gunakan yg ready-made jer)
2 biji jus limau kasturi
secukup minyak utk menumis
sedikit garam, gula
Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan wangi. Setelah itu masukkan pula rempah kari ikan, kerisik dan ikan rebus. Gaul rata. Kemudian, masukkan pula santan dan jus limau kasturi. Kacau sekali sekala, jangan sampai ianya berkerak. Masukkan garam dan gula dan terus masak hingga pekat. Setelah itu, masukkan mee, fish cake, daun kesum dan kacau hingga rata dan kering sedikit. Tambahlah apa-apa yg kurang. Akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata lalu matikan api. Semasa menghidang, taburkanlah sedikit bawang goreng dan hirisan cili merah/hijau.
No comments:
Post a Comment