Followers

Saturday, December 22, 2007

HARI RAYA KORBAN

Umat Islam di Singapura menyambut Hari Raya Haji pada Khamis 20 Disember 2007. Acara kemuncak di hampir kesemua masjid di Singapura ialah ibadah korban yg dijalankan sejurus selpas tamat Solat Aidil Adha. Tahun ini saya berkesempatan menjadi seorang sukarelawan di sebuah masjid setempat. Sebagaimana lazim, acara korban ini dimulakan sekitar 9.15 minit pagi. Oleh kerana masjid ini hanya sebuah masjid yg kecil dan bukan masjid satelit, ia hanya mengambil tempahan korban sebanyak 80 ekor kambing sahaja. Dan, Alhamdulillah, saya amat kagum dgn semangat dan kegigihan semua petugas sukarelawan yg bekerja dgn komited dari bahagian menyembelih, melapah (skinning), mencincang, menimbang dan pembahagian kpd penempah & jemaah. Keseluruhan acara korban tersebut selesai sejurus selepas jam 2 ptg. Syukur ke hadrat Allah SWT. Berikut adalah sedikit foto acara korban tempohari yg dpt saya abadikan dgn kamera saya.


No comments: