Followers

Sunday, May 03, 2009

KEK LAPIS KENYALANG

Kelmarin dan semalam saya buat dua kek lapis sarawak - yg satu Kek Lapis Kenyalang (2nd time buat dgn sedikit olahan berbanding resipi asal) dan yg satu lagi saya pandai2 jer bubuh perisa , bukan apa, saja nak perabihkan jem-jem yg ada kat esbok. Oleh kerana itu saya bohkan nama sendiri Kek Lapis Pandan ChocBerry (jgn ketawa eh.... Saya ni tak pandai nak create nama yg pelbagai). Nama tu sempena perisa yg ada kat dalam kek tu lerr. So, jom lihat.




KEK LAPIS KENYALANG

Bahan-Bahan
500 gm mentega
140 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlicks
300 gm tepung hongkong
10 biji telur saiz besar
60 gm jem nenas
1 sudu kecil pewarna kuning
60 gm jem peach/oren
1 sudu kecil pewarna oren
60 gm jem strawberry
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna hijau


Cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).

2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).

3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.

4. Masukkan susu pekat, horlicks dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)

5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan.

6. Adunan selebihnya dibahagi tiga. Satu dibubuh pewarna kuning & jem nenas, satu lagi pewarna oren dan jem peach/orange dan yg terakhir pewarna merah & jem strawberry.


Cara Melapis Kek

1. Tuang 2 senduk adunan plain utk lapisan pertama ke dalam loyang berukuran 9" x 9" lalu dibakar. Loyang hendaklah dialas dgn kertas tracing pada dasarnya dan digris. Kemudian, diikuti dgn 2 lagi senduk adunan plain utk lapisan kedua. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan & bubuh sedikit pewarna hijau.

2. Masukkan adunan merah, oren dan kuning ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan awal tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan merah, oren dan kuning berselang-seli sehingga menutupi lapisan bawah (hijau). Bakar sehingga lapisan masak. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.

3. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.

4. Untuk 3 lapisan terakhir, bakarlah selapis adunan berwarna hijau dahulu dan diikuti dgn 2 adunan plain yg terakhir.

Nota:

1) Suhu oven sekitar 180 - 200 darjah Celsius.

2) Lapisan pertama - api atas bawah, lapisan kedua hingga akhir api atas (grill) jer.


4 comments:

Anonymous said...

Salam saudara rozzan. saya pengunjung setia blog saudara dan telah mencuba banyak resipi saudara, semuanya menjadi dan sedap.
saya minta izin untuk letak link ke website saudara di blog saya untuk menyenangkan saya mengikuti blog saudara.Didahului dengan jutaan terimakasih.

lomri said...

Bro klau pakai oven baby belling , pakai grill no brape?

BR said...

BR > anonymous
Terima kasih atas perhatian anda ttg blog ni. Alhamdulillah, saya gembira anda berjya mencuba resipi2 kat sini. Nak link, silakan sis. Semoga lebih ramai lg yg akan dpt manfaatnya, Insya'allah.

BR said...

BR > lomri

Maaf yer, bab Baby Belling ni saya kurang arif sbb saya tk pernah gunakan oven jenis ni. Mungkin anda2 yg di sana tu, yg biasa menggunakan oven Baby Belling ni dapat membantu ya.