Followers

Friday, April 17, 2009

SALAM

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini. Maaf dipinta di atas penutupan blog ni pada beberapa hari yg lalu. Sebenarnya, ada kengenkotan sket dan sbb tu blog ni 'ditutup' sebentar. Sekedar muhasabah diri samada betul ke nawaitu saya dlm tujuan membuka blog ni.

Saya bukan seorang pakar masakan, bukan seorang guru dan tidak pun mempunyai sijil2 yg dapat digantung utk membuktikan kebolehan saya utk menyediakan hidangan2 atau juadah. Namun tekad saya membuka blog ini (tak tau lagi lah sampai bila...) ialah utk berkongsi dengan anda-anda semua yg mempunyai minat yg sama, tak kiralah yg baru berjinak-jinak atau pun yg dah terror. Sekedar berkongsi pengalaman, dan di samping itu, mengarkibkan hasil usaha saya dlm bidang ini utk tatapan/sumber rujukan di hari muka. Saya berharap saya selalu di landasan yg betul.

Pernah dulu saya menerima email yg sangsi ttg posting2 yg saya buat. Beliau bertanya samada "betul ke semua ini awak yg buat" atau saya sekedar menempekkan resipi dan gambar. Dan recently, ada seorang hamba Allah ni (hanya anda saja yg tahu siapa anda) meninggalkan komen kat posting2 di blog ni. (rujuk ke posting bab Talam Suji, Talam Cendol, Talam Jagung)

Salah satu contoh komen dari beliau yg berbunyi begini,

"kuih muih ni mmg sedap.. tp i xteringin lgsg nk cuba kuih2 u... resepinya byk yg xbtul. klu btul2 resepinya bagus, kuih2 u xkn ber-ombak2. ni x semua nmpk lembik... warna pun xcantek. i hairan mcm mana u bole yakin nk letak gmbr2 kuih u kt sini. sory, i ckp untuk kebaikan u. byk kn lg kursus... pergi tgk kuih2 kt kedai2. bandingkan... jgn main hentam keromo je... pergi tgk kuih2 kt nyonya colours, dr situ u bole kembangkn lg idea u.... sory, jgn marah.....

Saya rasa setiap orang boleh dan harus menerima kritikan tapi ianya haruslah sesuatu yg membina. Ada pendekatan yg lebih halus dan sopan utk menegur! Blog ini saya buka utk anda semua yg berminat dlm bidang yg sama. Jadi, kalau anda (khususnya penulis komen ini) tak suka sgn apa yg saya paparkan dlm blog saya, jawabnya senang jer! Kalau dgn menjenguk kat blog saya akan membuat anda mengeluarkan kata2 seperti di atas tu dan menambahkan dosa anda, lebih baik jangan masuk ke blog saya. Walau apapun, saya dah maafkan anda. Mungkin anda tersilap kot! Makumlah tiada yg sempurna melainkan Allah SWT.

49 comments:

MamaFaMi said...

Salam bro. Mama harap bro banyakkan bersabar dalam menghadapi situasi yang sedemikian. Bro tahu mengapa blog ini diwujudkan dan untuk siapa ianya diwujudkan. Jadinya, teruskan usaha bro kerana yang mendapat manafaat dari blog bro ini lebih ramai dari hanya segelintir yang tidak. Mungkin niat saudara kita itu baik, cuma approachnya aje yang kurang tepat. Wallahualam....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

bro rozzan

Hairan saya dengan kritikan si polan ni...apa masaalah dia ni...kalau dia rasa dia cukup berilmu,bukak lah satu blog dan pamer kan hasil kerja kamu...its your blog and you can di anything you like! Sama lah dengan bloggers yang lain..Orang lain nak tengok dan baca ..sila kan..kalau tak suka..tak usah baca,,senang jer rules dia....
Jangan cepat putus asa rozzan,banyak lagi orang macam ni kat alam blogger ni...akan ada banyak lagi komen pedas akan di terima..lupa kan saja mereka ni...pada saya yang pernah mencuba resepi you ni..saya tahu anda ikhlas dalam memberi..semua nya menjadi dan sedap...

Ceria selalu rozzan...Have a nice weekend!

Noor Rikha said...

assalamualaikum en rozzan,
saya dah baca semua komen kat 3 entritu.

Pandangan saya:

Pertama:
Yang penting niat kita. Jika kerana Allah, ikhlas jangan peduli sangat apa orang kata. Kita tahu kita tak buat salah. Yang penting kita tahu Allah tahu.

Kedua:
Saya kesian juga kat orang tu. Mungkin dia ikhlas cuma tak tahu cara yang hikmah nak tegur orang. Dah memang cara dia kot dario dulu kini dan selamanya. kalau memang dia tak ikhlas, mungkin sebab dia dengki sbb tak pandai mcm en rozzan. ambil yang bpositif ajela

Apa-apa pun teruskan perjuangan en rozzan ni. Secara peribadi saya kagum dgn en rozzan hingga saya link blog en rozzan kat blog saya tanpa izin. Sorry ye. Ni nak minta izin sekali la ni.

Cemburu pun ada sbb tak pandai mcm en rozzn terutama tang kek lapis sarawak tu tapi cemburu yg positif la.

murni said...

Salam Bro....last few days tersentak saya bila tak dapat enter your blog......let them say what ever they want....Untuk orang2seperti saya berterimakasih banyak2...kerana dengan adanya BLOG seperti ini....banyak yang saya pelajari.....maklumlah ilmu saya tak seluas anda dan teman2 yang lain...terima kasih.....

Mira Marlena Abdul said...

Salam Bro Rozzan..
Saya dah jadi pembaca senyap sejak setahun lebih..banyak idea2 dari Bro yg saya kagumi sebenarnya...tentang comment yg kurang menyenangkan tu saya harap Bro tidaklah terlalu mengambil serius sebabnya asalkan kita tahu apa yg kita buat Allah lebih mengetahuinya...dan saya rasa orang-orang mcm ni tak perlu dilayan sangat sebab lagi kita melayan lagi diorang akan tahu kelemahan kita.Semoga Allah akan terus memurahkan rezeki Bro and family atas sudi berkongsi resepi yg enak belaka di blog ni.Kuatkan iman dan tabahkan semangat!!!

Wassalam

beattey said...

Salam Bro...

harapnya Bro bersabar...orang macam ni memang ada dikalangan kita...tak boleh tengok orang lain senang, bahagia, gembira...

dan sebenarnya...si pemberi komen tu sendiri yang tak mampu nak buat macam bro....cuma tahu cari kesalahan orang lain..dia memang tak tahu erti sharing is caring...kesian kat dia yang lemah ilmu kemanusiaan....sesamalah kita doakan agar si pengomen tu diberikan hidayah dan petunjuk...

Setelah membaca semua komennya dan saya diagnos...dia sebenarnya pengidap penyakit hati....

Maz Mazlan said...

Salam Bro. saya slalu masuk ur blog tapi tak pernah komen. ada byk jugak resepi disini yg saya cuba & menjadi :). resepi yg bro bg mmg menarik. frust jugak beberapa hari tak dpt masuk ur blog. alhamdulillah skrg dah ok. biasalah bro org komen komen tu. kuih kita masak kat rumah dgn kedai mmg la tak sama. kat kedai tu slalunya warna & rupa menarik tp rasa tak sesedap mana pun. tp masak dirumah rasa insyaallah air tangan kita mesti sedap. teruskan blog u ni bro. u mmg ada ramai pengikut.

2nik said...

salam abg rozzan...Alhamdulillah.....terkejuzzzz 2nik jap dan frust sbb dah bbrapa hari tak dapat jengok blog abg....kpd abg rozzan,org mcm tu jgn di layan...2nik lagi tabik pd abg rozzan di atas kepakaran abg dlm hal masak memasak ni..semoga Allah murahkan rezeki dan menambah ilmu memasak pd abg..

Suhana said...

Salam bro...

Biasalah manusia ni.. tak bole nampak kesenangan orang lain.. pedulikan mereka... yang pentingnya awak ikhlas berkongsi ilmu u know.. i dah banyak mencuba recipe u and the results was tremendous! Jgn letak ur blog to private lagi eh!!! hahaha

Anonymous said...

Salam Bro Rozzan,

Jangan ambil hati dengan orang2 yang tak senang dengan kemampuan orang lain.

FYI saya selalu menikmati segala yang di-postkan di-sini.

Keep posting more ok :)-


Salam ceria,

Zainab

Jun said...

Salam BR...biasa lah perkara2 mcm ni..jun pon pernah kena jugak..ntah brape kali gak rasa mcm nak stop aje blogging...tp bila memikirkan niat asal tu nak share pengalaman sbb tau jun bukan terer masak pon n pernah merasa susahnya nak dpt ilmu masak2 nak2 plak ade segelintir yg agak susah nak bg resepi tu yg buat jun rasa..x per lah, telan ajelah...bukan cr keuntungan ape pun, just nak share aje ngan kengkawan...cuma rasa terkilan aje kdg2...apepun, sabar bro...yg penting kita ikhlas kan?

Anonymous said...

salam, BR resepi yg saya ambil kat sini semua menjadi & best...saya bukan seorg yg pandai masak..dgn blog yg macam ni saya belajar..so jgn putus asa dgn komen hentam kromo ni..selalunya org yg cam ni punya sakit dalaman yg harus diubati seblm sakit tu memakan diri sendiri..semlm suami saya tanya BR tak kuar resepi baru..dia suka sgt resepi yg saya ambil dr sini...so teruskan usaha BR yg byk membantu org yg macam saya....Allah bless you. Sitiasma..Jeddah

sya said...

ya Allah, ada jugak org mcm ni..peliknya...sy ni drp zero psl masak2 ni skrg dah blh masak walaupun tak mahir lg. ni semuanya pasal blog masakan...janganlah Bro ambik pusing dgn kata2 mcm nih...semuanya nak melemahkan semangat org je...

Azizah said...

Salam pada Abg Rozzan, sungguh menyedihkan perkara seperti ini berlaku dalam masyarakat kita sesama Islam namun sabarlah ya. Allah maha mengetahui keihklasan Abg Rozzan hendak berkongsi resepi di blog anda. Saya suka sekali ke blog ini. Saya sedih bila berapa hari yg lepas bila tak dapat menembusi blog ini. Mudah-mudahan Abg Rozzan akan teruskan berkongsi resepi di sini ya. Saya dan yg lain yg ihklas berminat akan sentiasa memberi sokongan pada Abg Rozzan. Syabas :)

Mira Marlena Abdul said...

Salam sekali lagi Brother Rozzan,

Saya cuma nak tambah beberapa perkara shj di sini.Bro boleh tengok sejauh mana orang macam ni bertindak,kalau dah berlebih-lebih sangat,worry no more.Negara kita semua ada undang-undang kan?Jadi kalau ada di antara manusia di luar sana yg buat lagi macam ni,saya rasa boleh buat report dan i think they can trace the IP address and catch whoever the culprit.Tapi sesungguhnya kita taknak la sampai ke tahap tu.Tahap kesabaran ada hadnya..bila dah capai sesuatu limit di mana tak boleh nak tolerate,ini shj caranya nak mengajar orang-orang sebegitu.
Saya rasa hairan jugak kenapa dia cuma komen mengenai kuih talam Bro?Dan bila saya google 'Nyonya Colours' keputusannya ialah semua kedai tu terletak di Malaysia.Sama ada that person is from Malaysia ataupun dia berasal dari negara lain tapi telah ke Malaysia.Dan mengikut ejaan tu saya rasa(cuma rasa shj) mungkin dia dlm pertengahan umur...but that's not important..memandangkan Bro dah pun memaafkan orang tersebut.
Tapi kalau boleh janganlah tutup blog ni..banyak lagi ilmu dan cara masakan yg perlu saya timba dlm blog ni.Jadikan sesuatu cemuhan dan tohmah itu sbg cabaran dan saya percaya orang tu takkan nak buat macam ni sampai bila-bila.Sampai satu tahap nanti pasti dia akan rasa bosan ataupun ter'kantoi' dgn perbuatannya...kalaupun bukan Bro yg buat police report, maybe org lain yg berani akan buat macam tu.
In the meantime,bersabar dan teruskan ber'blogging' dan postkan resipi yg enak utk kami di sini cuba!!!

Thank U and Wassalam

Cik Kal said...

Hello Bro, terus kan yr blog ya! Kekadang kalo saya nak masak mesti masuk your blog, banyak idea betol.
Semua recipe menjadi.
Kepada yang irihati tu jangan lah cemburu dengan Bro. Dia setakat sharing with us. Nobody is perfect. Please show us your 'Nice' kuih Talam picture (If you want to compare/proof ler) Ashik mengata je. So to...dear Mdm/Mr Irihati.tak bertempat.com buzz off if U not happy YA! Jangan masuk blog ini lagi!:P

Anonymous said...

Phewww...Alhamdulillah, ingatkan betul2 dh kena block rupanya berjauh hati. Biarkan jer la org2 yg mcm tuh bro...sian kat dia ek, kurang kerja agaknya tu...TAPI...BRO KENA JANJI, TOLONG JGN GIVE UP! JGN PENCEN NANTI SAYA NANGISSS...DH TRY LOPES TU..MMG SEDAP, KENYAL DAN RASA MACAM MASIH DI GEYLANG SUATU WAKTU DULU...Kdg2 makanan pun boleh buat kita terawang2 kealam penuh nostalgia kan bro...huhuhu...salam ukhwah buat isteri dan anak2 bro ek.

JANGAN PENCEN SAMPAI BILA-BILA!!!
JANJI TAUUU!!!!

Anonymous said...

cambung cikit lg bro...

bro, lopes tu saya ikat 3 keping sekali, sekali tu bila anak saya tengok dia nangis2 taknak makan walhal lopes tu favourite dia (dulu pernah sekali jumpa 'lopes s'pore' nih, sekeping 90 sen! dah teringin sgt belilah jugak 10 kpg, sedaplah jugak, lg pun anak2 suka).

bila i tanya kenapa taknak makan lopes fvrite dia tuh? Apa dia jawab?

'sebab mama buat bentuk symbol yahudi!!!...'

Thee....barulah perasan! manalah sengaja.. dh mmg begitu cara ikat dia kot, kalau susun sekata nanti takut terburai masa rebus...ada cara lain tak bro? payahlah bebudak sekarang ni kan? kan?

Anonymous said...

ada cikiiiiit lg,

perah santan guna air sejuk,
masak gulai ciliapi siput sedut;
kalau my rozzan dah mula merajuk,
takut semua kuih talam makin berkedut....

hehehee...happy tak?
happy sunday....

Anonymous said...

hi bro,

lega saya..ingatkan betul la da kena lock blog u ni..ingat kan u lock da tak sudi kongsi recipe dengan kita..saya da cuba banyak recepi bro dan alhamdullilah semua menjadi! terima kasih banyak2 allah saja yang balas kerja murni bro ini..amin .. saya pun rekomen rakan2 kerja to try yr recipe,they sudah pun tahu pasal yr blog!bro keep up the gd work!orang yang jealous tu, pse kita kasi komen yg membina bukan mengutuk faham! macam mana orang melayu nak maju!

again tks a million bro!
misriah

Lynna said...

salam bro////this is my 2nd visit to ur blog....pedulikanla org dengki mmg ramai dlm dunia ni...keep up the good job....byk wo pahala masak bg org makan kan? huhuhu

mamazieza said...

apa yang kita buat bukan mintak dipuji.. kita buat dgn ikhlas utk berkongsi.. kalau mereka2 tu dah pandai buat tpi tak mau kongsi.. ada hati nak berdengki.. itu laa penyakit orang yang tak reti tapi berlagak.. atau orang yang pandai tapi berdengki...jgn buat mama terkejut lagi ekk. hehehe.. insyaAllah.. ada masa kita jumpa di bulan Julai nanti.

mohamad said...

Buat do no saja. Niat ikhlas kerana Allah.

Anonymous said...

LIHATLAH DUNIA!!

KAMI SEMUA SAYAAAAAANG BROTHER ROZZAN
HIDUP BRO!!
NEVER SIMPLY GIVE-UP OK!

rozana.

Waterlily said...

Salam BR

Kalau betul blog ni nak ditutup, memang terkilan la Wlily kat Abu Dhabi ni, coz sebab blog ni la I start berjinak dengan cooking, baking and blogging :-)

I am giving si polan tu a benefit of a doubt. Mungkin niat dia baik, tapi penyampaian nya ada kureng sikit. Kalau nak bagi nasihat atau idea membina apa salah nya menggunakan perkataan yang elok di baca - tapi itu lah hakikatnya, manusia ni rambut sama hitam, hati lain lain.

Biarkan lah dia, and teruskan usaha BR dalam berkongsi pengalaman dan resipi di blogsphere ni..

makcikkantin said...

woish bro rozan, welkam back!
hari tu buka, tetiba je kata kena approval...ingatkan pasal makcik dah tempek gambar talam keladi bro yg cantik tu kat blog saya sbb nak bezakan ketidakcantikan talam ku berbanding dgn bro punya.
alhamdulillah.....makcik hv this to say, kita buka blog untuk share infomation, pass time, find friends, be happy.
bersabarlah bro, we r with you, GO BRO

Bro Rozzan (email: zan2611@yahoo.com) said...

BR > All my fellow brothers & sisters


Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah swt kerana sokongan, rangsangan dan minat anda terhadap blog ini.Sesungguhnya, I'm touched by your gestures and kind words. Insya'allah, jika masa dan kesihatan mengizinkan, saya akan terus berkongsi resipi dgn anda semua. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan terhindar dari sifat2 yg sama sekali tidak mencerminkan keperibadian seorang Muslim, Insya'allah.

Salam ukhuwah dari saya.

rinnchan said...

Sharing is caring... Sebab itu kita boleh nampak lebih ramai yang menyokong niat murni dan ikhlas Bro berbanding yang segelintir ini. Hanya mereka yg faham erti perkongsian yg sebenarnya sahaja yang tahu menghargai. Kuatkan semangat dan ceria-ceria kembali ya. Biarkan lah Siluncai itu terjun dengan labu-labunya.....

Dee said...

Kepada Abg Rozzan,

Dee harap abang tabah dan masih kongsi resipi! Dee banyak cuba resipi abang dan kebanyakkan nye sedap walaupun warna dia tak menyerlah ker wajah kuih tu tak selera ker, Dee dan mak suka ngn resipi abang Rozzan!

Apa... kuih atau masakkan lauk yang nampak jumbu tu... rasa dia mesti sedap ker?! Selagi lum cuba selagi itu kita belum tahu. Jadi kalau diri sendiri taknak cuba jangan lah kita membuat critikkan yang buruk kepada orang yang sudi berkongsi resipi.

Sekain dari,
Dee
Aneka Rasa Forumer

Anonymous said...

i like yr blog...very useful...i think the one gave u the remarks is jealous of u..if tk suke jgn lah msk yr blog n read..rite??? aniway i ve tried few of yr recipe so far semue jadi...fm:lin

Yatie SawaNiLa said...

apasal dia kritik mcm tuh....
biarlah bro... maybe dia "pandai "masak kot... jgn dia kutuk resepi saya plak, saya ni tak pandai masak

btw, I dah try some of bro punye resepi ok jer... lagipun i like ur blog sbb satu satunye blog masakan singapura... (i kan separuh s'pore, separuh malaysia)
whenever i miss my nenek and mak/makanan singapura, i masuk sini cari resepi. tapi normally saya buat pengolahan sbb certain ramuan takde kat KL

rossalle said...

Bro komen yg tak membina tu buang jauh-jauh.yang penting hati mau baik. Ikhlas berkongsi ilmu insyallah ada balasannya..

Anonymous said...

Bro, jgn peduli apa org nak kata, teruskan usaha. I am yr silent reader.

Kepada sipolan, I challenge u buat mcm bro kita ni. Come on show us yr food blog, we wld like to try yr perfect marvellous recipes.

Lolozh04 said...

Salam,

Sampainya hati orang itu...Jangan putus asa teruskan usaha anda...saya suka blog ni walaupun saya cuma seorang pelawat dalam diam...banyak ilmu yang saya dapat dari sini...terima kasih banyak-banyak

Anonymous said...

Salam Bro Rozzan, jangan ambil hati kritikan dari orang yang punya penyakit dengki tu....pada pendapat saya, blog bro sangat berguna terutama kepada orang yang baru belajar seperti saya...saya telah mencuba beberapa resipi bro, kesemuanya sedap2 belaka, terutama resipi kek coklat bro....syabas bro dan terima kasih kerana sudi postkan resipi kuih lama2....

ayumi.rina@gmail.com said...

Salam abg rozzan

Yes,Yes,Yesssss! You are back!

I had thought that you excluded your blog-readers like me, who only asked few culinary questions now and then.The moment I could not access yr blog, I regretted one thing...that is,for not giving you my email address to access yr blog.


Abg rozzan, cheer up. I believe such comments do exist in the cyberworld. What with being 'Anonymous' gives one a security, albeit false, to not being find out. Ignore them although, from your post abt it, that those comments were hurtful.
It happened to aunty yochana too.

Honestly yr blog has spurred interest in me to try out recipes myself. I prefer baking than cooking though.

Before 2006, bila suka or crave for cakes, traditional kuihs, rina tahu beli je or order from kawan/relatives.Sometimes, rasa dia was not to my taste. Nak buat, tak tahu cara or qty...sebab malas. Now, tengok je blog abg,rina cuba separuh adunan je.Bila confident sikit, adjust rasa.. I learn.

Abg rozzan tak lokek ilmu. I, like the rest, benefit from that. Intangible benefit... I remember how pleased I was with myself baking Bingka Ubi Kayu...hehe big deal..:P, becoz it is one of my favourite kuih... rina cuba recipe abg.See? Making ppl happy dah baik utk abg.


Cheer up & Wassalam,

Rina
Brunei

Manis0771 said...

Salam Bro, saya dah lama tak masuk blog abang. Mcm2 rupanya yang saya miss. Walaubagaimanapun, through your blog I telah memberanikan diri untuk mencuba berjinak2 dgn kuih melayu, talam ubi, talam keladi, talam jagung and many more yang sudah cuba - semuanya menjadi. Nak belajar dgn mak, takde sukatannya, so I'm so grateful that you have provided us with the correct ingredients and instructions, so what kalau talam tu gelembung ke, terbanyak warna ke, kita yang buat kita punya suka lah.. hopefully abg rozzan akan teruskan niat you, sorang yang mengutuk, ramai yang mendoakan kesejahteraan abg rozzan.. semoga sukses selalu bro!!

nik & cg mai said...

Salaam bro,kami mmg dah lama jadi peminat laman bro. dah lama kami ikuti walaupun kami jarang meninggalkan footprints :). dua-tiga tahun ada kot dan kami dah banyak cuba respi2bro. your kuih's appearances memang typical kuih melayu mak2 yg original :). berombak dan tak straight sebab lembut tak keras!ha3. Untuk pembaca2 yg kurang berkenan ke, sakit hati ke dgn bro ni, kalau ya pun harap tunjukkan sikap peradaban melayu dlm berbicara. harus disulami kesantunan. (**pst this reminds us of a scenario where an acquaintace was scolded by her cooking teacher for opening another cooking class...get it? macamlah kalau kami ni guru yg marah murid kerana dia ingin jadi guru sekolah juga...kah3)...take heart bro...we know you are sincere...org2 macam ni mengingatkan kita betapa untungnya kita beragama Islam yg menganjurkan kita banyak bersabar dlm menempuhi cabaran dlm kehidupan. Kita mesti re-frame all this negativity kepada sesuatu yg positive. Barulah kita akan sentiasa jadi Melayu Maju! ;)

Ima MY said...

Salam,

One bad/negative comment doesn't mean anything...

Just focus on hundreds of other great & positive comments you've received...

Keep up your great effort!

And, Thanks for sharing!

lin said...

i just read this entry. I'm a big fan of your blog and I'm very impressed that a guy can actually cooked up such a storm!

MaNjE said...

salam bro..
manje mmg kagum la dgn bro nie
sbb manje yg pompuan ni pn tak
pandai masak sgt..malu den..huu..
ape2 pun, keep it up ok?
wslm, ~manje~

Khumairah said...

Salam bro,

Banyakkan bersabar dengan kerenah org mcm ni. Taruh kat tapak kaki aje. Apa yang penting niat baik bro untuk berkongsi ilmu sesama manusia. Sepanjang perjalanan saya mencuba resipi-resipi kat sini semua menjadi Alhamdulilah. Teruskan bro dengan perkongsian ini.

Su Rahim said...

Salam Bro Rozzan...saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana membuka kembali blog ini...masa blog ini ditutup sementara tempohari, susah hati saya dibuatnya sebab banyak lagi resepi yang belum saya salin...saya memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada bro untuk meneruskan blog ini...saya amat berterima kasih kepada bro kerana resepi kulit karipap dalam blog ini amat tepat sekali sukatannya..setiap kali saya membuat karipap saya pasti gunakan resepi bro...harap bro tabah dengan komen2 negatif tu...dalam dunia ni memang banyak orang sakit jiwa...teruskan usaha murni bro ini...

BR said...

BR > To All My Bros & Sisters

Salam semua. terima kasih sekali lagi di atas kata2 semangat dan perangsang dari anda2 semua. Insya'allah, selagi kesihatan dan masa berpihak kpd saya, akan saya terus menulis kat blog ni. Semoga kita semua dapat sama2 memanfaatkan ilmu yg dipinjamkanNYA kpd kita semua ya.

Anonymous said...

salam bro rozzan

kami akan kerugian dlm menimba ilmu masakan kiranya bro berundur. Byk sudah saya cuba masakan2 yg bro paparkan, esp kek2 lapis tu..mmg menjadi. abaikan komen2 yg tidak membina tu ya bro. terima kasih kerana masih mahu lagi berkongsi ilmu...salam dari fadzilah, terengganu

switmama said...

Salam BR,
Seperti yg lain, saya pun terperanjat/sedih bila tak dpt membuka blog BR. Alhamdulillah,mujur blog BR sudah kembali seperti biasa. Utk pengetahuan BR, blog BR nie telah membuka hati saya utk mencuba resepi2 yg di paparkan. Dulunya saya mmg tak minat memasak & membuat kuih. Trimakasih...Kata akhir dari saya, "Those negative words won't kill you but make u stronger". Keep up the gd work. Semuga Allah membalas kebaikan BR. Switmama

rahayu said...

Salam bro.....
baru berapa minggu tak singgah kat blog bro ni dah macam macam yang terjadi.....hish hish hish....ini la manusia, tak pernah senang tengok orang lain berjaya atau lebih pandai dari dia....bro, teruskan aje blog yang byk manfaat ini....byk ilmu yg blh dpt dari your blog....saya sendiri kalau tak dpt singgah kesini rasanya mcm ada yg kurang gitu...saya doakan bro semakin mahir dlm bidang memasak ini dan segala kata kata yg dilontar pada bro...jadikan ia api yg akan membakar semangat bro.....all the best and have a great week.....

p.s: saya belajar brownie dari your blog dan skrg alhamdulilah brownie i jadi kegilaan ramai.....thanx bro

Anonymous said...

Salam BR,

Dah lama jugak saya layar blog BR, sejak saya terjumpa blog ni secara tak sengaja dulu..baru ni first time letak komen..

dah banyak dah resipi dari bermacam2 blog saya cuba..alhamdulillah banyak yg menjadi, ada jugak yg tidak..mungkin saya tersilap kot.. saya rasa tak patut salahkan tuan yg share resipinye, coz of the reasons yg BR dah post tu lah..

umm...ada quite a few resipi BR yg saya dah cuba, and its really good..menjadi dan dapat pujian org even though first time saya try..your instructions and tips are really well put..

so, tujuan saya tulis ni nak beri sokongan kat BR, hopefully you will continue your generous work..tak payah lah dengar kata2 org yg mcm 2 kan.....

ur blog is in my favourites now :) and aper2 resipi baru yg saya nak try, honestly, this is the first place i will turn to..

Many thanks
Sha - Tampines

BR said...

BR > Fadzilah/Switmama/Rahayu/Sha

W'Salam.
Terima kasih sekali lagi atas perhatian, sokongan dan kata2 perangsang anda semua. Mudah2an saya diberi kekuatan dan kesihatan agar dapat terus berkongsi dgn anda2 semua, Insya'allah.