Followers

Monday, May 18, 2009

PERMINTAAN RESIPI - BOL KENTANG

Salam semua. Seberapa terdaya, saya akan cuba memenuhi permintaan resipi yg anda kemukakan. Kepada sesiapa yg permintaannya belum saya penuhi , diharap bersabar yer! Insya'allah kalau ada, akan saya updatekan kat blog. Seperkara lagi, saya juga cuba memberikan kpd anda resipi2 yg sumbernya saya yakin boleh dipercayai , Insya'allah.

Kalau tak silap, sdri marsitah yg request resipi ni..


BOL KENTANG
sumber foto & resipi : Puan Asmah Laili

BAHAN "A"
2 kg kentang, digoreng separuh masak dan tumbuk
100 g biskut tawar, ditumbuk halus
½ cawan bawang goreng, diramas
1 sudu teh lada putih
¼ sudu teh serbuk pala ………(kesemua bahan digaul rata)

3 biji telur
Minyak ……… (Utk menggoreng bol)

CARA UNTUK BAHAN "A"
Kentang yang ditumbuk, dikepal bulat-bulat , ditengahnya diisi inti daging. Pukul telur dengan sedikit garam. Celupkan bol dan goreng sehingga kuning dan garing. Angkat dan toskan.


BAHAN "B" (inti)
600 g daging cincang
2 biji bawang besar, didadu
2 sudu makan rempah kurma
Garam secukup rasa
8 ulas bawang merah dikisar halus
5 ulas bawang putih
½ jari halia
½ jari kayu manis
4 kuntum cengkih
4 biji pelaga
1 sudu teh lada putih
½ sudu teh lada hitam


CARA UNTUK BAHAN "B"
Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan bahan kisar,
rempah kurma dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan daging cincang dan sedikit garam. Masak sehingga kering.


BAHAN "C" (sup)
500 g tetelan lembu
1 kilo rusuk lembu
2 biji bawang besar, dihiris
3 biji tomato, didadu
3 sudu makan tomato puri
½ jari kayu manis
4 kuntum cengkih
4 biji pelaga
4 sudu makan kicap masin
4 sudu makan kicap manis
Gula dan garam secukup rasa
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 jar halia
1 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh lada hitam


CARA UNTUK BAHAN "C"
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu. Masukkan bahan kisar, cengkih, pelaga dan kayu manis. Apabila harum baunya, masukkan daging rebus dan tetelan bersama air rebusanya sekali. Tambah lagi air jika perlu. Masukkan kicap masin dan manis, tomato purl, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga dagingnya empuk dan enak rasanya. Masukkan pula tomato dadu.


HIASAN
Secekak daun salad, dihiris
Hirisan timun
Kacang peas
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal cili padi


CARA MENGHIDANG
Letakkan sebiji bol kentang didalam pinggan mungkum. Tuang secukup sup dan hiaslah dengan bahan-bahan hiasan serta sedikit sambal cili padi. Enak dimakan panas-panas.

2 comments:

Anonymous said...

Thanks Bro Rozzan, I make this Kentang Bol yesterday. Wow! it taste so good. However I mixed the ground beef together with the mashed potato.

You are one of my favourite food blogger, I always look up at your blog for idea. Thank you once again. May Allah shower you with more rezeki and good health, ameen.

BR said...

Hi. Thanks for the feedback. Hope it will spur others to try. Alhamdulillah, & once again TQ fr visiting my blog and Amiinn..... for your doa.