Followers

Tuesday, November 09, 2010

KEK LAPIS OREO COOKIES & CREAM




Bahan-Bahan:

450 gm mentega

150 gm gula halus

1 sudu teh ovalette

10 biji telur (saiz besar)

120 gm sekaya

1 tin (390 gm) susu pekat manis

100 g Horlicks

280 gm tepung HongKong

15 gm serbuk koko Hersheys

sedikit pewarna coklat

170 gm biskut Oreo (setelah dibuang krim dalamannya)-di patah2kan

6 keping cokelat Hersheys Cookies & Cream (dipotong kecil2)




































Cara :
1) Pukul mentega , gula dan ovalette dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).

2) Masukkan telursebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati.(kira-kira 4-5 minit)

3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata.

4) Perlahankan lagi speed dan masukkan tepung HK, dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer.

5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:

i) 1 bahagian dibubuh serbuk koko dan pewarna coklat.

ii) 1 bahagian lagi biar plain

6) Ambil 2 senduk adunan plain lalu diratakan dlm loyang yg telah dialas dgn kertas tracing dan digris. Bakar hingga masak (api atas bawah) dgn suhu kira2 180 -200 darjah Celsius.

7) Selepas itu, ratakan 2 senduk adunan cokelat ke atas lapisan plain tadi dan taburkanlah potongan2 kecil cokelat Hershey’s tadi di permukaan. Bakar sehingga masak.

8) Seterusnya, ambil lagi 2 senduk adunan plain dan ratakan di atas l

apisan coklat tadi. Bubuh pula biskut Oreo dan kemudian dibakar. Buat begini sehingga adunan selesai


30 comments:

Yana said...

Sy Dah bnyk try kek lapis Bro nie..semuanya sedap2 belaka....Tak sabar nak tunggu resepi yg nie pulak..nak try buat...hehehe.....

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnye abg rozan kek lapis tu...sy mmg peminat kek lapis,giler2 minat tapi xpenahnye buat,huhuhuu....

Eza Faezah said...

Sedapnye bro... resepi dlu2 pun lum sempat try lagi... hehhe

mamawana said...

sedappppp tuuuuuuuuuuu........

BR said...

BR > Yana
Thanks Yana. I'm glad anda pun berjaya membuat kek2 lapis yg saya paparkan dlm blog saya. Anda juga berbakat!

BR said...

BR > Mimiey
Mimiey, cubalah buat. 1st time buat 1/2 bahan dulu. Insya'allah menjadi...

BR said...

BR > ezanoor
Thanks sis. Heheh, jgn tunggu lama2....cuba buatlah. Rugi tau kalau tk cuba!!

BR said...

BR > mamawana
Alhamdulillah... tak mengecewakan. Berbaloi jika buat sendiri..

Rin Riali said...

hi bro, bole saya tau..sekaya tu ape?

hamiza said...

salam bro, terima kasih kerana sudi memberikan resepi resepi didalam blog anda dan memberi peluang kepada kami untuk mencuba. Nice taste :)

BR said...

Tii,
sekaya tu kaya- sejenis jem santan & telur (sapuan) yg kita sapukan atas roti/.

BR said...

Hamiza.
You're most welcome sis. Mekasih atas kunjungan anda :)

Rin Riali said...

thanks ah bro! nie mesti cuba! :D mekasih bebyk! :D

Rin Riali said...

bro, lagi satu.. bole pakai unsalted butter tk?

BR said...

Boleh, nak pakai unsalted butter pun orait.

Anonymous said...

saya berminat membuatnya tapi masalahnya saya tak tahu berapa lebah dan ketinggian loyang tersebut??

Jericho said...

Assalamulaikum bro rozzan,bro rozzan mnguna kn mentega apa?sekaya tu jnis tin apa?loyang bro gunakn tu brpa?brpa suhu n minit setiap lapisan?lapisan prtma tu guna apa atas dan bwh ke?dan lapisan kedua dan akhir guna api yg mna tu bro?tolong bls bro,,saya dari brunei

BR said...

BR > Marble Cake,

Anda boleh gunakan loyang 10" x 7" atau 8" x 8". Kalau anda xnak kek tu tinggi sgt, gunakan 9" x 9". Harap maklum.

BR said...

WS Jericho,

Saya gunakan mentega jenama SCS atau apa2 jer yg sedap, heheh.

Sekaya - boleh gunakan sebarang jenama yg dlm botol atau dlm tin asalkan sekaya.

Loyang - saya suka gunakan saiz 10" x 7" atau pun 8" x 8"

Suhu tergantung kepada oven anda, dari sekitar 180 - 200 darjah Celsius. Setiap lapisan lebih kurang 7-8 minit.

Lapisan pertama boleh gunakan api atas dan bawah. Lapisan kedua hingga akhir guna api atas jer.

Harap maklum :)

Anonymous said...

tq bro rozzan!!selamat berpuasa al-mubarak,disini saya ingin menyatakan saya telah membuat kek lapis oreo cookies n cream masya'allah rasanya terlalu sedap manis serta lemak tetapi bila saya bakar disekelilingnya masak yang tak sedapnya ditengahnya adunan tak masak mengapa bro adakah terlalu banyak oreo/terlalu berat cookies tersebut??anak-anak saya kata kek lapis ni sedap "yummy"..:)

Anonymous said...

Adakah loyang yang saya gunakan telalu lebah (9x9)?apa silapnya,insya'allah saya akan cuba sekali lagi sampai berjaya kata orang buat pertama kali selalu tak menjadi tapi kedua kali hasilnya berbaloi betul tak,bro rozzan...

BR said...

Marble cake,

Masalah kek lapis tk masak ditengah2 mmg sering juga berlaku. Perhatikan, bila anda melapis, setiap lapisan tu benar2 masak. kalau suhu terlalu tinggi, nanti lapisan kek akan lekas gelap tp belum masak. Then, anda kena turunkan suhu oven tu. Kalau perlu, masa membakar juga boleh di lamkan sket seperti 8-10 minit. Harap maklum ya.

Lyn said...

suke sgt ngan kek lapis... nk try buat pulak.. tp tk tahu lah... kt mne nk dpatkan tepung hong kong tu .. ade alternatif lain tk selain guna tepung hong kong

BR said...

Lyn, kalau xde tpg HK, boleh tukarkan kpd sebarang tpk kek. kira orait laa. CUba jgn x cuba yer!

Anonymous said...

T kasih yg x terhingga rozzan..cadang nk buat for my nieces's engagement..Allah bless yr good work

BR said...

BR > Anonymous

You're most welcome sis. Semoga sukses!

Anonymous said...

trima kasih bro rozzan atas resepi anda..naik lenguh tgn sy menyalinnya..mtk halal ye semangat nk mencuba mna tau leh wat bisnes lak tp sy tk pasti brpa harga yg sepatutnya utk kek2 sebegini ye..

BR said...

Mekasih kembali sis. Semoga sukses. Biasanya, kalau di Spore, kek lapis yg camni, berharga tak kurang dari S$45 krn bahan2 yg bermutu dan kerja2 pembikinan yg agak memakan masa yg lama. Harap maklum.

hanii said...

As salam bro.. Boleh lebih kn telor ke supya kek lebih lembut? Biasa saya buat kek, guna 20 biji kuning telor je.. Tpi kek lapis bro cuma guna 10 biji? Kenapa ye? Tak keras ke nanti kek tu? Thnk you :-)

Mohd Zambri Apen said...

Salam, kepada sesiapa yang hendak berniaga kek lapis boleh order oven kek lapis sarawak daripada saya. Layari blog www.zamtransportation.blogspot.com