Followers

Saturday, October 22, 2011

LAKSA LEMAK (NYONYA)



Actually memang dah lama nak buat Laksa Lemak ni yg selalu kami makan di Banquet Compass Point di Sengkang. Kat sana mmg sedap laksa ni tp semenjak dah bertukar org yg memasaknya... kualitinya terus menurun....dah kureng sedap. Pernah jugak makan di tempat2 lain namun xde yg berkenan di hati.

Setelah menelaah pelbagai resipi dari buku yg saya pinjam dari library ttg masakan Nyonya, saya rasa resipi ini - yg dah saya olah sedikit, dapat menepati citarasa saya. Bagi anda yg nk mencubanya, silakan yer!



LAKSA LEMAK


Bahan-Bahan Rencah

1 cawan cili kering kisar (15-20 tangkai)

1 sudu besar belacan

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

6 hiris lengkuas (kira-kira 1 inci)

2 inci kunyit hidup (atau 3 sudu teh kunyit serbuk)

3 sudu besar (bumbung) ketumbar serbuk

2 btg serai (dititik)

(Kisar semua bahan di atas sehingga halus kecuali serai)



500 gm udang (saiz sederhana)

750 ml air (3 cawan) -  utk merebus udang

½ hingga ¾ cawan minyak masak (utk menumis)

½ cawan udang kering (direndam)

1000 ml air (4 cawan) - utk kuah

1200 ml santan pekat (saya gunakan santan kotak KARA)

1 sudu besar garam (atau secukup rasa)

2 sudu besar gula (atau ikut citarasa)

secukup tahu pok (tahu kering)



1 ½ kg mee laksa (dicelur)

500 gm taugeh (dicelur)

4 keping fish cake (atau ikut rasa) - dihiris

secukup bebola ikan (kalau suka)

1 batang timun (di hiris)

1 cawan daun kesum (dihiris halus)

 10 biji telur (direbus)



Sambal

½ cawan cili kering kisar

15-20 btg cili padi (kisar)

sedikit belacan

sedikit garam

Satukan semua bahan dan masak sebentar di atas api sehingga ia pekat.



Cara: 

1. Didihkan 3 cawan air tadi dan masukkan udang. Kacau sebentar sehingga udang bertukar warna kpd merah/pink.  Keluarkankan udang dan buanglah kulit dan kepalanya bila sejuk. Air rebusan tadi diketepikan.



2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar bersama serai titik sehingga garing dan naik baunya. Masukkan air rebusan udang sedikit demi sedikit supaya rencah tk hangus.



3.  Bila rencah tumis dah garing, bubuh semua lebihan air rebusan udang, 4 cawan air dan santan pekat.  Sentiasa kacau kuahnya agar ia tidak ‘pecah minyak’. Akhir sekali, masukkan bebola ikan, tahu pok, garam dan gula. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Kecilkan api dan biarkan sebentar sehingga tahu tadi lembut.


Cara Menghidangkan Laksa: 

Bubuh secukup mee laksa ke dalam mangkuk. Hiaskan dgn udang, telur rebus, hirisan fish cake, taugeh, hirisan tmun dan daun kesum. Kemudian, tuang pula kuah laksa lemak secukupnya dan bubuh sambal jika suka.    




14 comments:

geraugebang said...

sedapnyerrrr....asam pedas kat bawah tu pun sangat mengancam...tetiba rasa nak cari ikan mayong...n nak buat laksa lemak...adoyaaaiiii tapi malas nak pi pasar...cam na?

Sofea said...

uiii sedapnya tgk laksa lemak niii..resepi x de ke bro..;)

Yati said...

alamak...sedapnya laksa lemak nyoya ni...dah berkurun tak makan...terliur la..^_^

BR said...

BR > geraugebang
Thanks :)

BR said...

BR > Sofea
Thanks. Resipi dah update k!

BR said...

BR > Yati
LOL.... thanks :)

azizah@cutemamadelicacies said...

Assalam BR.. thanks for sharing. resepi dan ramuannya lebih kurang mcm resepi turunan kzah,maklum la kita peranakan nyonya. My parent dulu ada gerai jual laksa nyonya. Kzah peminat setia ur blog. Kzak nk mintak izin link ur blog ke blog kzah ye.. thanks

rahel said...

laksa lemak nyonya selalubeli jew..pas ni bole cuba pulak resepi ni..

Hani in Canada said...

Salam Abg Rozzan ... alhamdulillah, ada rupanya resepi laksa yg tak menggunakan ikan. Kat sini yg byk ikan salmon ajer. Kalau udang tu mcm2 size ader ... hehehe. Hani mintak izin copy n paste. Tengkiu!

BR said...

BR > Kak Azizah

WS. Maaf kak terlmbt reply. Heheh... malu laa ;) akak org Peranakan, kalau msk laksa ni mesti lg sedapkan.. Apa pun nk link silakan kak :))

BR said...

BR > Rahel

Hah, sy da bg resipi, cuba tau! Dah pndai nt, xyah beli, buat jer sendiri :))

BR said...

BR > Hani

WS Hani. Laksa lemak ni mmg x gunakn ikan. For a change, I loike ....kalau u dah c&p, cuba buat tau! Kalau tk, rugi!!

Anonymous said...

Salam ... Bro R ...

Dah baca resepi , Laksa Lemak Nyonya , ada sebut UDANG KERING di rendam , lepas tu ..... dalam cara/ kaedah memasak TIDAK di sebutkan ...udang kering tu nak di buat apa selepas itu.. ?

Thanks.

Tukang Masak Amatuer ( Rauf - K.L )

Eunce Jaffar said...

Bang oii. Tengok aja dah meyelerakan. Tapi udang keing kena blender dan umis sekali ke? Saya ni tak pandai masak. Terima kasih Cik Rozan.