Followers

Tuesday, May 12, 2009

IKAN SIAKAP KUKUS (dgn mangga)

Ikan Siakap kukus ni menjadi salah satu hidangan kami pada malam ni. Sesekali, nak jugak makan secara 'sihat' - iaitu dgn kaedah mengukus. Sememangnya mengukus dan merebus adalah merupakan kaedah yg baik utk menjaga pemakanan kita secara sihat. Tapi, sesekali ok jugak lerr. Kalau selalu , hmmm.. susah gak sbb tekak dan citarasa ni dah terbiasa dgn masakan2 Melayu. Yuk, lihat resipi ni yg saya rasa mudah utk anda mencuba.




IKAN SIAKAP KUKUS (dengan mangga)

Bahan-Bahan
2 ekor ikan siakap (setiap satu anggaran 500 gm)
1-2 sudu teh garam (utk dilumur pada ikan)
2 batang serai (hiris halus-halus)
1 inci halia (hiris memanjang, halus)
1 inci lengkuas (hiris memanjang, halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
secukup cili padi
1 biji mangga yg masak (mengkal)
2 biji tomato (belah empat)
1 biji limau nipis (perah dan amil jusnya)
1 btg kecil lobak merah (hiris sprti lidi mancis)
8-10 biji cendawan shitake segar (dihiris kecil2)
1 biji kecil lada benggala (merah atau hijau)- potong ikut suka

Hiasan
Daun ketumbar atau daun saderi

Cara:
1) Ikan disiang dan dicuci bersih. Lumurkan dgn garam ke seluruh ikan dan bubuh dalam pinggan kukusan.

2) Kemudian taburkan kesemua bahan-bahan yg lain ke atas dan keliling ikan kecuali daun ketumbar/saderi. Susun mengikut citarasa anda.

3) Kukus selama 20 minit sehingga ikan masak. Hiaskan dgn daun ketumbar.


Nota:
Untuk mereka yg suka pedas, ikan ni pun boleh dimakan/dicicah dgn kicap manis yg telah dibubuh hirisan bawang besar dan cili padi.


No comments: