Followers

Sunday, January 29, 2012

TALAM SERI PISANG (Nagasari Fusion)

 
Salam Sejahtera. Agak lama juga dapur di blog ini tak berasap. Bukan kerana apa, tuntutan di tempat kerja dewasa ni memerlukan perhatian yg lebih. Apatah lagi, bila pulang ke rumah dah fatigue...tak larat...

Namun demikian saya masih juga memantau perkembangan dunia kulinari ini dan bersembang-sembang dgn kawan2 baik di FB ataupun di blog ini. Jika ada komen yg belum terjawab, harap bersabar yer.


Bagi diri saya, seberapa boleh, saya suka berkongsi resipi2 yg bermutu (insya'allah) di dalam blog saya. Juga, Insya'allah akan saya sertakan resipi2nya dgn terperinci supaya anda yg mencubanya akan berjaya menghasilkan sesuatu hidangan/juadah tu seperti saya.

Seperkara lagi, kalau dah blog kita ni dibuat public/umum... dan betul niat/nawaitu kita nk berkongsi resipi / ilmu yg dipinjamkan kepada kita oleh NYA, tulis jer lah resipi2 tersebut, heheh. Tak perlulah kita tunggu dan memberi hanya jika ada yg meminta secara privet. Tak rugi atau luaknya jika kita berkongsi ilmu dunia ni...

OK, berbalik kepada entry pada kali ini, iaitu Talam Seri Pisang. Sebenarnya resipi kali ini saya gabungkan (fusion) kuih tradisional Nagasari dgn dua lapisan yg berlainan perisa dan warna. Juadah ini pula dapat saya sumbangkan kpd Majlis Maulid di rumah teman sekolah saya semalam. Alhamdulillah, teman saya berikan feedback/review yg baik dari para tetamu yg datang.

OK, nak citer sketlah bab kuih2 talam tradisional ni seperti talam ubi, talam cendol, talam keladi dan juga kuih puteri salat/ serimuka, talam jagung, nangka. dan banyak lagi. Kuih2 begini selalu mempunyai lapisan atas yg lembut, lemak dan cukup manisnya.

Lazimnya kalau kita nak membeli kuih, contohnya puteri salat, pilihan kita selalu nak yg cantik dan sedap... dalam ertikata kuih tersebut mempunyai rupa, warna dan rasa yg enak. Tetapi rasa ni sesuatu yg subjektif laa. Tetapi dalam dunia kulinari, sedap selalunya memberikan gambaran ttg bahan2 yg digunakan bermutu, dan proporsi antara santan, telur, tepung dan gula adalah tepat/baik.

Sejak dari dulu lagi saya telah pelajari cara membuat Kuih Puteri Salat dari arwah ibu saya. Sebagai contoh;  utk membuat satu adunan./loyang kuih ini, yg basic/asas, bahagian atasnya, atau serikayanya, harus menggunakan sekurang2nya 6-8 biji telur, 3 cawan santan pekat, 1 hingga 1 suku cawan gula dan hanya 2 sudu makan tepung beras/tepung!! Bayangkan hasil kejadiannya nt... Very creamy, sedap tp agak terlalu lembut/lembik utk dipotong. So saya selalu adjust kan dgn menggunakan 5-6 sudu makan tepung. But I will not compromise on the taste!  Insya'allah tetap sedap.  Cuma bila kita potong kuih ini ia taklah secantik jika kita keraskan bahagian atasnya.

Tapi ada sesetengah resipi yg menggunakan sukatan santan yg sgt kurang (lebih air dari santan), tepung yg terlalu banyak dan telur yg terlalu sedikit... 2-3 biji utk satu loyang kuih. Hasilnya? Kuih yg sangat mudah dan cantik dipotong, cantik dipandang tapi adakah rasanya dapat menepati citarasa anda? Mungkin iyer atau mungkin tidak, terserah kpd setiap individu. Wallahu'alam.

Satu lagi, kalau anda tk nak gunakan telur yg banyak, anda boleh buat kuih2 talam yg langsung tak pakai telur seperti resipi Talam Seri Pisang ni.. Cuma, jgn lokek dgn santan pekat pula yaa... Kita nak makan yg sedap2 so bahan2 harus cukup ya :)  

Tetapi jgn tersalah tafsir. Saya berkongsi info ini sekedar mahukan anda semua menghasilkan sesuatu yg bermutu. Bukan utk anda mendapat pujian tetapi utk kepuasan diri anda krn telah berjaya menghasilkan sesuatu dgn terbaik mungkin, Insya'allah.

Akhir kata, salam ukhuwah dari saya- BR.  oopsss... di bawah ni resipi nya yer :)

 

 TALAM SERI PISANG

Bahan-Bahan

Lapisan Bawah
130 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
130 gm gula
1 sudu teh garam
½ sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.


Lapisan Tengah (Pisang)
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1200 ml santan ( 800 ml santan kotak KARA + 400 ml air)
120 gm gula
1 ½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilli

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.


Lapisan Atas
130 gm tepung beras
40 tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
140 gm gula Melaka (jenis baik)
80 gm gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna cokelat

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

6-8 biji pisang Raja yg masak ranum (dipotong-potong)

Loyang bulat 32cm/13 inci
(ambil sedikit minyak dan sapu rata2 pada Loyang .

 
 
Cara:

1.  Panaskan kukusan dgn secukup air. Gunakan api yg sederhana besarnya.  Sementara menunggu air mendidih, siapkan adunan lapisan bawah.
2.  Tuang adunan lapisan bawah ke dalam periuk. Ambil satu lg periuk yg kecil sedikit dan didihkan air ke dalamnya. Bila mendidih, tindihkan periuk berisi adunan tadi ke atas periuk air yg sedang mendidih dan kacaulah adunan ini selama 10 minit sehingga naik wap. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

3. Sementara menunggu lapisan pertama masak, siapkan adunan Lapisan Tengah  dgn kaedah yg sama. Cuma, bila dah naik wap, masukkan potongan2 pisang tadi ke dalam adunan dan kacau sebentar. Setelah lapisan pertama masak, baru tuangkan pula adunan pisang ini. Kukus sehingga 30-40 minit.

4. Kemudian siapkan pula Lapisan Atas juga dgn kaedah yg sama. Bila dah naik wap, tuangkan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 20 minit.

5. Setelah siap di kukus, buka penutup kukusan dan laplah permukaan kuih dgn tissue jika terdapat wap di atasnya. Biarkan betul2 sejuk, baru dipotong  mengikut citarasa sendiri.    

 




 Nota :

1. Kalau anda nk ringkas, kacau jer bahan2 di atas di atas api tapi gunakan api yg sederhana dan sentiasa kacau agar adunan tidak bergentel-gentel.

2. Pilihan warna terserah kepada citarasa anda. Mungkin anda boleh tukarkan lapisan bawah kpd warna hijau dan berperisa pandan.

3. Resipi ini menghasilkan 1 loyang bulat besar berukuran 32 cm. Kalau dipotong mengikut saiz yg saya buat, anda boleh mendapat kira-kira 90-100 keping kuih.

4. Kalau anda nak cuba sedikit dahulu, mungkin boleh di separuhkan adunan ini  dan gunakan loyang yg kecil seperti  24-26 cm.

 




Thursday, January 05, 2012

SELAMAT TAHUN BAHARU 2012 MASEHI

As-Salam semua dan Selamat Tahun Baharu. Maaf kerana dah lama tak update blog. Of late, mcm very busy dan mim alif lam sin jer... Kebetulan bulan Disember yg lalu pun ramai rakan sepejabat yg pergi bercuti. So, byk ler kerja di pejabat sehinggakan selepas pulang dari pejabat, lepak semacam jerr selalu. Jikalau pertanyaan anda belum saya jawab, harap maaf yer. Insya'allah saya akan cuba berikan reply sebaik dan secepat mungkin, jika masa mengizinkan. Apapun, kat sini saya nak share resipi Apam Polkadot, resipi yg pernah direquest oleh seorang pengunjung. Lama dah resipi ni "berada di pasaran" cuma saya jer yg blum try.

Resipi ini kiriman Cik Saadiah Johari, seorang kawan di FB dan ditukil dari Kongsi Resipi. Selamat Mencuba!

APAM POLKADOT
(Sumber Resipi : KONGSI RESIPI) 
Foto : Ikhsan dari Saadiah Johari

Bahan2
3 biji telur sejuk -dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry / strawberry atau apa2 ikut citarasa
pewarna


Cara:

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang. 
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna 

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih 
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas 

5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer.

6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan

Saturday, November 19, 2011

TALAM U3K


Sebenarnya, Kuih Talam kali ini merupakan adaptasi dari resipi Talam Keladi yg biasa saya buat. Tetapi, oleh kerana di rumah terdapat ubi kayu dan keledek Jepun, tercetus idea utk menggabungkan kesemua ubi kayu, ubi keledek dan ubi keladi tersebut di dalam resipi kali ini. Justru, saya namakan Talam U3K. Namun, kalau anda hanya ingin menggunakan hanya keladi, orait gak...

Untuk sesiapa yg berminat utk mencuba, silakan. Cuma resipi kali ini byk menggunakan telur..... so sesiapa yg sedang berdiet, boleh makan tp mungkin hanya sepotong dua ajer yer!





TALAM U3K (keladi/keledek/ubi)

Bahan Lapisan Bawah
150 gm ubi keladi
150 gm ubi keledek
150 gm ubi kayu  
(ketiga-tiga ubi ni dipotong dadu, kukus atau rebus hingga 3/4 masak)

200 gm tepung beras
50 gm tepung jagung
1250 ml santan cair (saya gunakan 500ml santan kotak KARA + 750ml air)
130 gm gula halus
1 sudu teh garam

Cara:
1. Campurkan tepung beras, santan cair, gula dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 15-20 minit sehingga ianya agak pekat sedikit lalu matikan api.

2. Kemudian masukkan ketiga2 ubi yg telah dikukus/rebus tadi dan kacau/gaul sebentar. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak. Ratakan dan kukus adunan ini selama kira-kira 20 minit.

3. Setelah itu, tuangkan bahan lapisan tengah serikaya ke atas nya. Kukus lagi hingga masak selama kira-kira 30 minit. Buka penutup kukusan dgn hati2 dan lap permukaan kuih dgn kain halus atau tissue jika terdapat kesan air di permukaannya.

4. Akhir sekali, tuangkan bahan lapisan akhir ke atas lapisan tengah tadi. Kukus lagi selama kira-kira 30-40 minit. Setelah kuih masak, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk ( kira-kira 4-5 jam) sebelum dipotong.

 
Bahan Lapisan Tengah
6 biji telur ayam (saiz besar) - kacau sedikit
200 gm gula halus
2 sudu besar (bumbung) tepung beras
450 ml santan pekat KARA
¾ sudu teh garam
 
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau sehingga rata dan tapis jika perlu.
 
Bahan Lapisan Atas
6 biji telur ayam (saiz besar) - kacau sedikit
100 gm gula halus
100 gm gula Melaka asli
2 sudu besar (bumbung) tepung beras
450 ml santan pekat KARA
¾ sudu teh garam

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau sehingga rata dan tapis jika perlu.

Wednesday, November 09, 2011

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bercakap tentang Sambal Goreng Pengantin ni, dahulunya kita selalu terbayang lauk ni hanya bila tiba musim Raya jer sbb nak buat dia perlukan bermcm2 bahan dan juga masa yg lebih. Even my late mum pun jarang2, kadang2 masak lauk ni. So, kalau tk Raya, susahlah nk jumpa Sambal Goreng Pengantin ni. Yg jenis biasa- tempeh/tahu mmg biasalah. Hari2 pun boleh masak. Seperkara lagi, SGP ni menggunakan byk bahan dan ramuan dan setentunya byk belanja. Tapikan, kalau nk makan sedap, soal ongkos tu tolak tepi kejap lerr. Lagipun, yg puas pun kita sendiri, yg happy banget pun kita!

Sambal Goreng Pengantin ni terdapat pelbagai versi. Saya selalu stresskan bahawa apa pun lauk/juadah... kita yg buat dia mengikut citarasa sendiri. Setiap resipi tu cuma memberi asas atau garispandu kpd rasa yg asli dan tulin mengikut tradisi turun temurun. Asal rasa asli nya tk tercemar, selainnya ikutlah citarasa kita masing2. There's no right or wrong recipe !

Di sini saya nak berkongsi satu resipi Sambal Goreng Pengantin yg ada dlm simpanan saya dan telah saya ubahsuai sedikit mengikut citarasa saya. Kebetulan, saya masak lauk ini pada waktu Raya Haji yg baru lalu. Berikut adalah resipinya. Sesiapa yg ingin mencuba, silakan...

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bahan-bahannya
½ kg daging/ tetel
½ kg paru
½ kg limpa
½ kg hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu lalu digoreng sebentar

10 batang lada merah
10 batang lada hijau
10 batang cili padi (kalau x kuat pedas, boleh dikurangkan atau langsung ditiadakan)
12 ulas bawang putih
* Semua bahan di atas  dihiris  lalu digoreng sebentar

6 tangkai lada kering (digunting serong, nipis dan digoreng sebentar)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
3 batang serai
2 ½ inci lengkuas
1 ½ cawan cili kering yang telah dikisar
* Semua bahan dikisar halus

1 ½ mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
3 sudu teh garam atau secukup rasa
½ cawan gula atau secukup rasa
Secubit serbuk perasa  (jika mahu)
1 cawan minyak untuk menumis
Daun limau purut (jika suka)

Cara :
1. Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.

3. Masukkan santan cair yang telah ditapis dan kacau sebentar.

4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut.  Kacau  hingga rata.

5. Seterusnya, masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa(jika suka). Kalau airnya kurang, bolehlah tambah dgn santan cair lagi.

6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya resap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.


7. Matikan api dan lauk siap untuk dihidang.










Nota : Sukatan di atas akan menghasilkan jumlah Sambal Goreng yg banyak. Anda boleh kurangkan kpd separuh bahagian atau mengikut kemahuan anda sendiri.

Sunday, October 30, 2011

SALAM

Salam utk semua. Buat masa ni, pc saya sakit arr. Tak dapat nk update apa2. Ni pun saya guna IPhone. Mcm tk selesa gitu... :(

Wednesday, October 26, 2011

PUTERI SALAT (KACANG LEPAT)

Dah lama tk buat Puteri Salat.... Bukan apa, lately saya ni mmg tak byk buat juadah/kuih atau apa2 pun sbb kesuntukan waktu. Kebetulan pulak skarang ni, masing2 dalam famili nak jaga 'badan' oopps kesihatan- tk nk mkn yg bersantanlah, berminyaklah... kolesterol tinggi laa. Pastu kalau saya buat gak, saper nk habis kan kuih seloyang/setalam tu...... Paling2 saya bawak gi ofis jer utk di'sedekah'kan pada teman2 sepejabat....

Sebenarnya, saya ni actually pun, not so keen utk terima order dek kerana masa yg tak mengizinkan ataupun tarikh yg tak bersesuaian. Cuma kekadang tu, terasa terbuka hati dek permintaan orang yg berhajat tu... Tapi kalau tarikhnya x ok, saya pun x dapat tunaikan lerr. Harap maklum yer.

Seminggu yg lalu dapat saya penuhi request seorang teman sekolah lama. Kebetulan saya pun off. Tempahan dua loyang kuih Puteri Salat dapat saya tunaikan. Hah, yg ni sebenarnya repeat order.. Yg buat mereka tertarik katanya ialah.. lapisan pulut di bawah serimuka pandan tu yg saya bubuh dgn kelapa dan kacang lepat. Rasanya sama seperti memakan lepat kacang dgn tambahan 'kastad telur pandan' di atasnya. Kalau sesiapa nk cuba, resipinya akan menyusul kemudian yer.


Pic yg di bawah ni courtesy of kawan saya yg menempah.... 


Bila kawan2 lain tgk pic ni kat FB LOL... ramai yg ngidam dan ngilerr.. So, utk tak menghampakan kawan2, saya buat seloyang utk di'hadiah'kan kpd mereka sempena majlis meraikan di antara mereka yg nak berangkat ke tanah suci Mekah. Tapi utk tapau jer aa.. sbb kat majlis tu dah byk pun juadah.... internasional lagi! Berikut adalah pic2 yg sempat saya snap.


Saturday, October 22, 2011

LAKSA LEMAK (NYONYA)



Actually memang dah lama nak buat Laksa Lemak ni yg selalu kami makan di Banquet Compass Point di Sengkang. Kat sana mmg sedap laksa ni tp semenjak dah bertukar org yg memasaknya... kualitinya terus menurun....dah kureng sedap. Pernah jugak makan di tempat2 lain namun xde yg berkenan di hati.

Setelah menelaah pelbagai resipi dari buku yg saya pinjam dari library ttg masakan Nyonya, saya rasa resipi ini - yg dah saya olah sedikit, dapat menepati citarasa saya. Bagi anda yg nk mencubanya, silakan yer!



LAKSA LEMAK


Bahan-Bahan Rencah

1 cawan cili kering kisar (15-20 tangkai)

1 sudu besar belacan

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

6 hiris lengkuas (kira-kira 1 inci)

2 inci kunyit hidup (atau 3 sudu teh kunyit serbuk)

3 sudu besar (bumbung) ketumbar serbuk

2 btg serai (dititik)

(Kisar semua bahan di atas sehingga halus kecuali serai)



500 gm udang (saiz sederhana)

750 ml air (3 cawan) -  utk merebus udang

½ hingga ¾ cawan minyak masak (utk menumis)

½ cawan udang kering (direndam)

1000 ml air (4 cawan) - utk kuah

1200 ml santan pekat (saya gunakan santan kotak KARA)

1 sudu besar garam (atau secukup rasa)

2 sudu besar gula (atau ikut citarasa)

secukup tahu pok (tahu kering)



1 ½ kg mee laksa (dicelur)

500 gm taugeh (dicelur)

4 keping fish cake (atau ikut rasa) - dihiris

secukup bebola ikan (kalau suka)

1 batang timun (di hiris)

1 cawan daun kesum (dihiris halus)

 10 biji telur (direbus)



Sambal

½ cawan cili kering kisar

15-20 btg cili padi (kisar)

sedikit belacan

sedikit garam

Satukan semua bahan dan masak sebentar di atas api sehingga ia pekat.



Cara: 

1. Didihkan 3 cawan air tadi dan masukkan udang. Kacau sebentar sehingga udang bertukar warna kpd merah/pink.  Keluarkankan udang dan buanglah kulit dan kepalanya bila sejuk. Air rebusan tadi diketepikan.



2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar bersama serai titik sehingga garing dan naik baunya. Masukkan air rebusan udang sedikit demi sedikit supaya rencah tk hangus.



3.  Bila rencah tumis dah garing, bubuh semua lebihan air rebusan udang, 4 cawan air dan santan pekat.  Sentiasa kacau kuahnya agar ia tidak ‘pecah minyak’. Akhir sekali, masukkan bebola ikan, tahu pok, garam dan gula. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Kecilkan api dan biarkan sebentar sehingga tahu tadi lembut.


Cara Menghidangkan Laksa: 

Bubuh secukup mee laksa ke dalam mangkuk. Hiaskan dgn udang, telur rebus, hirisan fish cake, taugeh, hirisan tmun dan daun kesum. Kemudian, tuang pula kuah laksa lemak secukupnya dan bubuh sambal jika suka.    




Wednesday, October 12, 2011

ASAM PEDAS IKAN DURI / KINCAM (TUMIS AIR TELUR)

Menu hidangan makan mlm semalam yg ringkas....... Maklumlah nowadays very very the bz and lazy.. LOL!

Tuesday, October 11, 2011

LAKSA

Laksa yg dibuat sedikit masa dulu...

Sunday, September 18, 2011

MEE HOON GORENG PUTIH

Salams.... Mee Hoon Goreng Putih ni dah lama tak menjamahnya atau memasaknya. Tuhari semasa membalas ziarah Hari Raya ke rumah kawan sekolah rendah (iyer...., kawan sedarjah semasa umur 7-12 tahun dulu ), isteri beliau menyediakan mee hoon ni. Heheh, tak sedar betapa lama nya masa dah berlalu....

Wah, kebetulan blum makan malam lagi... balik keje OT terus gi rumah beliau bersama wife. Bila si isteri2 sibuk pot-pet sesama sendiri (macam dah kenal lama gitu, walhal baru 2 kali bertemu!) -  apalagi, saya bedal sampai licin!  ooppss hampir licin! - (kata orang tua2, tak baik gi rumah orang makan sampai licin terus, heheh). Then, pastu a few days later, ada pulak kawan FB pun tanya camna nak masak mee ni.... Takleh jadi, mesti nak masak sendiri jugak sbb tuhari makan kat rumah kawan kena elok2, takleh gelojoh..... Last entry bab Mee ni pun dah lama. Cuba tengok kat sini. So projek masak hari Ahad ni  Mee Hoon Goreng Putih lerr.

Simple dan mudah jer nak masak mee ni. Bak kata orang, orang lerr, bukan saya eh! - main campak2 jer bahan2 tu dalam kuali. Pasti jadi. Namun bagi mereka yg mula nak berjinak2 dlm bidang memasak ni, its quite a daunting task too! So yg dah terror masak tu, cuci mata jerlah yer. Saya dokumentasikan resipi ini sebagai rujukan saya dan mungkin anak2 saya yg saya rasa perlu diberi tunjuk-ajar ilmu kulinari ini demi masadepan kehidupan rumah-tangga mereka kelak. Jom..



 MEE HOON GORENG PUTIH

Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (dicelur sebentar dgn air panas & toskan)
7-8 ulas bawang putih } ditumbuk halus
6 ulas bawang kecil } dihiris
500 gm daging lembu (dipotong kecil2/nipis dan rebus hingga empuk)
300 gm udang hidup (dibersihkan)
300 gm sotong basah (dibersihkan, potong ikut citarasa)
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi (potong kecil)
secukup kobis (hiris)
sedikit taugeh (optional)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos oyster – optional
1 sudu makan sos abalone – optional
1 sudu makan kicap cair
2 sudu teh lada putih serbuk
secubit perasa atau 1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak secukupnya
bawang goreng (optional)
telur dadar utk hiasan (optional)
lada jeruk

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga separuh masak lalu masukkan bawang putih tumbuk. kacau2 sehingga bawang kekuningan sket.
Kemudian masukkan, udang, sotong dan fishcake. Kacau sebentar lalu masukkan daging, lobak merah, kobis dan batang sayur sawi.Bubuh sedikit air rebusan daging jika perlu.
Kacau lagi hingga sayur layu sedikit. Masukkan sos oyster, sos abalone, minyak bijan, kicap cair, garam, gula dan kacau rata.
Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, daun sayur sawi dan mee hoon yg siap dicelur. Gaul sehingga rata. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Toko tambahlah apa yg perlu.
Hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng, lada jeruk dan hirisan telur dadar.
   
Nota:
Apa2 yg optional tu, kalau xde atau tknak pakai pun ok. Tak menjejas rasa mee tersebut.
Kalau nak tambah apa2 pun, go ahead, especially sayur-mayurnya.


Saturday, September 17, 2011

MEE BETAWI


Mee Betawi merupakan satu lagi jenis hidangan mee yg kuah asasnya diperolehi dari rebusan ayam, daging, udang dan sebagainya. Seorang teman FB telah request utk mendapatkan resipi Mee Betawi ni. Bila dengar jer nama hidangan ini, teringat saya pada resipi yg dah hampir lebih 20 tahun saya simpan dalam senarai/arkib saya. Pencarian di Internet juga menghasilkan beberapa versi yg hampir serupa tapi x sama. Apapun, setelah menelaah resipi-resipi tersebut, saya pun cuba menggabungkan intipati2 yg menjurus terhadap penyediaan Mee Betawi ini.





Beginilah hasil percubaan saya...semoga Sis Wardah juga akan mencubanya dan berikan feedback. Tetapi sebagaimana biasa, lazimnya apa pun resipi yg saya kongsi bersama merupakan resipi asas yg boleh anda menokok tambah dan mengubah-suai mengikut selera anda. There's actually no right or wrong version here. Terserah kpd citarasa dan selera masing2. Tepuk dada tanya selera. Jom tengok resipi dan pics.

MEE BETAWI

Bahan-Bahan
500 gm daging lembu
350 gm udang (sederhana besarnya)
200 gm fishball (celur/kukus atau masukkan jer dlm microwave)
 
1 kg mee kuning (celur & toskan)
200 gm taugeh (celur & toskan)
1 peket sayur sawi (potong, asingkan btgnya dari daun lalu celur dan toskan)
200 gm kobis (hiris dan celur, toskan)
secukup daun sup/bawang
secukup cili merah/hijau (dihiris memanjang)
secukup bawang goreng
4 biji telur (didadar & dihiris halus) – optional, saya terlupa nk buat!!


Bahan Kisar
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
3 sm halia
25 - 30 batang cili padi Thai (yg merah dan panjang2)

½ cawan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan Rempah Sup
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

cili jeruk


Cara:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus dgn 1 liter air hingga empuk. (Saya gunakan periuk tekanan udara jer!)
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.

Cara Menhidangkan Mee Betawi


Bubuh sedikit mee kuning yg telah dicelur tadi bersama taugeh, sawi dan kobis  ke dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Kemudian, taburkan dgn udang, bebola ikan, daun sup/bawang, hirisan lada merah/hijau, telur dadar dan bawang goreng.






Nota :
Anda haruslah berhati2 dgn penggunaan cili padi. Saya actually bubuh 40-50 tangkai cili padi. Bila waktu masak, saya rasa taklah begitu pedas;  tp anak2 dan isteri cakap “berdesssuuuuttttt” pedasnya. Tapi bagi mereka yg rasa kuahnya kurang pedas, bolehlah hidangkan dgn cili hijau/cili padi jeruk... asal jgn berasap jer keluar kat telinga....