Followers

Tuesday, July 07, 2009

KEK LAPIS UBI KAYU - Permintaan Resipi

Resipi Kek Lapis Ubi Kayu ni adalah permintaan sdri Shima. Namun, saya belum mencubanya. Harap2 ia dapat menepati citarasa anda dan mereka yg gemar dgn ubi kayu ya!



KEK LAPIS UBI KAYU
sumber : Pn Juriah Abdullah
(Buku Resipi Pesta Perut)

Bahan-Bahan :
1 kg ubi kayu parut
6 biji telur yang besar
½ sudu teh rata garam halus
1 sudu teh chocolate paste
1 sudu makan pewarrna kuning
1 sudu teh sebuk vanilla
250 ml santan sari 2 biji kelapa (nak senang, gunakan santan dlm kotak) I
380 gm gula halus
300 gm mentega
150 gm tepung gandum
1 loyang berukuran 9’x 6’x 3’ atau 8’ x 8’ x 3’
( Sapu keliling dengan sedikit mentega dan alas dgn kertas kuih/tracing )


Cara:

Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-perlahan buang airnya. Ambil sagunya yang mendap itu, dan masukkan ke dalam ubi kayu yang diperah tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih). Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata, dan sejukkan.

Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla. Pukul lagi hingga rata dan sebati.

Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan warna kuning.

Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak. Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi. Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.

Untuk lapis terakhir, gunakan api oven dgn suhu 150 hingga 175 darjah selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Sejukkan, kemudian barulah dipotong. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

No comments: