Followers
Sunday, March 07, 2010
PUTU PIRING (Permintaan Resipi)
PUTU PIRING
sumber : Puan Hjh Asfiah Hj Abdullah
Bahan-Bahan
600 g tepung beras, diayak dan dijemur sebentar
450 g gula melaka
300 ml air kelapa
450 ml air sejuk
1 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya
5 helai daun pandan, disiat-siat
Cara :
1. Tepung dan daun pandan dikukus selama 5 minit. Angkat dan jemur pula sehingga ia kering.
2. Campurkan air kelapa dan air sejuk. Kemudian dimasukkan ke dalam tepung tadi lalu digesek gesek sehingga keadaan tepung tadi menjadi lembap berderai.
3. Gaul sedikit garam bersama-sama kelapa parut. Kukus selama 15 minit.
4. Gula melaka dihiris halus-halus.
5. Siapkan kukusan putu piring. Alaskan acuan putu piring dengan kain bersih lalu dibubuh dengan separuh adunan tepung. Bubuh pula gula melaka dan tutupkan dengan separuh lagi tepung. Tutuplah acuan ini rapat-rapat dan kukuslah is hingga masak.
6. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan aturkan di dalam piring yang sudah dibubuh kelapa parut.
MEE BANDUNG - Permintaan Resipi
MEE BANDUNG
sumber : Hjh Ratnah Djohan
Bahan-bahan:
½ kg tulang rusuk lembu
300 gm keledek .
3 liter air
(Bahan di atas direbus hingga keledek hancur)
200 gm kobis panjang (dipotong-potong)
300 gm udang hidup (yang sederhana besarnya, buang kepala dan ekor)
300 gm daging lembu - dihiris
200 gm sotong – dihiris
beberapa keping fish cake (hiris) –ni saya yg tambah..
½ kg sawi (dipotong-potong)
10 biji telur
4 biji bawang besar
20 ulas bawang putih
1 ½ kg mee kuning
1 tin tomato puree (100g)
1 botol sos tomato
1 cawan lada kering kisar
secukup garam, gula, serbuk perasa (jika suka)
secukup minyak utk menumis
kicap
bawang goreng, lada jeruk
Peraturan membuat semangkuk mee:
Jerang kuali, panaskan setengah senduk minyak. Tumis satu sudu makan bawang putih hingga kuning. Masukkan sedikit bawang besar, dua sudu makan lada kisar, satu sudu makan tomato sos, sedikit tomato puree, daging, sotong, udang dan fishcake secukupnya. Kacau rata.
Masukkan kicap, gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Tuangkan pula sedikit air rebusan tulang.
Masak sehingga mendidih. Pecahkan telur sebutir, biarkan sehingga ia setengah masak, lalu masukkan sedikit mee, sawi dan kobis. Masak sehingga meenya masak(lembut sedikit). Hidangkan panas-panas dengan lada jeruk dan bawang goreng.
Mee Bandung enak dimasak, semangkuk demi semangkul baru lazat rasanya.
URAP SAYUR
SAYUR URAP
Bahan-Bahan
200 gm kelapa parut (dibuang kulit arinya)
garam secukup rasa
Dikisar (tidak terlalu halus)
6-8 btg lada merah
8 ulas bawang merah
2 sudu besar penuh udang kering (direndam sebentar)
2 ulas bawang putih
½ cm cekur (buang kulit dan hiris atau tumbuk) –kalau tk suka, takyah taruk
Cara
Campurkan kelapa dengan bahan-bahan yg dikisar lalu bubuh garam secukup rasa.
Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan campuran ini di atas api yg kecil selama 10 minit atau hingga
hampir kering. Angkat dan ketepikan.
Pelbagai Sayuran
150 gm taugeh
200 gm kangkung (ambil daunnya dan batangnya dihiris ikut suka)
150 gm kacang panjang (dipotong kecil2 atau ikut suka)
200 gm kacang boto (potong kecil2)
Cara Membuat Urap
1) Jerangkan air (bubuh sedikit garam) dalam periuk sehingga mendidih.
2) Celur berasingan sayur2 di atas sehingga separuh masak jer (kecuali kacang boto) dan toskan.
3) Bubuh ke dalam sebuah mangkuk besar dan taburkan rempah urap tadi lalu digaul hingga rata.
Thursday, March 04, 2010
OTAK-OTAK
Bagi anda yg permintaannya belum sempat saya tunaikan, harap bersabar yer...

OTAK-OTAK
Sumber : Nurhuda Yusof
Bahan Utama
1 ekor ikan parang/tenggiri (kira-kira 1½ kg)
Bahan-Bahan untuk membuat otak-otak putih atau isi:
500-700 gm isi ikan
1 biji kelapa muda putih parut (dikisar atau giling halus-jgn gunakan air)
Bahan-Bahan Kisar
4 batang serai
1 ibu jari lengkuas
1 jari halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
sedikit lada putih secukup rasa
beberapa helai daun pisang, kertas timah (aluminium foil) & lidi tajam utk menyemat
Bahan-Bahan utk membuat otak-otak kepala atau otak-otak berempah:
Kepingan ikan yg telah disiapkan lebih awal
5 sudu makan rempah kari ikan
2 biji kelapa parut (dikisar halus dan diketepikan)
Bahan-Bahan Kisar:
5 batang serai
1½ ibu jari lengkuas
2 jari halia
7-8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
garam secukup rasa
Beberapa helai daun pisang yg dilayukan sebentar
kertas timah
lidi tajam utk menyemat
Cara Membuat Otak-Otak Isi
Gaul kelapa dgn bahan2 kisar hingga rata. Campurkan isi ikan dan garam secukup rasa dgn rata. Layukan sedikit daun pisang. Isikan sedikit adunan lalu lipat (seperti pais) dan tekan-tekan dan leperkan selebar dua jari. Semat kiri kanan dgn lidi. Lipat pulakedalam kertas timah supaya bila dibakar, tidak bimbang hangus. Bakar dalam ketuhar sehingga masak lalu dikeluarkan dari oven.
Cara Membuat Otak-Otak Rempah:
Gaul rata bahan-bahan kisar dgn kelapa. Masukkan rempah kari dan secukup garam. Masukkan pula sedikit air asam pekat (utk menghilangkan bau dan rasa hanyir ikan). Gaul hingga rata. Kemudian, masukkan kepingan ikan dan gaul supaya ikannya bersalut rempah. Bentang sehelai daun pisang, isikan dgn 2 potong ikan dan timbus dgn rempah. Semat dan lipat kiri dan kanan dgn lidi. Kemudian bungkus dgn kertas timah dan bakar dalam oven hingga masak.
Mengisi otak-otak dalam daun kelapa
Jika otak-otaknya hendak dibakar dgn menggunakan daun kelapa, kita perlu menggunakan dapur arang atau tempat pembakar sate. Gunakan daun kelapa hijau tua. Kerat saun kelapa sepanjang 20 cm. Isikan dalam sepotong daun sekeping ikan dan rempahnya. Tambah rempah jika kurang. Tangkupkan dgn sehelai lagi daun.Semat kiri dan kanan dgn lidi kemudian dibakar dgn api yg kecil hingga masak. Api tidak boleh besar sbb adakalanya sungguhpun daunnya hangus, isi di dalamnya mungkin belum masak lagi.
Monday, March 01, 2010
WADEH UDANG & MUFFIN PISANG
WADEH TEPUNG GANDUM
sumber : Umyah
Bahan-bahan
14oz tepung gandum
4 oz tepong wadeh (white urad flour)...carilah kat kedai mamak
11 oz air
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu besar yeast (instant yeast)
1 sudu teh potas (saya guna soda bicarbonate)
2 biji telur
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 inci halia hiris halus (atau tumbuk halus)
150 gm bawang kecil hiris halus
3 tangkai daun kari hiris halus
2 batang lada hijau hiris halus (optional)
Udang hidup secukupnya
Minyak utk menggoreng.
Cara:
Satukan semua bahan kecuali udang dan minyak. Perapkan selam kira-kira 1 1/2 hingga 2 jam. Kemudian gunakan sarong tangan plastik pada tangan sebelah kiri. Basahkan sedikit dgn air dan ambil sedikit adunan wadeh lalu leperkan pada palstik tu. Buat bentuk bulat donat dan bubuh se-ekor udang. Angkat wadeh ni dgn tangan kanan lalu masukkan ke dalam kuali berisi minyak yg dah panas. Goreng sehingga garing kekuningan. Hidangkan dgn cili hijau.
Muffin Pisang mudah ni pula saya buat sbb nak habiskan pisang berangan yg ada kat rumah. Rasanya tk begitu manis, teksturnya lembab (moist), kira orait ler .
BANANA MUFFIN
1 cup (115 grams) walnuts or pecans, toasted and coarsely chopped (optional)
1 ¾ cups (230 grams) all-purpose flour
¾ cup (150 grams) granulated white sugar
1 teaspoons baking powder
¼ teaspoon baking soda
¼ teaspoon salt
1 teaspoon ground cinnamon
2 large eggs, lightly beaten
½ cup (113 grams) unsalted butter, melted and cooled
3 ripe large bananas (approximately 1 pound or 454 grams), mashed well (about 1-1/2 cups)
1 teaspoon pure vanilla extract
Method:
Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place the oven rack in the middle of the oven. Butter or spray with a non stick spray, 12 - 1/2 cup muffin pan.
Place the nuts on a baking sheet and bake for about 8 to 10 minutes or until lightly toasted. Let cool and then chop coarsely.
In a large bowl combine the flour, sugar, baking powder, baking soda, salt, cinnamon, and nuts.
In a medium-sized bowl combine the mashed bananas, eggs, melted butter, and vanilla.
With a rubber spatula or wooden spoon, lightly fold the wet ingredients (banana mixture) into the dry ingredients just until combined and the batter is thick and chunky. (The important thing is not to over mix the batter. You do not want it smooth. Over mixing the batter will yield tough, rubbery bread.)
Spoon the batter into the prepared muffin tins. Bake about 20 - 25 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean. Place on a wire rack to cool for five minutes and then remove muffins from pan. Serve warm or at room temperature.
Makes 12 regular sized muffins.
Nota:
Resipi di atas ni wholesale dari empunya resipi di internet. Anda boleh buat dgn cara biasa anda membuat muffin. Saya tak bubuh kacang pun. Its up to you. Yg plain jer pun dah enak..
Permintaan Resipi - Oreo Cheese Cake
Terdapat beberapa permintaan resipi yg saya belum tunaikan- samada resipinya blum terjumpa, kerana kesuntukan waktu dan sbb-musabab yg "sewaktu dgnnya", heheh.
Apapun, kali ini saya paparkan resipi Oreo Cheese Cake (unbaked) -permintaan dari seorang pengunjung sedikit masa dulu. Resipi bersumber dari smile di FRD. Harap2 anda boleh mencuba yer.
CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)
Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4
CARA
1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.
3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.
4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.
5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.
Tuesday, January 26, 2010
ROTI PAUN

ROTI PAUN
(sumber : rnana , Forum Komuniti Teratak)
Bahan-Bahan
*300 gm tepung
*80 gm gula
*20 gm susu tepung
1 biji telur (saiz AA)
1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
1 camca besar majerin
1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
sedikit bread improver
3 bahan bertanda * saya timbang sekaliarung.. = 400gm semuanya..
Cara:
1) tepung + gula + susu tepung + bread improver = gaul biar bercampur
2) lubangkan tengah.. masukkan telur..
3) masukkan majerin
4) gaul rata then masukkan air+yis
5) uli then masukkan pelembut roti..
6) uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
7) perap doh n biarkan naik.. (resepi asal suruh perap 2 jam.. saya letak kat luar rumah.. tak sampai sejam doh dah naik)
8 ) bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun.. (macam tahi lalat laa)
9) bakar about 20 minit @ 180C
10) bila dah masak.. gliskan dengan majerin...
*** lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi.. boleh terus masukkan kat oven..
*** doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je.. 1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..
*** kalau mak saya dia tak tunggu doh ni naik pun.. lepas uli.. dia terus bentukkan.. then tinggal kejap then terus bakar..
Nota : Resipi langsung dari sumber.
Monday, January 25, 2010
SALAM
Saturday, January 09, 2010
FRUIT BASKETS (GUBAHAN)
Semalam dapat saya sempurnakan hajat teman sepejabat utk sesuatu gubahan yg mudah utk majlis pertunangan. Fruit Baskets atau Bakul Buah2an ni pernah saya buat beberapa tahun yg lalu. Nak buatnya tak begitu susah cuma makan masa jer..
Saya menggunakan resipi krim puff (sila rujuk pada resipi krim puff yg telah saya poskan terdahulu). Buatkan kelongsong seperti biasa dan bakar sehingga masak. Selepas tu, buangkan bahagian atasnya dan gunakan bahagian bawah sahaja. Kemudian, picitkan adunan dan buat bentuk "U" utk dijadikan tangkai bakul tadi. Bakar sehingga masak.
Masak pula krim kastadnya pula dan picitkan ke dalam bakul2 tadi. Kemudian cucukkan pula tangkainya dgn berhati2. Sesudah itu, susun buah-buahan pilihan anda ke dalam bakul2 tersebut. Gliskan buah-buahan tadi dgn sedikit apricot gel yg telah dimasak sebentar dgn sedikit air. Siap....
Buat MamaFami, Insya'allah, jika saya buat lagi akan saya updatekan pic nya step-by-step sebagai panduan yer. Meantime, saya harap penerangan serba sedikit ttg camner saya buat fruit baskets ni dapat membantu anda semua ya.
Sekarang ni jom layan gambar2 yg saya snap dari pelbagai sudut. Hopefully, ia dapat membantu anda visualize dgn lebih teliti lagi yer!
Sunday, January 03, 2010
OPOR AYAM
Selamat Tahun Baru Masehi 2010 saya ucapkan pada semua. Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yg lebih baik dari tahun yg sudah. Apa pun, harini, macam terlebih rajin pulak. Lepas pi pasar, balik terus jer masak, heheh.. Dekat dua jam lebih kat dapur. Jom lihat pic nya ....
OPOR AYAM
Bahan-Bahan
500 gm nangka muda (yg siap dibersihkan, rebus dgn air dan sedikit garam sehingga empuk)
Bahan Kisar (halus)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
1 sudu teh bumbung serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk kunyit
Sedikit air utk mengisar
Di campurkan dgn bahan kisar
2 batang serai
5-6 batang cili padi
2 btg cili hijau (dipatah-patah)
secukup minyak utk menumis (anggaran 5-6 sudu besar)
1 ekor ayam (kira-kira 1.3 kg)- dibuang kulit, bersihkan dan potong ikut suka)
Bahan-Bahan Tumis
8 ulas bawang merah
3 inci kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
4-5 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula (optional)
4 tangkai cili merah (belah dua) – optional
4 tangkai cili hijau (belah dua) – optional
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan bawang goreng
300 ml santan pekat
100 ml santan pekat + 800 ml air- jadikan santan cair
Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk lalu tumis bahan2 tumis sehingga garing.
2) Masukkan pula dan tumis lagi sehingga naik baunya. Kemudian, masukkan ayam dan gaul rata.
3) Bubuh santan cair dan garam lalu masak sehingga ayam empuk. Kemudian kecilkan api.
4) Masukkan nangka, santan pekat, kerisik dan dan gula (optional). Masak agak lama sdikit, baru masukkan cili merah/hijau. Biarkan sehingga kuahnya pekat sedikit sebelum dimatikan api.
Thursday, December 10, 2009
KEK LAPIS ....lagi?
220 gm gula
1 sudu besar ovellette
14 biji telur saiz besar
1 ½ tin susu pekat manis
380 gm tepung Hong Kong
140 gm horlicks
3 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco
1 sudu teh pewarna cokelat
50 gm jem strawberry (optional, boleh ditiadakan)
1 sudu teh pewarna merah
Cara:
1) Gunakan pewarna yg anda suka dan susunlah warna lapisan anda mengikut citarasa anda.
2) Saya editkan loyangnya kpd yg kecil sedikit...iaitu 9" x 9"
Saturday, December 05, 2009
AGAR-AGAR LAPIS KOKTEL / KEK LAPIS OREO
Tuesday, December 01, 2009
KEK GULUNG BATIK
Kek Gulung Batik
(sumber: ahpek, Forum Cari)
Bahan-Bahan
6 biji telur gred A
4 oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalet
3 oz tepung gandum (saya gunakan Top flour)
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega (dicairkan)
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya (saya gunakan Nutella)
Cara
1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum (Top) dan susu tpg dipukul dgn kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).
2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170 darjah celcius.
4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.
Nota :
1. Resipi asal menggunakan satu jer loyang kek roll berukuran 14" x 14". Oleh krn saya takde, saya gunakan 2 loyang berukuran 10" x 10".
2. Sewaktu membakar, kalau masa membakarnya kurang tepat (atau ckp senangnya 'tak cukup masak' walaupun kek nampak cantik, tapi setelah menggulungnya, bila dibuka semula dari kertas tracing tu, 'kulit' kek akan terkopek dan akan mencacatkan kek anda. Ini berlaku sedikit pada kek roll pertama yg saya buat. Harap maklum ya.
Contoh lorekan pada permukaan kek.
Tuesday, November 24, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Sempena Raya yg bakal tiba Jumaat ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd anda semua, khususnya umat Islam. Semoga kita dapat lebih menghayati erti kata "pengorbanan".
LABBAIKALLAA HUMMALABBAIK. LABBAIKALAA SYARII KALA KALABBAIK. INNALHAMDA WANI'MATA LAKAWAL MULK LAA SYARIKALAK.
Tuesday, November 10, 2009
ROTI SOSEJ
Salam sejahtera buat semua. Sebenarnya saya kurang sihat hari ni tapi kalau asyik makan ubat dan tidur jer, takutlah makin malas dibuatnya. So, kali ni saya saja nak share pics ttg roti sosej yg saya buat. Mudah dan enak. Saya rasa ramai yg dah tahu camner nak buat kan! Bagi yg belum tahu, jom lihat. Bila dah tahu nanti, bolehlah buat sendiri, berbaloi... Resipinya bolehlah anda gunakan resipi pinwheel bread ni.
Ambil sedikit doh yg telah diperap (kira-kira 80 gm) canai leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic yg saya tukil dr buku Chef Alex Goh ni)
Taburkan sedikit keju mozarella (jika suka, optional). Pastu bakar dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 15-20 minit.
Keluarkan dan picitkan sos cili dan maiyonese. Kemudian masukkan semula roti ke dalam oven dan bakar lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga roti masak kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Dan yang ini pula saya buat roti keju. Setelah doh roti naik, saya taburkan keju parut dan sedikit gula pasir ke permukaannya. Bila dah separuh masak, saya bubuh lagi keju parut dan bakar lagi sehingga masak. (keseluruhan masa membakar lebih kurang 30-35 minit)
