Followers

Sunday, March 07, 2010

URAP SAYUR

Permintaan dari beberapa kenkawan ..Harap menepati citarasa anda ya.















SAYUR URAP

Bahan-Bahan
200 gm kelapa parut (dibuang kulit arinya)
garam secukup rasa

Dikisar (tidak terlalu halus)
6-8 btg lada merah
8 ulas bawang merah
2 sudu besar penuh udang kering (direndam sebentar)
2 ulas bawang putih
½ cm cekur (buang kulit dan hiris atau tumbuk) –kalau tk suka, takyah taruk

Cara
Campurkan kelapa dengan bahan-bahan yg dikisar lalu bubuh garam secukup rasa.
Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan campuran ini di atas api yg kecil selama 10 minit atau hingga
hampir kering. Angkat dan ketepikan.

Pelbagai Sayuran
150 gm taugeh
200 gm kangkung (ambil daunnya dan batangnya dihiris ikut suka)
150 gm kacang panjang (dipotong kecil2 atau ikut suka)
200 gm kacang boto (potong kecil2)

Cara Membuat Urap
1) Jerangkan air (bubuh sedikit garam) dalam periuk sehingga mendidih.
2) Celur berasingan sayur2 di atas sehingga separuh masak jer (kecuali kacang boto) dan toskan.
3) Bubuh ke dalam sebuah mangkuk besar dan taburkan rempah urap tadi lalu digaul hingga rata.

2 comments:

Jamelah Khatun said...

Salaams Bro Rozzan, sedapnya sayur urap ni, malam2 ni laparlah. Kak ni nak diet tapi bila lihat makanan adui..... Thanks for sharing.

BR said...

BR > Jamelah Khatun

You're most welcome kak...