Followers

Tuesday, December 01, 2009

KEK GULUNG BATIK

Salam sejahtera semua. My PC masih blum sihat, masih kat 'hospital' tgh tunggu bahan gantian utk transplant, hihihi... Apapun, now I'm using my laptop dan teringin nak share satu resipi kek roll (yg selalunya bukan my forte!) yg saya sungguh tercabar nak buat dek kerana byk review yg positif dari mereka yg dah mencubanya. Resipi ni saya tukil dari Forum Cari dan Alhamdulillah, first time cuba, tak mengecewakan. Saya harap anda juga boleh mencuba yer...




Kek Gulung Batik
(sumber: ahpek, Forum Cari)

Bahan-Bahan

6 biji telur gred A
4 oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalet
3 oz tepung gandum (saya gunakan Top flour)
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega (dicairkan)
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya (saya gunakan Nutella)


Cara

1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum (Top) dan susu tpg dipukul dgn kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).

2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170 darjah celcius.

4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.









Nota :

1. Resipi asal menggunakan satu jer loyang kek roll berukuran 14" x 14". Oleh krn saya takde, saya gunakan 2 loyang berukuran 10" x 10".

2. Sewaktu membakar, kalau masa membakarnya kurang tepat (atau ckp senangnya 'tak cukup masak' walaupun kek nampak cantik, tapi setelah menggulungnya, bila dibuka semula dari kertas tracing tu, 'kulit' kek akan terkopek dan akan mencacatkan kek anda. Ini berlaku sedikit pada kek roll pertama yg saya buat. Harap maklum ya.




Contoh lorekan pada permukaan kek.


17 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam kak ..nicenya kek akk..paten batik pun lawa yf penting kat dlm tu inti nya tebal ..hem sampai kerumah bau ni...

BR said...

WS Sheila.

Hihihi, utk 2 gulung kek tu saya gunakan separuh botol Nutella yg saiz paling besar tau..... Anak2 pun gembita sesgt..

Btw, panggil saya Bro atau Uncle Rozzan yer...

Noor Rikha Amran said...

paling masalah buat swiss roll ni ialah kulitnya senang tertanggal. Macam mana nak pastikan ia benar2 masak.

E-na Zarina said...

Salam bro bole x klu x guna ovallet?

nur@melbourne said...

salam bro Rozzan,

Cantik sungguh "tenunan" batik abg rozzan tu ... nak tanya sikit ... oleh kerana di Melbourne ni susah sikit nak dapatkan top flour, cake flour dsb (rata-rata tepung gandum) boleh tak gantikan dengan tepung hong kong? t/kasih ya!

BR said...

BR > Noor Rikha

Kalau anda nk pastikan kek ni betul2 dah masak, anda perlu perhatikan suhu dan masa membakar yg diberi dlm sesuatu resipi tu. Ia sekedar panduan jer dan anda kena sesuaikannya sendiri dgn oven anda. Juga, letakkan loyang kek di paras pertengahan oven yg telah dipanaskan dahulu kira2 15-20 minit. Bila nmpk kek dah masak, cuba tekan dgn jari anda ke permukaan kek tu. Kalau bila anda angkat jari anda, permukaan kek tu 'spring' balik, maknanya kek dah masak. Juga perhatikan di keliling kek. Kalau dah tak lekat pada 'dinding' loyang, tu tanda kek dah boleh dikeluarkan dari oven. Kalau terlalu awal dah dikeluarkan, kulit kek akan tanggal selepas digulung. Kalau terlalu garing, kek akan patah bila cuba digulung. Harap maklum ya.

BR said...

BR > E-na Zarina

Kebanyakkan kek roll/gulung menggunakan kaedah all-in method iaitu semua bahan dipukul kecuali mentega. Bila adunan dah pekat, barulah di masukkan mentega. Cara begini memerlukan penggunaan ovalatte iaitu sejenis emulsifier/stabiliser. Tujuannya utk blendkan semua bahan yg digunakan agar mantap dan gebu setelah dibakar kelak. Harap maklum. JIka anda tk taruk ovalette, dikhuatiri kek anda tkkan jadi dgn cantik dan gebu ya. Harap anda faham yer.

BR said...

BR > nur@melbourne

W'Salam nur

Thanks for the compliment! Tepung Hong Kong pun sgt sesuai utk buat kek. No problem, go ahead & substitute tpg Top kpd tpg HK. Insya'allah, I pray for ur success.

Anonymous said...

Salam bro.... Kek gulung ni sungguh meyelerakan... Nak juga cuba buat... tapi saya nak bertanya sikit, bro pakai susu tepung jenama apa?

BR said...

BR > anonymous

WS. Saya gunakan susu tpg jenama Fernleaf.

Anonymous said...

abg rozz, saya suka go to yr website..sumer nampak lawa2 & yum yum...abg rozz tinggal di s'pura atau m'sia? kalo tinggal di s'pura ada anjurkan kelas mari memasak tak?

Marjeena said...

saya dah membuat beberapa kali kek ini memangla sedap...saya mempelbagaikan warna, anak2 saya sangat mengemari kek roll ini...thanks bro kerana mengongsi resepi kekgulung batik...moga ALLAH mencukupi rezeki bro sekeluarga, ameen:)

BR said...

BR > anonymous
Terima kasih krn sudi berkunjung ke blog saya. Heheh, skrg x selalu update. Saya anak jati Spura dan tgl di spura gak. Bab kelas mari memasak ni, susah sket buat masa ni.. sbb saya bekerja sepenuh masa... hujung minggu selalu utk famili. Insya'allah di masa hadapan, kalau ada saya bagitau yer!

BR said...

BR > Marjeena
Alhamdulillah, anda berjaya membuat kek rol ini. Terima kasih juga kpd yg empunya resipi ya. Saya hanya memperpanjangkan ilmu ni. Mekasih atas doa anda ya, Amin...

Daniel said...

salam bro, boleh tak ganti kan mentega ke butter, i mean buttercup.. juz asking harap dpt beri penjelasan kerna saya berkenan dgn kek gulung awak ni ;-)

BR said...

Daniel, tg butter tu tak kiralah jenama apapun. Insya'allah menjadi.

Anonymous said...

Apa nma paper y di guna utk gulong??..n gulong kek tu wktu bila?..x bpe nk fhm sgt